Muna Shahirah

Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Muna Shahirah

Muna Shahirah Munadi (lahir 16 Jun 1994) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau meraih kemasyhuran sebagai salah seorang peserta rancangan TV realiti Akademi Fantasia musim ke-11 pada 2014. Beliau kemudian mengeluarkan single pertamanya yang bertajuk "Takdir Cinta" pada 2017.[2][3]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Muna Shahirah
Thumb
Muna di studio MeleTOP pada 30 September 2014.
Kelahiran
Muna Shahirah binti Munadi

(1994-06-16) 16 Jun 1994 (umur 30)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, streamer
Tahun aktif2014–kini
PasanganSean Tee Yeu Terng Abdullah (k. 2023)
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanFMC Music
Kegiatan berkaitan
Tutup

Kerjaya

Muna memulakan kerjayanya dalam bidang muzik dengan menjadi penyanyi di Yayasan Warisan Johor ketika berusia 12 tahun.[4][5] Pada tahun 2014, beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 12 pelajar yang diterima masuk ke Akademi Fantasia musim ke-11 (AF2014) antara lain turut disertai oleh Aman Aziz, Ewal Ismail, Sam Nuhair dan Nina Nadira.[6] Namun rezeki dan perjuangan beliau terhenti di konsert minggu keempat apabila menjadi peserta ketiga tersingkir berikutan mendapat undian terendah di minggu tersebut meskipun persembahan beliau mendapat pujian daripada juri.[7][8][9] Berikut ialah persembahan dan keputusan beliau di AF2014:

Maklumat lanjut Konsert, Tema ...
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Pilihan Peserta "Hilang" Najwa Latif SELAMAT
Minggu 2 90-an "Diam-diam Jatuh Cinta" Ramlah Ram SELAMAT
Minggu 3 Hitz Fantasia "Percayalah" Indah Ruhaila SELAMAT
Minggu 4 Tribute Komposer Malaysia "Kekal" Ziana Zain TERSINGKIR
Tutup

Selepas tersingkir daripada AF2014, beliau kembali menumpukan perhatian kepada pengajiannya di universiti.[10] Setelah tamat pengajiannya pada 2017,[10][11] beliau kembali ke industri muzik dengan mengikat kontrak bersama FMC Music dan melancarkan dua single sulungnya, "Takdir Cinta" pada November 2017. "Takdir Cinta" menjadi kejayaan komersial apabila berjaya meraih sejuta tontonan di YouTube.[12][13]

Muna mengikuti kejayaan single pertamanya dengan pelancaran lagu "Teguh Setia" sebagai single kedua,[14][15] yang mana kedua-dua lagu ini ialah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Ibnu & Gouffran.[10] "Teguh Setia" terkandas di separuh akhir minggu kedua Muzik Muzik 34 apabila lagu itu gagal mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-34.[16][17][18]

Pada tahun 2019, beliau muncul dengan sebuah lagu Raya bertajuk "Menanti di Aidilfitri" menampilkan kolaborasi bersama Wani Syaz, Wany Hasrita dan Wan Azlyn. Sebuah muzik video yang turut dibintangi oleh Azhan Rani telah diterbitkan untuk mempromosikan single ini.[19] Beliau kemudian melancarkan single ketiga, "Suratan Luka" hasil nukilan Sharon Paul dan Ahmad Fedtri Yahya.[20] Lagu ini berkisarkan tentang pengalaman peribadinya yang pernah ditinggalkan kekasih,[21][22] muzik video rasminya telah mencatatakan sebanyak 140,000 tontonan tidak lama selepas dikeluarkan.[23] Kemudian pada 23 Oktober 2020, Muna berduet bersama Zack Zakwan menerusi lagu "Bagaimana".[24][25][26]

Selain bidang muzik, beliau turut berkecimpung dalam perkhidmatan penstriman video profesional.[27][28][29]

