From Wikipedia, the free encyclopedia
Musim ketiga 7 Hari Mencintaiku, juga dikenali sebagai 7 Hari Mencintaiku 3[1][2][3] memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 16 April 2022 menggantikan Harith Fayyadh dan digantikan oleh Bisik Bisik Gelora.[4]
7 Hari Mencintaiku | |
---|---|
Musim 3 | |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bil. episod | 35 |
Keluaran | |
Rangkaian | TV3 |
Tarikh siaran | 16 April – 20 Mei 2022 |
Kronologi musim |
Drama ini berjaya meraih sebanyak 10.5 juta penonton sepanjang 35 episod siaran dan mencapai 1.14 bilion di aplikasi TikTok serta kerap menjadi sohor kini di media sosial pada setiap episod membolehkan drama ini meraih populariti yang meluas seperti pada musim-musim terdahulu.
Rumah tangga Khuzairi (Shukri Yahaya) dan Mia Adriana (Siti Saleha) diuji lagi selepas Khuzairi lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Sejak itu, Khuzairi menjadi panas baran kerana dia mula rasa diri tidak lagi sempurna sebagai suami kepada Mia dan juga ayah kepada anak mereka.
Pada masa yang sama, Pak Samad (Kazar Saisi) sebenarnya tidak sihat dan perlu menjalani pembedahan. Namun, Pak Samad merahsiakannya daripada pengetahuan keluarganya. Oleh itu, Pak Samad meninggalkan sepucuk surat kepada mereka dan meminta mereka mencari makna sebenarnya tentang cinta dalam 7 hari.
7 Hari Mencintaiku 3 dijadualkan untuk tayangan di Slot Akasia TV3 sepanjang bulan Ramadan bermula 01 April 2022 namun penulis novel asal dan penerbit drama ini, Siti Rosmizah, menyatakan bahawa tarikh tayangan drama ini telah ditunda kepada 16 April 2022.
Drama ini tetap mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminatnya walaupun terdapat segelintir penonton yang mengkritik drama ini yang masih memaparkan jalan ceritanya yang hampir sama dengan musim-musim terdahulu.
Selain itu, musim ini memperlihatkan watak-watak seperti watak Khuzairi (lakonan Shukri Yahaya)[6] dan watak Nurul (lakonan Wafariena Roslan)[7] yang mendapat kecaman daripada peminat dan penonton drama ini. Difahamkan, kebencian terhadap watak Khuzairi tercetus selepas dia mengambil keputusan untuk menjadi ‘pak sanggup’ dan bernikah dengan Nurul yang dikatakan hamil anak Pak Samad sehingga sanggup menengking isterinya sendiri iaitu Mia Adriana.
Di samping itu, watak-watak seperti Dr Fatin (lakonan Reen Rahim) dan Taufik (lakonan PU Azman) mendapat perhatian daripada peminat dan penonton drama ini yang menyukai perwatakan mereka yang 'gila-gila' dan bersahaja.
Drama ini terus mencatatkan peningkatan dalam bilangan penontonnya pada setiap episod dan kesemua pelakon kekal memberikan impak besar kepada emosi penonton. Setiap episod drama ini mendapat sambutan hangat dan kerap menjadi sohor kini di media sosial seperti Facebook, Twitter dan TikTok membolehkan drama ini meraih populariti yang meluas seperti pada musim-musim terdahulu.
Secara keseluruhannya, jumlah tontonan drama 7 Hari Mencintaiku 3 adalah 10.5 juta tontonan sepanjang 35 episod dan mencapai 1.14 bilion di aplikasi TikTok.
EPISOD PERTAMA | EPISOD AKHIR | JUMLAH TONTONAN | TIKTOK | SUMBER |
---|---|---|---|---|
— | — | [8] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.