From Wikipedia, the free encyclopedia
Duda Terlajak Laris ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Fairuz Loy dibintangi oleh Idris Khan, Zara Zya dan Wawa Zainal.[1][2] Diadaptasi dari novel 2015 bertajuk sama karya Aifa Batrisya, siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 11 April 2016 hingga 24 Mei 2016 menggantikan Tundukkan Playboy Itu .
Duda Terlajak Laris | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Adaptasi novel Duda Terlajak Laris (novel) karya Aifa Batrisya. |
Pencipta | Aifa Batrisya |
Ditulis oleh | Nor Shuhadatul Ain Zakaria |
Pengarah | Fairuz Loy |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | Cinta Yang Sempurna - Qanda |
Lagu penutup | Cinta Yang Sempurna - Qanda |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 26 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Hemanathan Paul |
Penerbit | Zulkiflee Mohd Said |
Penyunting | Haniffa Jhonasrol Syazwan Roslan M. Razlan Azhar Norhasyimah Omar |
Lokasi | |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Akasia) |
Siaran asal | 11 April 2016 – 24 Mei 2016 |
Mengisahkan Zafran Aldrin (Zack) disuruh bernikah diusia 18 tahun. Ini semua bermula dari satu insiden menukar sebiji mentol, perangkap yang dibuat oleh Pehah, adik angkat Bob sahabatnya. Demi menjaga air muka tok ayah sebagai imam masjid kampung. Zack menikahi Pehah di usia yang muda.
Selepas kejadian itu Zack melarikan diri dan meninggalkan Pehah tanpa pesan. Zack mengambil keputusan untuk lari ke Aussie, Australia dan tinggal bersama kakaknya, Zainura sambil menyambung pelajarannya di sana.
Dua tahun berlalu, Zack pulang semula ke kampung selepas menerima panggilan pemergian Tok Ayah yang disayanginya. Kemudian, Zack menceraikan Pehah dengan talak satu tanpa sebarang alasan. Pehah sempat mengingatkan Zack bahawa suatu hari nanti Zack pasti akan datang mencarinya. Kata-kata itu bagai satu sumpahan apabila Zack masih tidak berkahwin walaupun kejadian tersebut sudah 8 tahun berlalu.
Ibu Zack mahukan Zack berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Beberapa kali Zack putus tunang sehingga ibunya hampir putus asa. Zainura memperkenalkan Idayu pada keluarga mereka. Idayu telah lama menyukai Zack sejak mereka di Aussie lagi. Zack hanya menerima sahaja dia ditunangkan dengan Idayu. Pada waktu itu juga, muncul Anis Nabihah. Kehadiran Anis mengingatkan Zack kepada Pehah, bekas jandanya dulu. Zack mula mendekati Anis membuat Idayu cemburu. Idayu yang kecewa pergi buat selamanya selepas terlibat dalam kemalangan. Zack rasa serba salah dan Anis yang menjadi kawan baiknya ketika itu.
Pada suatu hari, Zack pergi ke klinik gigi untuk mengubati giginya yang sakit. Disana dipertemukan dia dengan seorang doktor gigi yang berpurdah bernama Inas. Zack mahu mengenali Inas apabila dia merasakan sesuatu yang pelik dan mula menyukai Inas. Siapakah Inas sebenarnya? Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini?
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.