Rembat

From Wikipedia, the free encyclopedia

Rembat
Remove ads

Rembat merupakan sebuah filem aksi komedi Malaysia 2015 arahan Shamyl Othman dan dibintangi oleh Aniu, Shaheizy Sam Dan Zizan Razak. Filem ini mengisahkan mengenai Chin Chye (Aniu) dan Malik (Shaheizy Sam), dua orang penyokong tegar bola sepak Malaysia. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 8 Oktober 2015.[3]

Fakta Segera Pengarah, Lakon layar ...
Remove ads

Sinopsis

Malik (Shaheizy Sam) dan Chin Chye (Aniu) yang bertembung secara tidak sengaja. Namun satu malapetaka yang berlaku membuatkan mereka mengejar masa untuk ke peringkat akhir perlawanan bola sepak yang akan berlangsung kerana Chin Chye telah berjanji dengan ah long untuk memberi rasuah kepada pasukan Malaysia agar mereka kalah dalam perlawanan di antara Harimau Malaya dan Thailand.

Walaupun Malik tidak mahu melibatkan diri dengan perjanjian ini kerana dia peminat setia Harimau Malaya, dia terpaksa mengikut Chin Chye kerana ingin menghalang Rosman (Arja Lee) daripada mencuri kekasihnya Azira (Zara Zya), yang memerlukan wang untuk pembedahan neneknya.

Oleh kerana kesuntukan masa dan duit, Chin Chye dan Malik berjumpa dengan M.R. Baby (Zizan Razak), untuk mendapatkan pinjaman wang.

Namun M.R. Baby pula naik marah apabila mendengar rancangan mereka untuk memberi rasuah kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana M.R. Baby bertaruh untuk Malaysia agar menang.

Remove ads

Pelakon

Thumb
Shaheizy Sam melakonkan watak Malik di dalam filem ini.
Remove ads

Penerbitan

Filem ini telah menjalani penggambaran selama 26 hari di sekitar Kuantan, Lembah Klang dan Johor.[4] Menurut pengarah, Shamyl Othman, idea untuk menghasilkan filem ini mulai muncul diantara tahun 2013-2014 dan ketika itu, ideannya hanya berkisarkan mengenai bola sepak semata-mata.[5] Namun begitu, ianya mulai berkisarkan semangat perpaduan dan nasionalisme apabila skrip filem mulai ditulis.Penggambaraan mengalami sedikit gangguan dek kerana masalah jerebu.[6]

Keluaran dan sambutan

Rembat dikeluarkan pada 8 Oktober 2015 di pawagam seluruh negara.[7] Selepas 21 hari ditayangkan, filem ini telah mendapat kutipan sebanyak RM 708,000.[8]

Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah positif. Aqmar Mustaza dari majalah Media Hiburan dan portal perfileman Wayangkini.com[9] memuji filem ini dari segi lakonan dan mesej filem ini.[10] Mohd Haikal Isa dari Kosmo! menulis bahawa paparan dalam filem Rembat ternyata melahirkan kesegaran baharu untuk filem Melayu Malaysia.[11]

Sebulan sebelum tayangan perdananya, treler rasmi filem Rembat telah dimuat naik di akaun YouTube Red Communications pada 4 September 2015 dan telah mencatat 94,283 tontonan.

Remove ads

Anugerah

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads