From Wikipedia, the free encyclopedia
Si Kolot Suamiku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia tahun 2016 arahan Eyra Rahman. Drama ini dibintangi oleh Amar Baharin, dan Siti Elizad. Siri drama ini memulakan tayangan perdananya di dalam saluran berbayar Astro iaitu Astro Ria dan Astro Ria HD menerusi Slot MegaDrama bermula 15 Ogos 2016 untuk menggantikan drama Lelaki Macam Dia.[1]
Si Kolot Suamiku | |
---|---|
Genre | Drama, cinta, komedi |
Berdasarkan daripada | Adaptasi novel Si Kolot Suamiku karya Fazlyn Ridz |
Pengarah | Eyra Rahman |
Dibintangi oleh | Amar Baharin Siti Elizad Atikah Suhaime Faizal Hussein Sheila Mambo |
Lagu pembukaan | "Dua Dunia" - Waris dengan Viral |
Lagu penutup | "Dua Dunia" - Waris dengan Viral |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 16 episod |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 1 jam |
Syarikat penerbitan | MiG Production Sdn Bhd |
Syarikat pengedaran | Astro |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria dan Astro Ria HD (melalui Slot MegaDrama) |
Siaran asal | 15 Ogos 2016 – 8 September 2016 |
Kronologi | |
Mengikuti | Lelaki Macam Dia |
Diikuti oleh | Abang Bomba I Love You |
Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga dirinya membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!
Kudin seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.
Mereka dipertemukan apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata.
Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.
Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?
Si Kolot Suamiku merupakan siri drama terbitan MiG Production Sdn Bhd adaptasi dari sebuah novel yang mempunyai nama yang sama, Si Kolot Suamiku karya Fazlyn Ridz.[4] Ia ditayangkan di saluran berbayar Astro iaitu Astro Ria dan Astro Ria HD melalui Slot MegaDrama bermula 15 Ogos 2016 sehingga 8 September 2016.[1][5] Penyiaran drama ini di dalam saluran berbayar Astro adalah pada hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam waktu tempatan (WPM). Selepas drama bersiri Si Kolot Suamiku tamat penyiarannya, ia digantikan dengan Abang Bomba I Love You.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.