From Wikipedia, the free encyclopedia
Dawai Asmara ialah siri televisyen Malaysia 2016 yang bersiaran di Slot Azalea TV9 dari 13 April hingga 17 Mei 2016 menggantikan Menongkah Kasih. Ia dibintangi oleh Hanna Aqeela, Putri Najuwa dan Emelie Hanif sebagai watak utama.[1]
Dawai Asmara | |
---|---|
Genre | Drama, misteri |
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | Hanna Aqeela Putri Najuwa Emelie Hanif |
Lagu pembukaan | Tak Pernah Menyerah - Dayang Nurfaizah |
Lagu penutup | Tak Pernah Menyerah - Dayang Nurfaizah |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Julia Juhasu |
Penerbit | Rosyam Nor Runika Yusof |
Tempoh siaran | 41–42 minit |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV9 |
Format gambar | 480i (SDTV) |
Siaran asal | 9 Mac 2016 – 7 April 2016 |
Hashim memberikan Natasya seutas rantai leher dan sebentuk cincin emas sempena hari jadi Natasya yang ke 3 tahun. Namun Rosmah tidak menyenangi kerana Hashim dianggap terlampau berbelanja mewah untuk anaknya. Buah rantai berbentuk love, begitu juga cincinnya yang diukir sama sepadan, menjadi tanda kasih Hashim yang tidak berbelah bahagi kepada anaknya. Walaupun Rosmah juga menyayangi Natasya, tapi dia tidak mahu mengukur kasih sayangnya dengan material.
Hashim tidak pedulikan rungutan Rosmah kerana dia mahu buat apa sahaja untuk kehidupan anak tunggalnya. Dalam kejadian lain, Ziana pula dihalau oleh ibu bapanya dari rumah mereka selepas melahirkan seoang anak luar nikah. Tiga tahun berlalu, Shahir yang pernah berjanji akan bertanggungjawab, tidak pernah muncul untuk mengakui Amira sebagai anak mereka.
Tidak sanggup lagi menerima cemuhan orang kampung, ibu bapa Ziana mahu Ziana membawa anaknya pergi jauh dari kampung.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.