Muna juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan, dengan membintangi telefilem Bebenang PKP Anis yang disiarkan di TV AlHijrah pada 15 Mei 2021. Ia berkisarkan tentang Anis lakonan Muna, yang terpaksa menjaga dua anak Puan Zue kerana pembantu rumah melarikan diri. Telefilem arahan Shuhaimi Zulkefli ini turut dibintangi oleh Shafie Naswip, Fauzi Nawawi dan Lisdawati.[30]

Pada 2 Julai, Muna muncul dengan single "Bukan Milikku" yang menampilkan beliau menjalin kerjasama dengan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh.[31][32]

Pada 9 September 2022, Muna berduet bersama Afieq Shazwan menerusi lagu "Cinta Hanya Buatan" hasil ciptaan Ibnu dan lirik oleh Gouffran.[33][34][35]

Bakat

Muna Shahirah dikenali kerana menyanyikan lagu balada yang mendayu-dayu. Biarpun genre itu sukar dibawanya, Muna mengakui ia lebih dekat dengan dirinya.[32] Katanya: “Lagu balada sukar dibawa jika hendak dibandingkan dengan dendangan rancak. Kalau vokal biasa sekalipun, masih boleh bawa lagu rancak kerana mudah dipelbagaikan. Saya fikir lagu balada lebih sesuai dengan vokal. Kalau bawa lagu rancak, macam tak kena. Kalau diberi peluang atau mencuba, saya suka lagu rancak yang lebih condong kepada dangdut".[36]

Kehidupan peribadi

Muna Shahirah dilahirkan di Mersing, Johor. Beliau ialah lulusan Ijazah Sarjana Muda Matematik dan Ekonomi di Universiti Sains Malaysia (USM) kampus Pulau Pinang.[2][11] Laman Instagram beliau mempunyai lebih 50,000 pengikut.

Beliau meminati genre muzik balada dan meletakkan Siti Nurhaliza sebagai penyanyi pujaan, manakala Farid Kamil dan Lisa Surihani sebagai idola dalam bidang lakonan dan menyifatkan diri seorang yang ceria dan mudah dibawa berborak. Selain menyanyi, beliau turut membantu ibu bapanya mengendalikan sebuah syarikat pengurusan majlis di Johor.[2]

Beliau berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu seorang pemuda mualaf berketurunan Cina, Sean Tee Abdullah @ Tee Yau Terng (lahir 1999) yang 5 tahun lebih muda daripadanya pada 19 Mei 2023. Pasangan ini mula berkenalan ketika sama-sama bergiat aktif dalam permainan video PUBG.[37]

Diskografi

Single

Maklumat lanjut Tahun, Lagu ...
Tahun Lagu
2017 "Takdir Cinta"
2018 "Teguh Setia"
2019 "Suratan Luka"
2020 "Bagaimana" (duet bersama Zack Zakwan)
2021 "Bukan Milikku"
2022 "Cinta Hanya Buatan" (duet bersama Afieq Shazwan)
2024 "Resepi Berkasih" (duet bersama tajul)
Tutup

Single raya

Maklumat lanjut Tahun, Lagu ...
Tahun Lagu
2019 "Menanti Di Aidilfitri" (bersama Wani Syaz, Wany Hasrita dan Wan Azlyn)
2023 "Terpaling di Hari Raya" (bersama bersama Tajul Ariff, Afieq Shazwan, Wany Hasrita, Tuah Adzmi dan Wani Syaz)
"Wira Raya" (bersama Wany Hasrita dan Wani Syaz)
Tutup

Filemografi

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2021 Bebenang PKP Anis Anis Mawar TV AlHijrah
Tutup

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Akademi Fantasia musim ke-11 Peserta Astro Ria
Tutup

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2020 ERA Digital Muzik Awards 2019 Artis Baharu Baek Dirinya sendiri Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Wanita Popular Tercalon
Penyanyi Wanita Popular Tercalon
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.