Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Janin ialah sebuah filem seram thriller Malaysia 2010 arahan pengarah berpengalaman, M. Hitler Zami yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 23 Disember 2010. Filem yang dibintangi oleh Eja, Hairie Othman, Zami Ismail, Sherie Merlis dan Seniman Kuswadinata ini membongkar masalah masyarakat yang tunduk kepada hasutan syaitan.
Janin | |
---|---|
Pengarah | M. Hitler Zami |
Penulis | Wan Hasliza |
Dihasilkan oleh | Ahmad Puad Onah Wan Hasliza (eksekutif) Rosihan Zain (eksekutif) Shazlira Hamzah (pembantu) |
Dibintangi | Eja Hairie Othman Sherie Merlis |
Sinematografi | Mohd Shaufe Bin A. Wahib |
Disunting oleh | Mohd Shaufe Bin A. Wahib |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Janin mengisahkan kehidupan penduduk di sebuah kampung nelayan yang hidup dengan aman damai. Cerita bermula dengan ramai penduduk kampung selalu kehilangan duit mereka. Tetapi mereka tidak mengetahui siapa yang mencuri wang mereka. Sehinggalah beberapa orang kampung terserempak dengan pencuri kecil bernama Esah.
Esah, seekor toyol selalu mengunjungi keluarga Sutera isteri kepada nelayan bernama Hashim tanpa mereka sedari. Mereka mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Kunjungan Esah ke rumah Sutera terlalu kerap membuatkan hasil pencurian berkurangan. Ini membuatkan pembela Esah menjadi marah kerana hasil kecurian semakin berkurangan.
Esah dimarah oleh pembelanya dan enggan diberi makan. Esah yang dahagakan kasih sayang telah membunuh orang yang membelanya. Tanpa tuan, Esah menjadi ganas dan telah menyerang penduduk kampung dan banyak kejadian negeri telah berlaku. Orang orang kampong telah berpakat dan mula bertindak untuk menangkap Esah, tetapi tidak berhasil. Dengan tidak disangka mereka mendapat kejutan apabila mendapat tahu tentang hubungan antara Esah dan Sutera
Pemenang
Calon
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.