Azma Aizal Yusoof
Pelakon, penyanyi, pengarah dan penulis lirik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Muhamad Ismaizal Yusoof (lahir 12 Ogos 1982) atau lebih dikenali sebagai Azma Aizal Yusoof ialah pelakon, penyanyi, pengarah dan penulis lirik Malaysia.[1] Pada awal penglibatannya dalam bidang seni, Azma lebih dikenali sebagai Isma Yusoof.
Remove ads
Kerjaya lakonan Azma bermula melalui drama RTM Sutun 2 pada 2006. Drama bersiri Merah Putih merupakan arahan pertama Azma lakonan Zahiril Adzim, Ellyas Abdullah dan Dira Abu Zahar pada 2009.[2] Selain itu, Azma turut mengarahkan beberapa siri drama popular seperti Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Teman Lelaki Upahan untuk siaran TV3. Azma turut mengarahkan iklan televisyen untuk Naelofar Hijab.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Azma pernah terlibat dengan penyalahgunaan ganja dan pernah dimasukkan ke pusat pemulihan di Sungai Besi, iaitu Pemulihan Rakan Sekelompok Amalan Daya Juang Abadi (Persada) atau yang kini dikenali sebagai Puspen selama dua minggu pada 2009. Azma turut pernah dimasukkan ke wad psikiatri akibat gangguan bipolar tahap satu pada tahun yang sama. Blok 404 ialah filem arahan pertama Azma pada 2018.
Kontroversi
Pada tahun 2015, Azma bertindak memukul pelakon Ika Nabella di lokasi penggambaran drama Dawai Asmara. Ika mendakwa dipukul dan ditumbuk pada bahagian muka dan beberapa bahagian badan oleh Azma.[3]
Filemografi
Filem
Telefilem
- Sutun 2 (2006) sebagai Fitri
- Antara Garisan (2009) sebagai pengarah
- Hajar Aswad (2011)
- Kashaf Imani (2011) sebagai Pengarah
- Amarah Hawa (2012)
- Pelarian (2012) sebagai Pengarah
- Fatihah Untuk Abah (2012) sebagai Pengarah
- Mencari Nurfitri (2012) sebagai Pengarah
- Menunggu Hujan Teduh (2014)
- Olin dan Ecan (2015)
- Cubaan Bahagia (2018) sebagai Pengarah
Drama
- Emil Emilda (2007) sebagai Mac
- Kerana Cintaku Saerah (2007) sebagai Jenal
- Rona Roni Makaroni (2008) sebagai Ben
- Sindarela (2008) sebagai Butang
- Cita & Cinta (2011) sebagai Pengarah
- Fira Ayuni (2013 sebagai Pengarah
- Debunga Lalang (2013) sebagai Pengarah
- Kerana Terpaksa Aku Relakan (2014) sebagai Pengarah
- Hanya Satu (2014) sebagai Pengarah
- Ammara Batrisya (2014) sebagai pengarah
- Teman Lelaki Upahan (2015) sebagai Pengarah bersama dengan Idora Abdul Rahman
- Puteri Bukan Nama Sebenar (2015) sebagai pengarah
- Dawai Asmara (2016) sebagai Pengarah, Olahan skrip
- Amira Rose (2018) sebagai Pengarah
- Shah Alam 40000 (2021) sebagai Pengarah
- Perempuan Itu (2023) sebagai Pengarah
Teater
- Hamlet (2005)
Anugerah dan pencalonan
- Festival Teater Kuala Lumpur 2004 (Pelakon Lelaki Terbaik)
- Anugerah Skrin 2010 (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama) - "Antara Garisan"
- Anugerah Tribute P. Ramlee 2014 (Telefilem Terbaik, Pengarah Terbaik) - "Menunggu Hujan Teduh"[4]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads