Kembara merupakan sebuah kumpulan pop rock Singapura. Dikenali menerusi lagu-lagu yang berunsur puisi dan rakyat,[1] kumpulan ini meraih kejayaan pada 1980-an dengan lagu-lagu hits mereka seperti "Ekspres Rakyat", "Hati Emas", "Kepadamu Kekasih", "Gerhana", "Keroncong Untuk Ana" dan "Duit". Kumpulan ini dibubarkan pada hujung 1985, dengan vokalisnya, M. Nasir meneruskan kerjaya muzik secara solo.[2]
Kembara | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Singapura |
Genre | |
Tahun aktif |
|
Syarikat rakaman | PolyGram |
Bekas ahli | M. Nasir (vokal, gitar) Shahrum Basiron (dram, vokal) Rahman Suri (bass, vokal) Mohamad Zulkifli Mohamed (gitar utama, vokal) Md. Shah Othman (keyboard, vokal) A. Ali (vokal, gitar) S. Sahlan (vokal, bass) |
Sejarah
Kembara ditubuhkan pada 1981 dengan 5 ahli asal terdiri daripada M. Nasir, A. Ali, S. Sahlan, dan adik-beradik Abby dan Eddie Ali. Pada mulanya, kumpulan ini diberi nama Janji dan ditubuhkan atas saranan penerbit eksekutif PolyGram ketika itu, Eric Yeo, namun akhirnya dinamakan Kembara. Pada masa itu, kumpulan ini hanya mempunyai 3 ahli sahaja. Bagaimanapun selepas perbincangan yang diadakan, mereka bersetuju menambah dua lagi ahli, menjadikan ahli kumpulan ini terdiri seramai 5 orang.[3] Dalam temuramah dengan Berita Harian Singapura, M. Nasir berkata idea untuk menubuhkan Kembara telah dirancang pada 1979, namun dapat direalisasikan setelah mendapat kata sepakat daripada A. Ali dan S. Sahlan.[4] Beliau berkata:
"Tertubuhnya kumpulan Kembara ini sebenarnya bukanlah hendak mana-mana kumpulan pun. Tapi ia ditubuhkan memandangkan keadaan masa kini yang banyak mempunyai tren serba baru, dan kerana kurangnya lagu-lagu rakyat yang senikatanya berunsur puisi. Saya juga rasakan perlunya diberikan galakan dalam hal perkembangan lagu-lagu berbentuk puisi ini".[4]
Adik-beradik Ali bagaimanapun meninggalkan Kembara pada awal penubuhan mereka akibat perbezaan pendapat dengan ahli kumpulan lain mengenai genre yang bakal diketengahkan oleh kumpulan itu. Kembara melancarkan album sulung mereka, yang menggunakan nama kumpulan sebagai tajuk album pada Mac 1981.[4] Album ini menjadi satu kejayaan komersial apabila ia telah terjual sebanyak 25,000 unit. Antara lagu terkenal mereka ialah "Ekspres Rakyat"[5] yang pernah meraih anugerah khas di Pesta Lagu-lagu Pop Asean yang berlangsung di Bangkok, Thailand.[6][7]
Berikutan kejayaan album sulung mereka, Kembara membuat persiapan untuk merakamkan album mereka seterusnya. Album kedua mereka, Perjuangan dikeluarkan pada September 1982. Bagaimanapun, pada awal 1983, S. Sahlan meninggalkan Kembara berikutan tawaran yang diberikan oleh syarikat rakaman lain kepadanya untuk merakamkan lagu secara solo, M. Nasir dan A. Ali meneruskan Kembara sebagai duo.[8] Kumpulan ini bagaimanapun tidak berhasrat untuk mencari ahli baru. Kembara kemudian mengumpul material baru untuk merakamkan album ketiga mereka tanpa S. Sahlan.[9] Album ketiga mereka, Generasi Ku dikeluarkan pada hujung 1983, dan ini merupakan album pertama Kembara tanpa Sahlan.
