Kampung People

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Kampung People ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia[1] dengan idea dan konsep asal oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin terbitan KL Motion Pictures dibintangi oleh Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Namron, Fizz Fairuz, Hun Haqeem, Razak Ahmad dan Haeriyanto Hassan. Musim pertama untuk siri ini bersiaran dari 11 Disember 2019 hingga 8 Januari 2020 di Slot Lestary TV3 menggantikan Pesan Pada Hati dan digantikan oleh Titian Takdir. Musim kedua untuk siri ini bersiaran dari 17 September 2020 hingga 16 Oktober 2020 di Slot Lestary TV3 menggantikan Pink Smile dan digantikan oleh Lelaki Lingkungan Cinta. Musim ketiga untuk siri ini bersiaran dari 18 November 2022 hingga 10 Disember 2022 di Slot Lestary TV3 menggantikan Sentuhan Najwa dan digantikan oleh Budak Tebing 3.[2][3]

Fakta Segera Genre, Pencipta ...
Remove ads

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4] Ia disiarkan semula di TV9 dari 18 November sehingga 9 Disember 2020.

Remove ads

Ringkasan siri

Maklumat lanjut Siri, Episod ...

Musim 1 (2021–2022)

Razif bekerja dengan Tuan Suhaimi yang menjual barangan yang diseludup secara haram. Ketika Razif sedang sibuk menguruskan jual beli, polis datang menyerbu tempat mereka dan ditangkap. Razif disoal siasat dan diugut dengan penjara selama 15 tahun jika tidak membuka mulut. Razif terpaksa menjadi saksi menentang bekas bossnya, penjenayah Tuan Suhaimi di mahkamah. Razif menerima ugutan dari kumpulan Cengkih Manis dan polis meletakkan Razif dan keluarganya ke dalam Program Perlindungan Saksi agar mereka tidak dibunuh sebelum kes pendakwaan. Keluarga Razif terpaksa menyamar dan menukar identiti mereka menjadi orang kampung. Kejadian melucukan berlaku apabila keluarga Razif cuba menyesuaikan diri dengan keadaan di kampung.

Musim 2 (2022-2023)

Razif, isterinya Mona dan anak-anak mereka Laila dan Yummy kembali kepada rutin kehidupan lama mereka di bandar setelah Tuan Suhaimi dipenjarakan dan kumpulan Cengkih Manis dibubarkan. Kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan Razif tertekan bagi memasikan gaya hidup keluarganya terurus. Kerana rindu terhadap Jaafar, Laila berjaya meyakinkan bapanya untuk berpindah kembali ke kampung namun bimbang Mona tidak bersetuju.Akhirnya Geng Cengkih Manis berjaya ditumpaskan. Walaupun banyak halangan untuk Jaafar dan Laila berkahwin, mereka gembira kerana mereka tidak lagi berada dalam ancaman Geng Cengkih Manis. Laila gembira kerana hubungannya dengan Jaafar makin bertambah baik dan mesra.

Musim 3 (2024)

Setelah Razif sekeluarga dan beberapa orang kampung yang lain ditidurkan selama dua tahun akibat pandemik Covid-19, mereka semua telah dikejutkan semula dengan identiti diri yang baharu untuk mengaburi mata geng Cengkih Manis yang masih lagi mengancam keselamatan mereka. Demi keselamatan yang lebih terjamin, mereka semua kini mendiami sebuah perumahan flat di sebuah bandar.

Untuk menyembunyikan kesilapan Pacerat sendiri, Agen Shukrinah dan Agen 1 terpaksa berbohong kepada Laila yang mengatakan bahawa otak Jaafar terpaksa dipindahkan ke dalam badan Badrul bisu. Namun, Razif dan Laila sekeluarga dapat membongkar agenda kedua-dua agen Pacerat ini dan mula mengatur strategi untuk mengenakan mereka semula.

Berpindah ke kawasan yang baharu ini bukannya sesuatu yang mudah. Razif turut menghadapi masalah dengan penduduk flat itu. Sejak kehilangan Jaafar, Laila mengalami kemurungan yang berpanjangan namun perkara itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencari Jaafar. Dapatkah Razif sekeluarga dan orang kampung menempuh segala cabaran dan ujian yang bakal dihadapi mereka? Adakah geng Cengkih Manis akan muncul dan mengancam keselamatan mereka lagi?

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Remove ads

Ulasan kritis

Menulis untuk The Malay Mail, Zurairi AR dalam ulasan retrospektifnya mengenai Kampung People berhujah bahawa dalam komen di YouTube penonton meluahkan kecintaan mereka terhadap siri itu untuk nada segarnya dalam slot masa yang sebahagian besarnya dikuasai oleh unsur romantis yang penuh dengan plot yang sangat rumit dan dapat diramalkan bahawa walaupun permainan kad telah dibuat sebagai parodi. Beliau turut menyifatkan nilai-nilai moral dalam Kampung People ialah "bagaimana materialisme dan wang mengawal kehidupan kita, tanpa mengira sama ada kita tinggal di sebuah bandar atau kampung".[12]

Sambutan

Kampung People mendapat maklum balas positif daripada penonton dan netizen.[13] Mereka berpendapat bahawa Kampung People tidak mempunyai unsur kisah cinta klise, sekaligus berjaya lari daripada kebiasaan penerbitan drama cinta dan adaptasi novel.[14]

Rujukan

Loading content...

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads