TikTok

aplikasi video From Wikipedia, the free encyclopedia

Ralat ungkapan: Pengendali * tidak dijangka

Fakta Segera Pembangun, Pelancaran pertama ...
Tutup

TikTok ialah perkhidmatan rangkaian media sosial milik ByteDance mengkhusus kepada perkongsian video pendek mencakupi tarian, nyanyian segerak bibir, komedi, dan bakat[1] dalam durasi sesingkat 3 saat sehingga ke 10 minit.[2] Aplikasi ini mempunyai versi khusus yang digunakan di Republik Rakyat China bernama Douyin[3] (Cina ringkas: 抖音; pinyin: Dǒuyīn) dengan pelayan berasingan di negara tersebut untuk mematuhi sekatan penapisan China.[4] Aplikasi ini dilancarkan pada 2017 untuk iOS dan Android di pasaran di luar China.

Aplikasi ini popular di Asia, Amerika Syarikat, dan bahagian lain di dunia.[5] TikTok ialah aplikasi yang paling dimuat turun di Amerika Syarikat pada Oktober 2018, aplikasi China pertama untuk mencapai matlamat ini.[6][7] Sehingga 2018, ia boleh didapati di lebih daripada 150 pasaran dan dalam 75 bahasa. Pada Februari 2019, TikTok dan Douyin bersama meraih satu bilion muat turun secara global tidak termasuk pemasangan Android di China.[8] Pada tahun 2019, TikTok diisytiharkan sebagai aplikasi mudah alih ketujuh yang paling dimuat turun pada dekad 2010-an, iaitu dari tahun 2010 hingga 2019.[9]

Kontroversi

TikTok telah menjadi tumpuan perhatian disebabkan pelanggaran privasi data, kebimbangan kesihatan mental, maklumat salah, kandungan yang menyinggung, dan peranannya semasa perang Israel-Hamas.[10][11][12] Beberapa negara telah mengenakan denda, melarang, atau cuba menyekat TikTok untuk melindungi kanak-kanak atau kerana kebimbangan keselamatan negara berhubung kemungkinan pengumpulan data pengguna oleh kerajaan China melalui ByteDance.[13]

Pada Jun 2020, pihak kerajaan India telah mengharamkan aplikasi ini serta sekumpulan aplikasi China yang lain akibat kemerosotan hubungan China-India berkikutan insiden pertembungan China-India di sempadan Garis Kawalan Sebenar pada bulan itu.[14] Pengharaman ini juga disusuli dengan penurunan penerimaan TikTok di India seiring dengan seruan pemboikotan barangan-barangan China di situ.[15]

Pada bulan tersebut juga, aplikasi tersebut terbongkar memperoleh capaian kepada maklumat pengguna secara sulit setelah dibongkar oleh sistem beta versi terbaharu iOS pada masa itu, iOS 14 yang memberikan notifikasi apabila sesebuah aplikasi memperoleh capaian sedemikian.[15] Pihak TikTok telah mengemaskinikan aplikasi dan dilaporkan tidak lagi mengakses maklumat sebegitu.[15]

Nota

    Rujukan

    Pautan luar

    Wikiwand - on

    Seamless Wikipedia browsing. On steroids.