Pada tahun 1984, bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh S. Sahlan, Shahrum Basiron (dram, vokal) telah diambil sebagai ahli baru kumpulan Kembara, menjadikan kumpulan ini kembali bertiga. Sebelum menjadi ahli rasmi Kembara, Shahrum menjadi pemuzik sesi dan pernah terlibat dalam rakaman yang dijalankan oleh Kembara.[10] Pada tahun yang sama, Kembara melancarkan dua album serentak, iaitu album keempat, Seniman Jalanan dan album kelima, 1404 Hijrah. Bagaimanapun, A. Ali pula menarik diri daripada Kembara, meninggalkan M. Nasir dan Shahrum sebagai anggota Kembara yang tinggal.[11] Untuk 3 album seterusnya, beberapa ahli baru telah diambil untuk melengkapkan Kembara iaitu Mohamad Zulkifli Mohamed (gitar utama), Rahman Suri (bass) dan Md. Shah Othman (keyboard) sekaligus menyaksikan Kembara bertambah menjadi 5 anggota. Pada tahun 1985, Kembara melancarkan album keenam dan terakhir mereka, Duit. Mereka kemudian menerbitkan album runut bunyi filem Kembara Seniman Jalanan, iaitu Lagu-Lagu Dari Filem Kembara Seniman Jalanan setahun kemudian.
Pada tahun 1986 juga, Kembara secara rasminya dibubarkan. Namun M. Nasir pada 1987 mengatakan Kembara sebenarnya masih aktif dan tidak dibubarkan, namun mengakui kumpulan itu kurang aktif membuat persembahan atau merakamkan album baru.[12] Kumpulan ini juga tidak menolak kemungkinan akan bersatu semula pada masa depan.[13] M. Nasir ketika Konsert Kembara Panorama Jingga di Plenary Hall KLCC pada 31 Julai 2022 menyatakan yang Kembara tidak pernah memaklumkan yang kumpulan Kembara dibubarkan.
Pada tahun 2014, Kembara membuat kemunculan semula selepas hampir 30 tahun menerusi Konsert Hati Emas Kembara yang diadakan selama 3 hari berturut-turut di Panggung Sari, Istana Budaya pada 21 hingga 23 November. Mereka juga merancang untuk melancarkan buku biografi mengenai sejarah dan perjalanan Kembara.[14][15]
Ahli Kumpulan
Kembara 1981 (Awal Penubuhan)
Kembara 1981-1982
- M. Nasir - vokal, gitar
- A. Ali - vokal, gitar
- S. Sahlan - vokal, bes
Kembara 1983
- M. Nasir - vokal, gitar
- A. Ali - vokal, gitar
Kembara 1984 (Album Seniman Jalanan)
- M. Nasir - vokal, gitar
- A. Ali - vokal, gitar
- Shahrum Basiron (Shahrum) - dram, vokal
Kembara 1984-1986 (Album 1404 Hijrah)
- M. Nasir - vokal, gitar
- Shahrum - dram, vokal
- Rahman Suri (Rahman) - bes, vokal
- Mohamad Zulkifli Mohamed (Zoul) - gitar utama, vokal
- Md. Shah Othman (Md. Shah) - keyboard, vokal
Diskografi
Album studio
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Kembara |
|
Perjuangan |
|
Generasi Ku |
|
Seniman Jalanan |
|
1404 Hijrah |
|
Duit |
|
Lagu-Lagu Dari Filem Kembara Seniman Jalanan |
|
Album kompilasi
Tajuk | Butiran album |
---|---|
KOLEKSI 1 - Kembara | |
Koleksi Original 2 - Kembara |
|
KEMBARA 1981-1985 |
|
KEMBARA - Koleksi Klasik |
|
Lagu dan single
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Ekspres Rakyat" | 1982 |
"Hati Emas" | |
"Kepadamu Kekasih" | 1983 |
"Keroncong Untuk Ana" | 1984 |
"Gerhana" | |
"Duit" | 1985 |
"Hanya Sampai Di Sini" | 1999 |
Konsert dan jelajah
Trivia
- M. Nasir merupakan satu-satunya anggota asal Kembara dari awal penubuhan sehinggalah pembubarannya pada tahun 1986.
- Mohamad Zulkifli Mohamed (Zoul - gitar utama) ialah adik M. Nasir yang turut bersama kumpulan Kembara bermula dari album 1404 Hijrah.
- M. Nasir dan Zoul juga mempunyai dua orang saudara kandung yang merupakan anggota kumpulan nasyid wanita, Al-Jawaher iaitu Siti Hajar dan Normala di mana kumpulan itu juga pernah berkolaborasi bersama M. Nasir menerusi lagu Perjalanan 2.
- Selepas Kembara dibubarkan, Md. Shah (keyboard) kemudiannya menganggotai kumpulan Illusi yang kemudiannya dikenali dengan beberapa lagu hitnya seperti Puisi Cinta, Segalanya Kuterima, Suara Cinta dan Inang Bujang Dan Dara.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.