Juruanimasi Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Muhammad Usamah Zaid Yasin (lahir 19 Disember 1983) merupakan seorang juruanimasi Malaysia.[1] Beliau merupakan salah seorang individu penting di sebalik kejayaan siri animasi Upin dan Ipin seterusnya kejayaan filem yang mengadaptasi watak itu, Geng: Pengembaraan Bermula.[2] Beliau merupakan pengasas dan Pengarah Urusan syarikat animasi miliknya, WAU Animation dan pencipta serta pengarah siri animasi Ejen Ali.[3]
Usamah Zaid Yasin | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Usamah Zaid bin Yasin 19 Disember 1983 |
Pusat pendidikan | Universiti Multimedia (MMU) |
Pekerjaan | Pelakon suara, Pengarah, Penulis Skrip, Juruanimasi, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di WAU Animation |
Tahun aktif | 2006–kini |
Karya terkenal | |
Pasangan | Azi Shafian |
Selepas tamat belajar di Universiti Multimedia (MMU), Usamah menyertai Les' Copaque Production bersama-sama Nizam Razak dan Anas Abdul Aziz, seterusnya muncul dengan siri animasi Upin & Ipin yang mana beliau berkhidmat sebagai penolong pengarah, kemudian diserap sebagai pengarahnya, menggantikan Nizam yang meninggalkan Les' Copaque pada 2009.
Pada tahun 2013, Usamah menamatkan kerjaya 7 tahunnya di Les' Copaque dan menubuhkan syarikat animasinya sendiri, WAU Animation di mana beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan. Syarikat ini telah menerbitkan siri animasi Ejen Ali yang disiarkan di TV3 sejak 8 April 2016.[4]
Beliau mengarahkan filem pertamanya, Ejen Ali: The Movie yang merupakan kejayaan komersial apablia mendapat kutipan sebanyak RM30.05 juta di Malaysia[5] dan filem tersebut memenangi 2 daripada 10 anugerah yang dipertandingkan di FFM31.
Filem sekuel Ejen Ali: The Movie 2 sedang dalam proses pembikinan. Ia telah disahkan sendiri oleh beliau di laman media sosialnya dengan skrip draf bertajuk "Ejen Ali The Movie 2 (Title TBC)" beserta logo awal filem tersebut.[6][7]
Tahun | Tajuk | Pencipta | Pengarah | Penerbit | Penulis | Peranan suara | Catatan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
2007 - 2013 | Upin & Ipin | Tidak | Ya | Tidak | Tidak | Musim 1 - 3 sebagai pembantu pengarah, Musim 4 - 5 sebagai pengarah | |
2009 | Geng: Pengembaraan Bermula | Tidak | Tidak | Tidak | Tidak | Pengarah Animasi | |
2016 - kini | Ejen Ali | Ya | Ya | Penerbit Eksekutif | Ya | Ejen Karya, Ejen Zain dan Dato' Hisham | Musim 1 - 3 |
2019 | Ejen Ali: The Movie | Ya | Ya | Penerbit Eksekutif | Ya | Ejen Zain dan Rahul | |
2023 | Didi & Friends The Movie | Tidak | Tidak | mewakili WAU Animation | Unit Kedua | Penyelia skrip | |
2025 | Ejen Ali: The Movie 2 | Ya | Ya | Penerbit Eksekutif | Ya | Pra-produksi |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2016 | Festival Filem Malaysia ke-28 | Filem Animasi Pendek Terbaik | Ejen Ali | Menang |
2018 | Anugerah Asian Academy Creative 2018 | Program Animasi 3D Terbaik atau Siri | Tercalon | |
2020 | Anugerah Majlis Pengkritik Kuala Lumpur 2019 | Pengarah Terbaik | Usamah Zaid Yasin | Menang |
Lakon Layar Terbaik | Usamah Zaid Yasin, Hilman Muhammad & Faqihin Muhd Fadzlin | Menang | ||
Anugerah Asian Academy Creative 2020 | Pengarahan Terbaik (Fiksyen) - Malaysia | Usamah Zaid Yasin | Menang | |
Anugerah MeleTOP Era 2020 | Filem MeleTOP | Ejen Ali: The Movie | Menang | |
2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Watak Animasi Popular | Ejen Ali | Menang |
Festival Filem Malaysia ke-31 | Pengarah Terbaik | Usamah Zaid Yasin | Tercalon | |
Lakon Layar Terbaik | Usamah Zaid Yasin, Hilman Muhammad & Faqihin Muhd Fadzlin | Tercalon | ||
Cerita Asal Terbaik | Usamah Zaid Yasin, Faiz Hanafiah, Fuad Md Din, Nazmi Yatim & Shafiq Isa | Tercalon | ||
Pengarah Harapan | Usamah Zaid Yasin | Tercalon | ||
2022 | Anugerah Asian Television ke-27 | Program Animasi 3D Terbaik | Ejen Ali (Musim 3) | Menang |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.