Hun Haqeem
Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Haqeem bin Hermy (lahir 7 Januari 1998)[1], lebih dikenali sebagai Hun Haqeem, merupakan seorang pelakon, model, penyanyi dan hos TV lelaki Malaysia.[2][3] Beliau mula dikenali menerusi peranan watak pembantu, Ariff dalam drama televisyen pertama, Cari Aku Di Syurga (2019), sebelum meraih populariti lebih meluas menerusi watak Jaafar dalam drama bersiri fenomena Kampung People (2019).[4][5] Beralih dari peranan watak pembantu utama kepada watak lebih penting dalam naskah, kerjaya lakonan beliau terus melonjak naik setelah memegang watak, Luqman melalui drama Angkara Cinta. Drama yang dinobatkan no.1 menerima jumlah tontonan tertinggi era pandemik COVID-19 tahun 2020-2021 untuk saluran Astro Prima. [6]
Rencana ini mempunyai beberapa isu. Sila bantu memperbaikinya atau bincangkan isu-isu tersebut di dalam laman perbincangan rencana ini.
|
Pada tahun 2025, beliau membuat penampilan sulungnya di layar perak menerusi filem Soloz: Game of Life, sebagai Soloz, seorang pemuda dari Negeri Sembilan, satu watak berdasarkan figura sebenar terkenal, Soloz dalam dunia e-sukan Malaysia.[7] Pada bulan julai, beliau kembali dalam projek drama Mandul Bukan Pilihan[8][9], memegang watak Aldi Ibrahim, sebuah drama terbitan Astro Ria.
Remove ads
Kehidupan awal
Hun Haqeem dilahirkan di Kuala Lumpur, namun keluarganya berasal dari Kuching, Sarawak. Beliau beragama Islam dan memiliki darah campuran Melayu-Cina melalui ibunya, yang berasal dari Kuching. Semasa zaman kanak-kanaknya, beliau turut menghabiskan masa membesar di kampung halaman ibunya di Kuching.[10][11]
Hun merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. Mempunyai dua orang kakak dan seorang abang, bertugas sebagai doktor perubatan. Salah seorang kakaknya, Nureen Qistina, merupakan seorang pemain gitar profesional dan bekas anggota kumpulan band, XPOSE, yang dikenali menerusi lagu Sandiwara (2017).[12] Ketiga-tiga adik-beradik beliau telah pun mendirikan rumah tangga.
Bagi pendidikan awal, Hun Haqeem telah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perimbun, Cheras dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.[13] Beliau kemudian melanjutkan pengajian diploma di Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM), Kuala Lumpur dan berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Komunikasi Korporat.[14]
Remove ads
Kerjaya
Hun Haqeem memulakan penglibatannya dalam industri hiburan semasa menjalani latihan industri di Jabatan Komunikasi Korporat, New Straits Times Press. Pada tahun 2018, beliau mula mencari peluang sebagai model dan pelakon.[15] Minatnya diasah dalam bidang lakonan pada saat itu sekaligus mendorong beliau untuk terjun ke industri hiburan, keluar dari kebiasaan persekitaran kerja korporat dan kerja di sebalik tabir. Faktor tambahan, minat berkecimpung dalam bidang ini juga adalah kerana pengaruh kedua ibu bapanya di samping hobi beliau yang gemar menonton filem. [16][17]
Selepas menamatkan pengajian di kolej, beliau meneruskan usaha untuk bergiat sebagai pelakon sambil bekerja secara sambilan di Starbucks. Projek lakonan pertamanya merupakan sebuah telefilem indie bertajuk Tasbih Usang, di mana beliau diberi peranan utama bersama pelakon veteran Namron. Telefilem ini ditayangkan pada awal tahun 2019.[10][11]
Kemunculan awal: 2019 - 2020
Diawal pembabitannya dalam industri hiburan ketika berusia 21 tahun, nama Hun Haqeem meningkat naik setelah membintangi pelbagai projek drama dan telefilem. Beliau mengembangkan kerjaya lakonannya melalui beberapa peranan watak pembantu utama penting seperti melalui Cari Aku Di Syurga (2019), The Gadis (2020) [18], Pemuja Rahsia (2020)[19] dan Kampung People (musim 2) (2020).
