Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Musim kedua 7 Hari Mencintaiku, juga dikenali sebagai 7 Hari Mencintaiku 2[1][2] memulakan tayangan perdana di slot Akasia TV3 pada 2 Julai 2020 menggantikan Nasi Kerabu Untuk Che Abe.[3] Ia diadaptasi daripada novel 2018 bertajuk sama karya Siti Rosmizah dan juga merupakan kesinambungan kepada musim pertama drama ini.
7 Hari Mencintaiku | |
---|---|
Musim 2 | |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bil. episod | 33 |
Keluaran | |
Rangkaian | TV3 |
Tarikh siaran | 2 Julai – 17 Ogos 2020 |
Kronologi musim |
Drama ini berjaya meraih sebanyak 12 juta penonton sepanjang 33 episod siaran dan kerap menjadi sohor kini di media sosial pada setiap episod membolehkan drama ini meraih populariti yang meluas seperti pada musim pertama.
Mia Adriana (Siti Saleha) dan suaminya, Khuzairi (Shukri Yahaya) melayari hidup bahagia setelah berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.
Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati (Jasmin Hamid) dan adiknya, Dato’ Johari (Shaharuddin Thamby) kembali dengan dendam mereka. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan sehinggakan Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila (Faye Kusairi) juga tak kurang hebatnya.
Mia hilang hormat pada Pak Samad (Kazar Saisi), seorang lelaki yang dihormatinya selama ini. Mak Leha (Liza Abdullah) mula membenci Mia Adriana. Badai terus-terusan melanda keluarga Pak Samad. Nadia (Jaja Iliyes) putus tunang dengan Dr. Zaidi (Bil Azali). Manakala, Helmi (Syazwan Zulkifly) pula bercerai dengan Sofi (Wan Sharmila) dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya.
Dalam kemelut badai yang melanda, Nurul Ain (Wafariena Roslan) muncul dalam hidup keluarga Pak Samad. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya. Helmi pula cuba menyedarkan emaknya akan agenda tersirat Nurul Ain.
Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Namun, Khuzairi tak mampu menggapainya lagi. Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya. Dia merenung suaminya buat terakhir kali.
Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati Khuzairi bersama deraian air mata.
7 Hari Mencintaiku 2 dijadualkan untuk tayangan di Slot Akasia TV3 sepanjang bulan Ramadan bermula 24 April 2020[7] namun penulis novel asal dan penerbit drama ini, Siti Rosmizah, menyatakan bahawa tarikh tayangan drama ini telah ditunda kerana sesi penggambaran drama terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di seluruh negara akibat penularan pandemik COVID-19 di Malaysia.
Siti Rosmizah telah memuat naik montaj drama ini di media sosialnya pada 8 Jun 2020 lantas mengumumkan lagu tema dan tarikh baharu tayangan drama ini yang telah dianjakkan kepada 2 Julai 2020.[8]
Drama ini telah mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminatnya kerana kisah dalam musim kedua kali ini lebih tertumpu kepada kesemua ahli keluarga Pak Samad berbanding kisah Mia dan Khuzairi sahaja seperti dalam musim pertama. Kelainan musim kedua daripada musim pertama ini telah menambahkan lagi rencah suasana kekeluargaan dalam drama ini berbanding kisah cinta klise antara pasangan suami isteri semata-mata.
Selain itu, pertukaran watak penting dalam drama ini membuatkan penonton berasa sedikit kecewa. Antaranya watak Pak Samad yang dahulunya dilakonkan oleh Aman Graseka telah menimbulkan persoalan apabila watak tersebut kini dilakonkan oleh Kazar Saisi. Selain itu, watak Puan Hayati yang dahulunya dilakonkan oleh Zila Bakarin kini dilakonkan oleh Jasmin Hamid. Tidak lupa juga, watak Nurul Ain yang dahulunya sebuah watak sampingan yang dilakonkan oleh Zarynn Min kini dilakonkan oleh bakat baharu iaitu Wafariena Roslan sebagai watak antagonis.
Namun begitu, drama ini terus mencatatkan peningkatan dalam bilangan penontonnya pada setiap episod dan kesemua pelakon kekal memberikan impak besar kepada emosi penonton walaupun terdapat perubahan barisan pelakonnya. Setiap episod drama ini mendapat sambutan hangat dan kerap menjadi sohor kini di media sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube membolehkan drama ini meraih populariti yang meluas seperti pada musim pertama.[9][10]
Secara keseluruhannya, jumlah tontonan drama 7 Hari Mencintaiku 2 adalah 5 juta tontonan bagi episod akhir dan 12 juta tontonan sepanjang 33 episod.
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2021 | Anugerah Drama Sangat | Pelakon Lelaki Terbaik | Shukri Yahaya | Tercalon |
Pelakon Wanita Terbaik | Siti Saleha | Tercalon | ||
Pasangan Drama Terbaik | Shukri Yahaya & Siti Saleha | Menang | ||
Pelakon Antagonis Terbaik | Liza Abdullah | Menang | ||
Babak Tular Drama Terbaik | 7 Hari Mencintaiku 2 | Tercalon | ||
OST Terbaik | Aku Bidadari Syurgamu (Nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza) | Tercalon | ||
Drama Popular | SR One Sdn Bhd | Tercalon | ||
Drama Adaptasi Novel Terbaik | SR One Sdn Bhd | Menang | ||
Drama Terbaik | SR One Sdn Bhd | Tercalon | ||
Anugerah Juara Lagu | Lagu Terbaik | Aku Bidadari Syurgamu (Nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza) | Tercalon | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian | Gandingan Serasi Drama | Shukri Yahaya & Siti Saleha | Tercalon | |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.