Dayang Areeda

Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Dayang Areeda Datu Abdul Razak (lahir 29 Januari 1994) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau mula dikenali dengan watak antagonisnya sebagai Shiqin dalam drama Kekasih Paksa Rela.[1][2][3]

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Dayang Areeda
Kelahiran
Dayang Areeda binti Datu Abdul Razak

(1994-01-29) 29 Januari 1994 (umur 31)
PendidikanDiploma Perniagaan
Pusat pendidikanAkademi Binaan Negara Kuala Berang (ABM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2014kini
Ketinggian1.7 m (5 ka 7 in)
Tutup

Kerjaya

Pada tahun 2014, Dayang Areeda yang ketika itu berusia 20 tahun, mendaftarkan diri di Metrowealth Pictures milik penerbit David Teo dan memohon jawatan kerja sebagai pegawai pemasaran. Bermula dengan sesi temuduga, Dayang menerima tawaran sebagai pelakon. Minatnya dalam bidang lakonan mula berputik apabila Dayang terpaksa menangguhkan pelajarannya.[4] Beliau merupakan salah seorang bakat baru yang diperkenalkan oleh Metrowealth bersama-sama Julia Farhana Marin, Tengku Fiella dan Aizat Hassan.

Bakatnya dalam bidang lakonan mula bersinar apabila Dayang memegang watak pembantu sebagai Shiqin dalam drama Kekasih Paksa Rela lakonan Remy Ishak dan Intan Najuwa. Beliau juga berlakon bersama Kamal Adli dan Tiz Zaqyah dalam filem Kolestrol vs Cinta arahan Eyra Rahman.

Kehidupan peribadi

Dayang Areeda dilahirkan dan dibesarkan di Kudat, Sabah. Beliau merupakan lulusan dalam bidang perniagaan di Akademi Binaan Negara Kuala Berang (ABM).

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2016 Volkswagen Kuning Isteri Filem pertama
PA Encik Monster Bulan
2017 Kolestrol vs Cinta Jannah
2020 Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda Nenek Kebayan
2023 Penanggal Mak Kiah Limah Tepen
Bangkitkan Aku Kembali Haida
Tutup

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tutup

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2016 Abang Sadoku Kekwat Unifi TV
Sha, Shah & Syawal Astro Ria
Playboy Kantoi Unifi TV
Sepatu Tinggi Medina Erna
2017 Anda Telah Diprank!
GF Aku Amnesia
Cekelat Semanis Honey Astro Citra
Bakal Suami Akan Datang Zura Unifi TV
2018 Manipulasi NTV7
Tiket Cinta TV3
2019 Terhenti Sebuah Rindu Rufida Unifi TV
2020 B.O.B (Bukan Orang Buta) Fifiy Awesome TV
3 Dukun Santet Syasya Astro Citra
2021 Gadis Muka Surat Aina Sofea TV2
2022 Hajat Buat Lagu Nafisa
Blues Hari Isnin Arina TV1
2023 Hello Suri Anita TV3
Cik Diva Balik Kampung Zuzu
Tutup

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2021 Sepahtu Reunion Live 2021 Asmirah Astro Warna Artis Jemputan, episod: "Dia Hero Cintaku"
2023 Ubi Superstar Live Cikgu Aishah Artis Jemputan, episod: "Takdir & Waktu"
Tutup

Web drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Peranan Saluran
2024 Terjerat Shasha IQIYI
Tutup

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Baru Wanita Popular Tercalon
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.