Lonjakan dalam Karier: 2020 - 2022
Nama beliau menjadi sinonim dengan watak "Jekfer" dalam kalangan peminat drama tempatan, selepas drama Kampung People menjadi hits penghujung tahun 2019. Kemunculan sequelnya Kampung People (musim 2) turut dinantikan ramai penonton drama tempatan ketika itu.[20] Wataknya sebagai pemuda kampung dalam drama komedi turut meninggalkan impak besar di samping digandingkan bersama pelakon berpengalaman lain seperti Rashidi Ishak, Elly Mazlein dan Riena Diana. Meraih populariti yang mendadak menjadikan beliau terkenal dalam Malaysia.[21]
Kemasyuran: 2023 - kini
Karier beliau dalam industri lakonan terus dikukuhkan sebagai salah seorang pelakon muda berkebolehan besar hasil usahanya sendiri.[22] Sejak kemunculannya, Hun telah membintangi pelbagai drama dan telefilem, membuktikan versatilitinya sebagai seorang pelakon.[23]
Pada tahun 2023, beliau membintangi dua drama bersiri berkualiti terbitan platform OTT Viu. Kedua drama tersebut meraih pengiktirafan kritis sebagai pemenang kebangsaan dua tahun berturut di Asian Academy Creative Awards . Dalam kategori Program Terbaik Dari Streamer/OTT untuk drama siri Nenek Bongkok Tiga pada tahun 2023 dan kategori Adaptasi Terbaik Format Sedia Ada (skrip) untuk drama W – Two Worlds (2024) karya adaptasi dari drama siri terkenal Korea Selatan, W (TV series). (2016).[24]
Menurut Majalah Augustman edisi Jun 2024, Hun Haqeem diiktiraf sebagai salah seorang pelakon muda yang serba boleh (Top Performing Actor) dan versatil dalam industri hiburan tempatan.[25]
Gandingan beliau bersama beberapa pelakon wanita seperti Erysha Emyra, Daiyan Trisha, Anna Jobling serta gandingan drama bersama Mira Filzah, Mandul Bukan Pilihan (2025) menuai pujian kerana dilihat berjaya memberi impak dalam drama.[26][27]
Drama hebat lakonannya mengangkat nama Hun Haqeem lebih meluas.[28] Melalui drama Mandul Bukan Pilihan, menurut ulasan Budiey Channel dan Astro Gempak, episod terakhir drama tersebut digambarkan sebagai drama fenomena media sosial yang berjaya meninggalkan impak kepada penonton drama melayu tempatan kerana keserasian pelakon, jalan cerita berkesan & termasuk juga pujian terhadap kekuatan lakonan Hun yang menyentuh emosi.[29][30]
Dedikasi dalam Lakonan: Seorang pelakon ‘Method’
Demi merealisasikan watak untuk drama W: Two Worlds (2023), Hun Haqeem sanggup membuat pengorbanan besar untuk mendapatkan berat ideal menurutnya 68 kg.[31] Pernah dikenali sebagai jejaka bertubuh kekar pada suatu ketika dahulu, seorang pemuda mempunyai senyuman manis digilai ramai dalam Kampung People, beliau bersusah payah dan berjaya mengubah bentuk fizikalnya secara drastik bagi memenuhi tuntutan wataknya. Hun berjaya menurunkan sebanyak 12 kg dalam masa sebulan, menunjukkan dedikasi yang tinggi sebagai seorang pelakon. [32]
Keberanian dan usaha keras membuktikan komitmennya sebagai seorang 'method actor' yang berusaha mendalami watak yang dipegang dengan sepenuh hati.[33][34]
Dalam filem Soloz: Game of Life (2025), beliau membintangi filem sebagai seorang ikon e-sukan & streamer, terkenal dalam permainan mudah alih, Mobile Legends. Menjadi cabaran besar kerana beliau bukan seorang pemain permainan Mobile Legends: Bang Bang sebelumnya.[35][36] Untuk menjiwai watak sebagai seorang gamer, Hun telah menghabiskan berbulan-bulan untuk mempelajari permainan tersebut dan menguasai teknik-teknik permainannya.[37]
Beliau juga mempelajari gaya berjalan, lontaran suara, dan aspek-aspek lain dari karakter Soloz untuk memastikan watak tersebut dapat digambarkan dengan tepat dan mendalam.[38]
Stail, fesyen & ikon trend: Pesona global
Pada januari 2024, Hun Haqeem telah memenangi Anugerah NONA Superhero 2023 dalam kategori Men's Style Icon.[39] Hun mengagumi gaya Michael B. Jordan, yang dikenali kerana sentiasa mengekalkan penampilan yang kemas dan terjaga, baik dalam aspek kerjaya mahupun kehidupan peribadi.
