Baby Shima

Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Baby Shima

Nor Ashima Ramli atau lebih dikenali sebagai Baby Shima (lahir 20 September 1992) merupakan seorang penyanyi dangdut dan pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau merupakan salah seorang peserta D'Academy Asia (musim 3) di Indonesia serta peserta Big Stage musim pertama di Astro Ria.[2][3][4]

Fakta Segera Maklumat latar belakang, Nama lahir ...
Baby Shima
Thumb
Baby Shima pada 2024
Maklumat latar belakang
Nama lahirNor Ashima binti Ramli
Kelahiran (1992-09-20) 20 September 1992 (umur 32)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
WarganegaraMalaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Alat muzikVokal
Tahun aktif2009–kini
Syarikat rakaman
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 20 September 1992 di Permas Jaya, Johor Bahru, Johor dan merupakan anak keempat daripada enam adik beradik kepada pasangan Ramli Ali dan ibu Zaleha Mohamed.[5]

Kerjaya

Baby Shima mula berkecimpung dalam bidang muzik selepas bergelar juara Bintang Idola Berita Harian 2010 anjuran Berita Harian. Beliau kemudiannya mengikat kontrak bersama KRU Music Group dan seterusnya muncul bersama single sulungnya, "Tak Sabar" ciptaan Edry Abdul Halim.[6][7][8][9]

Beliau berhasrat ingin mencipta nama di Indonesia dan Selatan Carribean termasuklah di Madagascar,[10] ini terbukti apabila beliau terpilih sebagai salah seorang peserta D' Academy Asia musim ketiga di Jakarta, Indonesia pada 2017.[11]

Baby Shima menyertai pertandingan Big Stage musim pertama dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Wani Kayrie, Sissy Imann, Iman Troye, UNIC, 4U2C, Bandi , Erra Fazira dan Fara Hezel.[12] [13][14]

Pada Jun 2020, beliau menerima pengiktirafan oleh YouTube Malaysia apabila saluran YouTube beliau menerima YouTube Malaysia Gold Creators Awards 2020.

Big Stage (musim 1)

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Maklumat lanjut Konsert, Tema ...
Persembahan dan keputusan
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Viral "Lagi Syantik" Siti Badriah TERSELAMAT
Minggu 2 Lit Throwback "Aku Tak Akan Bersuara" Nike Ardilla TERSELAMAT
Minggu 3 Sama-sama Up "Makhluk Tuhan Paling Sexy"

(duet bersama Zizi Kirana)

Mulan Jameela TERSELAMAT
Minggu 4 Tapi Bukan Aku "Mawar Putih Tanda Perpisahan" Jamilul Hayat TERSELAMAT
Minggu 5 Hot List Digital "Asal Kau Bahagia" Armada TERSELAMAT
Minggu 6 Lagu Pilihan Siti Nurhaliza "Semakin" Siti Sarah TERSELAMAT
"Drama"

(duet bersama Syafiq Farhain)

Meet Uncle Hussain & Black TERSELAMAT
Minggu 7 (Separuh Akhir) Road To Final "Hajat" Hael Husaini TERSELAMAT
"Ku Mahu"

(duet bersama Haiza)

Siti Nurhaliza TERSELAMAT
Minggu 8 (Akhir) Lagu Cover & Penentuan "Police Entry" Elizabeth Tan TEMPAT KELIMA
"Sirna"

(lagu baru)

Dirinya sendiri
Tutup

Kehidupan peribadi

Pada 25 Januari 2019, Shima membuat laporan polis di Balai Polis Cyberjaya berhubung komen jelik di laman Instagram miliknya. Selain itu, beliau juga menerima ugutan cepat mati.[15]

Diskografi

Single

  • Tak Sabar (2012)
  • Nombor Dua (2012)
  • Mawar Putih Tanda Perpisahan (2013)
  • Seloka Hari Raya (feat Adam AF) (2014)
  • Abang Satu Ringgit (2017)
  • Makan Hati (2017)
  • Roadblock Hatiku (feat Floor 88) (2018)
  • Pura Pura Bujang (2018)
  • Kangen Rosul (2018)
  • Jaran Ucul (2018)
  • Main Mata (2018)
  • Sirna (2018)
  • Main Mata (versi koplo) (2019)
  • Sakit (2019)
  • Ikatan Asmara (feat Fairuz Misran) (2019)
  • Terpisah Jarak Dan Waktu (feat Sule) (2019)
  • Disana Menanti Disini Menunggu (2020)
  • Siapa Sih Kamu (2020)
  • Mbalik Kucing [DJ Remix Santuy] (2020)
  • Lalai (2021)
  • Bak Zaman (feat Fairuz Misran) (2022)
  • Baby Sayang (feat Dato' Sri Aliff Syukri) (2022)
  • Bang Jamal (2022)
  • Sejenak Sendiri (2022)
  • Bajidoran (2023)
  • Kena Kecam Pun Tak Kisah (feat Ifa Raziah) (2024)
  • Bujang Sarawak (2024)
  • Waktu Ku Kecil (2024)

Lagu lain

  • Kopi Dangdut
  • Suaramu Syairku
  • Hareudang
  • Hutang (versi dangdut)
  • Ku Puja Puja
  • Cowok Baru
  • Ayo Turu
  • Suamiku Kawin Lagi
  • Jaga Jaga (feat Ayie Floor 88)
  • Aisyah Istri Rasulullah
  • Dance Monkey
  • Lagu Untuk Kamu
  • Goyang Upin & Ipin
  • Ada Gajah Dibalik Batu
  • Yang Benar (feat Ayie Floor 88)
  • Berdiri Bulu Romaku
  • Berkikis Bulu Betis (Cover Iban)

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Catatan
2021 Hutang 2D Shima Filem pertama
2022 Biko Sara
2024 Tan-Ti-Ana Mona
Tutup

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2021 Havoc Nak Raya Artis Jemputan TV3
2023 I Can See Your Voice Malaysia (musim 6) Penyiasat Tetap
2024 Melodi Pengacara Jemputan
Tutup

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2009 Mangga Star Search Menang
2010 Bintang Idola Berita Harian 2010 Menang
2012 KPOPNya Raya (Astro Ria) Menang
2017 Anugerah Dangdut Indonesia (MNCTV) Pendatang Baru Dangdut Terpopular Menang
2018 Big Stage Finalis - Tempat Ke-5 Menang
2019 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Duo/kumpulan Popular (bersama Floor 88) Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Wanita Popular Tercalon
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.