Pelakon dan penyanyi wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Wafariena Roslan (lahir 19 Julai 1995) atau lebih dikenali sebagai Wafariena merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model wanita Malaysia.[1][2] Beliau juga merupakan salah seorang bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019. Sejak itu, beliau memulakan kerjayanya sebagai penyanyi dan melancarkan single pertama yang berjudul Carilah Aku.[3] Beliau turut dikenali menerusi telefilem Kisah Seram Hostel (2019), filem Butak (2020), siri televisyen 7 Hari Mencintaiku 2 (2020) dan 7 Hari Mencintaiku 3 (2022). [4][5]
Wafariena | |
---|---|
Kelahiran | |
Nama lain | Wafa, Wafariena |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2018–kini |
Terkenal kerana | 7 Hari Mencintaiku 2 |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Media Asia Production (MAP Music) |
Sebelum menceburi bidang lakonan, Wafariena Roslan terlebih dahulu bergiat aktif dalam bidang muzik sebagai penyanyi. Beliau memulakan kerjaya awal sebagai penyanyi pancaragam di Polis Diraja Malaysia (PDRM). Wafariena kemudian menyertai ujibakat pertandingan Dewi Remaja 2018/2019, namun tidak terpilih sebagai peserta.
Kerjaya lakonannya bermula dengan membintangi telefilem bertajuk Kisah Seram Hostel yang disiarkan di Astro Citra. Pada November 2019, Wafariena merakamkan single sulungnya bertajuk "Carilah Aku" yang berkonsepkan balada nukilan Johari Teh dan Aryan. Ia dikeluarkan menerusi label Media Asia Production (MAP Music).[3]
Wafariena mula mendapat perhatian meluas dalam bidang lakonan menerusi watak Nurul Ain dalam 7 Hari Mencintaiku 2 yang dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Siti Saleha. Beliau mengambil alih watak itu daripada pelakon asalnya, Zarynn Min yang memegang watak sama dalam musim pertama. Keberkesanan watak lakonannya dalam drama itu, menyebabkan Wafariena dilabel sebagai 'perosak rumah tangga orang', malah turut menerima ugutan disimbah asid.[6] Beliau kembali menjayakan wataknya dalam siri ketiga drama itu yang disiarkan pada 2022.[7][8][9]
Wafariena ialah salah seorang daripada 24 penyanyi amatur yang mengambil bahagian dalam rancangan Vokal Mania terbitan TV3.[10][11]
Wafariena dilahirkan dan dibesarkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan merupakan anak keempat daripada tujuh beradik. Ibu bapanya bercerai ketika beliau berusia 15 tahun dan sejak itu beliau dan adik-beradiknya dibesarkan oleh ibu mereka. Beliau juga fasih berbahasa Mandarin dan pernah belajar di sebuah sekolah Cina.[12]
Beliau pernah mendedahkan dalam temubual bersama Kosmo! pada Ogos 2020 bahawa beliau pernah ditawarkan bekerja sebagai gadis pengiring kepada golongan kenamaan dengan bayaran sebanyak RM120,000 satu malam.[13]
Kakaknya meninggal dunia pada November 2020 selepas melahirkan bayi lelaki.[14]
Pada Oktober 2022, Wafariena menjalani rawatan di wad hospital KPJ Rawang Selangor kerana mengalami sakit di belakang badan sewaktu menjalani penggambaran di Lenggong, Perak. Beliau dibenarkan keluar dari hospital dan terus pulang ke rumahnya untuk berehat.[15][16] Pada bulan November, beliau sembuh sepenuhnya dan kembali aktif berlakon.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2020 | Butak | Wafa | Filem pertama |
2021 | Arwah Pak Mat, Lif & AJK | Ayu | |
2022 | Kedai Antik Wak Jambi | Zainatul | |
2023 | Hang Nak P Mana ? | Raihanah | |
Jemputan Ke Neraka | Salina | ||
2024 | Yie Prehhh... | Rina | |
Sahul Bhai | Rose | Pos-produksi |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | 7 Hari Mencintaiku 2 | Nurul Ain | TV3 | Menggantikan pelakon asal Zarynn Min |
2020–2021 | Potong | Anak Mustafar | Astro Warna | |
2021 | Romantika 4 Hari 3 Malam | Raina | TV3 | |
Baby Tak Gila | Baby | Hypp Sensasi | ||
One Two Hantu 2 | Chom Bi | Awesome TV | ||
Kiblat Yang Hilang | Suraya | |||
Saat Kau Takluk Cinta Ini | Kamelia | TV3 | ||
2022 | 7 Hari Mencintaiku 3 | Nurul Ain | ||
Gangster Ker? | Suraya | Awesome TV | ||
Tok Guru | Nik Naimah | TV2 | ||
Remang | Riana | TV3 | Episod: "Lukisan Lama"" | |
Wanita Milik Tuan Putra | Airis | |||
2023 | Alamak Lagi-Lagi Dia | Cika | TV Okey | |
Zuriat Dari Penjara | Shara | TV1 | ||
2024 | Janji Dibawah Pokok Ceri | Safiya | TV Okey | |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2019 | Kisah Seram Hostel | Orkid | Astro Citra |
2021 | Kembar Keliru | Cendana | Awesome TV |
Rindu Tak Bersayap | Ain | TV Okey | |
2022 | Suri Rumah Terfeeling | Leha | Awesome TV |
Lara Semalam | Jasmine | TV2 | |
Aku Tauhu Engkau Bergedil | Lara | ||
Dania | Peguam Dania | TV3 | |
Wanji | Ereen | TV1 | |
Hidayah Bukan Milik Kita | Dayah | TV2 | |
2023 | Cenduai | Detektif Lia | Awesome TV |
2024 | Isteri Seorang Lelaki | Ilani | TV1 |
Mak Cik Selamat Hari Ibu | Hafizah | TV2 |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Vokal Mania | Dirinya sendiri/tetamu jemputan | TV3 | |
Ha Ha Ha | Maimun, Manisa, Zaza, Kak Long | Awesome TV | Episod 11: Segmen "Sewa Rumah"
Episod 12: Segmen "Jiran Kembar" Episod 13: Segmen "Oh Ayah" | |
2021 | Tok Kata | Artis Jemputan | ||
2022 | Sepahtu Reunion Live 2022 | Cikgu Nadia | Astro Warna | Episod: "Hanya Kejujuran" |
Putra, Richard, Umaira & Co | Alia | TV2 | ||
2023 | Masak Sana Sini | Artis Jemputan | TV Okey | |
UBI Superstar Live | Datin Anna | Astro Warna | Episod 3: "Dibawah Langit Yang Sama" | |
Tahun | Tajuk |
---|---|
2019 | |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Baharu Wanita Popular | Tercalon | [17] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.