pengembara dan pengacara Inggeris yang menetap di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Mohammad Kareef Daniel bin Abdullah[1] (lahir Daniel James Tyler,[2] 18 Oktober 1989[3][4]) atau lebih dikenali sebagai Mat Dan merupakan seorang pengembara Inggeris dan pengacara TV yang berwarganegara United Kingdom[5] dan sudah menetap di Malaysia sejak 2009. Beliau mula menetap di Malaysia selepas pengembaraan beliau ke Pulau Kapas. Pada tahun 2018, beliau telah mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) Malaysia. Beliau juga telah memeluk Islam dan menggunakan nama Kareef Daniel Abdullah.
Mat Dan | |
---|---|
Kelahiran | Daniel James Tyler 18 Oktober 1989 |
Warganegara | United Kingdom |
Nama lain | Mohammad Kareef Daniel bin Abdullah |
Pendidikan |
|
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2016–kini |
Majikan |
|
Terkenal kerana | Penguaaan bahasa Melayu dialek Terengganu oleh orang Inggeris |
Karya terkenal |
|
Pasangan | Nadifa Adnan (k. 2017) |
Anak-anak | 3 |
Ibu | Nicola Tyler |
Bapa | Kevin Tyler |
Saudara | Will Tyler (saudara kandung) |
Beliau dikenali kerana kefasihan beliau bertutur bahasa Melayu dialek Terengganu dengan cukup baik.[6] Kini, beliau lebih dikenali dalam rancangan TV berkenaan pengembaraannya bersama rakan-rakan yang bertajuk Haramain Backpackers - Trans Siberian dan juga sebagai pengacara rancangan Mat Dan Kaki Jalan.[7]
Setakat Januari 2019[kemas kini], beliau bekerja sebagai seorang penyampai radio di Manis FM dan mengendalikan sebuah rancangan travelog makanan.[8]
Pada 22 Oktober 2016, beliau telah dilantik sebagai Duta Alam Sekitar Negeri Terengganu sempena Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri di Kerteh oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).[9]
Pada 4 September 2019, Mat Dan telah dipilih sebagai Ikon Pelancongan Terengganu oleh kerajaan negeri Terengganu. Pemilihan beliau dibuat bagi membolehkan Mat Dan mempromosi dan memperkukuh nama Terengganu ke persada yang lebih besar, khususnya pasaran luar negara seperti United Kingdom dan Eropah.[10] Beliau menyatakan, "sejak hari pertama saya sampai di Malaysia, saya telah jatuh cinta dengan negara ini".[11]
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016–2017 | Haramain Backpackers[7] - Trans Siberian -[12] | Pengacara | Astro Oasis | mengacara bersama PU Amin |
Mat Dan Kaki Jalan[7][13][14] | Astro Prima | |||
2018 | Mahabbah Meals[15] | Astro Gempak | ||
I Can See Your Voice Malaysia (musim 1)[16] | Penyiasat jemputan | ntv7 | ||
2022 | Borak Kopitiam | Pengacara | TV3 | |
2023 | Misi Mat Dan | TV9 |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2018 | Matilahnak[17] | Astro Citra | |
2021 | Busker Bercinta | Rejab | TV2 |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016–2017 | Jenaka Kampung Kalut (J.K.K)[18] | TV3 | Sitkom | |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.