Wajah beliau sering menarik perhatian ramai, kerana memiliki wajah tampan dikatakan mempunyai persamaan dengan artis Korea.[40] Beliau juga diberikan jolokan, Oppa Malaysia, oleh para peminatnya.[41]
Duta Jenama Wangian Antarabangsa: Armany beauty
Armani beauty mengumumkan pelantikan Hun Haqeem, sebagai Duta Haruman Emporio Armani Malaysia pertama pada April 2025.[42]
Remove ads
Kerjaya filem
Debut filem: 2025
Pada Mac 2024, telah diumumkan melalui sebuah majlis pelancaran filem Soloz: Game of Life terbitan kerjasama syarikat produksi Key Billions dan Moonton, Hun Haqeem telah terpilih sebagai watak Soloz, karakter non-fiksyen.[43] Naskah filem inspirasi kisah benar ini telah diarahkan oleh pengarah muda tersohor Malaysia, Syafiq Yusof.[44] [45] Filem Soloz: Game of Life telah rasmi ditayangkan pada 23 Januari 2025 di pawagam tempatan. [46]
Kehidupan Peribadi
Beliau dikenali awal pernah bernaung di bawah syarikat pengurusan, MIG Productions. Beliau memfailkan penamatan kontrak tahun 2020 akibat dari 'kontrak ekstrim' (berbeza dari lain) sebagai artis naungan dengan syarikat tersebut.[47]
Dari sisi lain, Hun Haqeem pernah mengaku mengalami masalah kesihatan mental sepanjang tahun 2021 & 2022 lalu atas hal-hal yang tidak boleh dikongsikan kepada umum. Turut memberi kesan kepada beliau dan menyifatkan tempoh tersebut sebagai tahun yang mencabar dalam hidupnya. [48]Pada tahun 2024, beliau sudah pulih dan semakin cekap mengawal emosinya. Tahap motivasi dirinya semakin meningkat.[49]
Hun Haqeem juga dikenali umum, berkawan rapat dengan pelakon, Bella Dowanna dan Qasrina Karim. Persahabatan mereka mula terjalin setelah selesai penggambaran drama siri Lagenda Puteri Qaseh musim-2 pada tahun 2024.[50]
Remove ads
Tranformasi ke bidang muzik
Beliau melancarkan single lagu pertama, Untuk Semua Jiwa kolaborasinya bersama Noki K-Clique sebagai debut nyanyiannya sebagai seorang penyanyi. Lagu ini adalah kolaborasi rasmi dilancarkan di januari 2025, untuk OST filem, Soloz: Game of Life.[51]
Duta produk
Hun Haqeem adalah merupakan personaliti & duta produk minuman Ribena. Drama mini Ke Kodiang With Love hasil kerjasama Ribena Malaysia dan saluran Astro Gempak telah berjaya mencatatkan tontonan sebanyak 2.6 juta sepanjang tayangannya 4 episod melalui laman sesawang Astro Gempak.[52]
Diskografi
- Kopitiam Rasa Sayang (2021)
- Untuk Semua Jiwa (2025) (Ft Noki K-Clique)
Trivia
- Nama rasmi kelab peminat: Huniversefc
- Hobi: Fotografi, membaca, mendengar muzik, tunggang motosikal di waktu lapang
- Mengasaskan gim latihan mixed martial arts (MMA), cawangan Elitez Mont Kiara bersama Andy Teh beserta dua lagi rakan kongsi
Filemografi
Filem
Drama TV
Drama Web
Telefilem
Rancangan Televisyen
Remove ads
Penampilan Muzik Video
Anugerah & Pencalonan
Rujukan
Pautan Luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
