Ara Johari

Penyanyi wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Nurfarrah Izzatie Johari atau lebih dikenali sebagai Ara Johari (lahir 27 Jun 1997) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan finalis dan pemenang tempat keempat dalam pertandingan realiti televisyen, Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016.

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Ara Johari
Kelahiran
Nurfarrah Izzatie binti Johari

(1997-06-27) 27 Jun 1997 (umur 27)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2016kini
Tutup

Kerjaya

Ara Johari mula meraih kejayaan arus perdana menerusi Akademi Fantasia musim ke-13 dan berjaya merangkul tempat keempat dalam rancangan tersebut. Beliau mula meneruskan kerjayanya dalam industri muzik menerusi lagu "Warkah Untukku", "Bunga" dan "Paku". Lirik untuk lagu "Paku" ditulis oleh Ara sendiri. Beliau seterusnya berjaya menempatkan diri dalam Anugerah Juara Lagu ke-32 menerusi lagu "Warkah Untukku". Namun Ara tidak berjaya merangkul sebarang anugerah AJL32. Ara sekali lagi berjaya menempatkan diri dalam Anugerah Juara Lagu ke-33 menerusi lagu "Bunga". Berkat usaha gigih Ara dan kumpulannya, lagu ini berjaya meraih gelaran naib juara. Kemenangan ini melonjakkan lagi nama Ara dalam industri muzik.

Akademi Fantasia

Ara merupakan salah seorang daripada 15 orang pelajar yang diterima masuk ke Akademi Fantasia 2016. Berikut ialah persembahan Ara sewaktu dalam akademi:

Maklumat lanjut Konsert, Lagu tugasan ...
Konsert Lagu tugasan Penyanyi asal Kedudukan
Minggu 1 "Andaiku Bercinta Lagi" Mojo Kekal
Minggu 2 "Andai" Dia Fadila Kekal
Minggu 3 "Robek Hatiku" Mas Idayu Kekal
Minggu 4 "Bimbang" Goodbye Felicia & Stephanie Poetri Kekal
Minggu 5 "Takdir Penentu Segalanya" Jamal Abdillah Kekal
Minggu 6 (Suku Akhir) "Nazam Berkasih" / "Tinting "(medley) Syura / Noraniza Idris Kekal
Minggu 7 (Separuh Akhir) "Tangisan Marhaenis"

(duet bersama Hattan)

Dia Fadila & Hattan Kekal
"Samar Bayangan" Nicky Astria
Minggu Akhir "Camar Yang Pulang" Aishah Pemenang Tempat Keempat
"Warkah Untukku" Ara
Tutup

Kontroversi

Ara mengaku bahawa beliau mengulas hubungan rapat dengan pelakon dan pengacara Hun Haqeem.

Diskografi

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk lagu ...
Single
Tahun Tajuk lagu
2016 "Warkah Untukku"
2017 "Bunga"
2018 "Paku"
2019 "Racun Hati"
"Penindas" (bersama WARIS)
2021 "Tetap Aku Cinta"
"Keliru" (bersama Lil J)
2022 "Sumpahan Salju"
"Pasti Tiba"
2023 "Sudah"
2024 "Menjaga Jodoh Orang Lain"
Tutup

Filemografi

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Malaysian Ghost Stories Tasha Astro Ria Episod: “Ulek Mayang”
2023 One Million Dollar Voice Ara Penampilan khas
Tutup

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 C.H.A: Cinta Hati Ayam Acha TV2 Telefilem pertama
Tutup

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2022 The Masked Singer Malaysia (musim 2) Peserta sebagai Ratu Semut Astro Warna
Famili Duo (musim 2) Peserta pasangan selebriti bersama Shafiq Erwin TV3
Tutup

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Artis Baharu Wanita Popular Tercalon
Penyanyi Wanita Popular Tercalon
Fantastik 4 (Hot FM) Menang
2019 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Penyanyi Wanita Popular Tercalon
Anugerah Juara Lagu 33 "Bunga" Tempat kedua
2020 Anugerah Meletop ERA Penyanyi Meletop ERA (Paku) Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Wanita Popular Tercalon
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.