From Wikipedia, the free encyclopedia
Antara Garisan ialah sebuah telefilem drama keagamaan Malaysia 2009 arahan Shahrulezad Mohameddin, dibintangi oleh Ungku Ismail Aziz, Sharifah Amani, Azma Aizal Yusoof dan Noorkhiriah. Telefilem ini disiarkan di Astro Ria pada 5 September 2009,[1][2] ia telah memenangi 4 daripada 6 pencalonan di Anugerah Skrin 2010.[3]
Antara Garisan | |
---|---|
Genre | |
Pencipta | Shahrulezad Mohameddin |
Ditulis oleh | Sofea |
Pengarah | Shahrulezad Mohameddin |
Dibintangi oleh | |
Penggubah lagu tema |
|
Lagu penutup | "Akan Ku Jumpa" oleh Asfan Shah |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit |
|
Penyunting | Harlina Abd. Ghani |
Lokasi | Bentong, Pahang |
Sinematografi | Ahmad Tarmizi Abdullah |
Tempoh siaran | 80 minit |
Syarikat penerbitan | Radius One |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 5 September 2009 |
Mengisahkan seorang ustaz bernama Arman (Ungku Ismail Aziz) yang muncul di sebuah kampung pada waktu subuh. Dia bertembung dengan seorang perempuan GRO bernama Ayu (Noorkhiriah) yang sedang mabuk di hadapan masjid itu. Ustaz Arman yang ketika itu sedang berdiri di kaki tangga masjid memandang wanita itu dengan pandangan jijik dan Ayu pula memandang ustaz tersebut dengan perasaan malu.
Selepas daripada kejadian itu, mereka tidak lagi bertemu sehinggalah pada suatu hari dan waktu yang sama, Ayu pula berdiri di kaki tangga masjid di tempat yang sama dia terserempak dengan Ustaz Arman pada kali yang pertama. Tetapi kali ini, Ustaz Arman ditemui dalam keadaan yang cukup mengaibkan.
Pada saat itu, barulah teringat yang mereka pernah berada di tempat yang berbeza. Kedua-dua tersedar mereka sudah merubah kedudukan masing-masing kerana sedar apa yang membezakan mereka hanyalah satu garisan halus.
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2010 | Anugerah Skrin 2010 | Drama Terbaik | Antara Garisan | Menang | [3][4][5] |
Pengarah Terbaik (Drama) | Shahrulezad Mohameddin | Tercalon | |||
Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) | Ungku Ismail Aziz | Tercalon | |||
Pelakon Wanita Terbaik (Drama) | Noorkhiriah | Menang | |||
Pelakon Pembantu Terbaik (Drama) | Azma Aizal Yusoof | Menang | |||
Lakon TV Terbaik | Antara Garisan | Menang | |||
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.