7 Hari Mencintaiku (musim 1)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Musim pertama 7 Hari Mencintaiku memulakan tayangan perdana di slot Akasia TV3 dari 7 November 2016 hingga 22 Disember 2016 menggantikan Cinta Masam Manis. Ia diadaptasi daripada novel 2011 dengan tajuk sama karya Siti Rosmizah Semail.

Fakta Segera Dibintangi oleh, Negara asal ...
7 Hari Mencintaiku
Musim 1
Dibintangi
oleh
Negara asalMalaysia
Bil. episod28
Keluaran
RangkaianTV3
Tarikh siaran7 November 
22 Disember 2016
Kronologi musim
 Sebelumnya
Pertama
Selanjutnya 
Musim 2
Tutup

7 Hari Mencintaiku mencatatkan penarafan tontonan drama yang tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 12 juta penonton[1] selain menerima Anugerah Drama Pilihan serta mendominasi anugerah-anugerah lain di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017.

Sinopsis

Khuzairi (Shukri Yahaya), dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana (Siti Saleha). Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Mia Adriana merupakan seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus (Zulkifli Ismail). Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis. Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita (Lia Natalia) kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi bersikap kekampungan dan kolot.

Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha (Liza Abdullah), mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati (Zila Bakarin). Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakila (Faye Kusairi), tunangan Helmi (Syazwan Zulkifli) yang menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu pasang surut. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu dan menyayangi isterinya sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.

Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang ditinggalkan tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah membeku? Apakah Pak Samad (Aman Graseka) mampu membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakila untuk menjadi isteri Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain penggembala kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis kampung?[2]

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

  • Liza Abdullah sebagai Mak Leha, ibu tiri kepada Khuzairi, ibu kepada Helmi dan Nadia serta isteri pertama kepada Pak Samad(Ep 1-28)
  • Aman Graseka sebagai Pak Samad, bapa kepada Khuzairi(Ep 1-28)
  • Ungku Hariz sebagai Khalil, sepupu dan bekas tunang kepada Mia dan abang kepada Sofi(Ep 1-22)
  • Faye Kusairi sebagai Syakila, sepupu kepada Khuzairi dan anak saudara kesayangan Mak Leha serta tunang kepada Helmi(Ep 1-28)
  • Bil Azali sebagai Zaidi, kawan baik Khuzairi sejak zaman sekolah(Ep 1-28)
  • Jaja Iliyes sebagai Nadia, adik perempuan kepada Khuzairi dan Helmi (1-28)
  • Idris Md Diah sebagai Pak Andak, suami kepada Mak Andak(Ep 1-28)
  • Anne Abdullah sebagai Mak Andak, isteri Pak Andak dan ibu kepada Ayu dan Buntat(Ep 1-28)
  • Rosnah Johari sebagai Puan Roziah, bekas pembantu rumah dan ibu tiri Mia(Ep 6-22)
  • Zila Bakarin sebagai Puan Hayati, ibu kepada Mia(Ep 3-28)
  • Zarynn Min sebagai Nurul Ain(Ep 12)

Pelakon undangan

  • Zulkifli Ismail sebagai Dato' Megat Idrus(Ep 1-3)
  • Ahmad Fauzee sebagai Dato' Razman
  • Shaharuddin Thamby sebagai Dato' Johari(Ep 2-28)
  • Datin Ira Ghani sebagai Maria
  • Ben Ryzlan sebagai Tan Sri Raziq
  • Lia Natalia sebagai Zurita(Ep 2-22)
  • Muhd Shadip Azan sebagai Hadi
  • Muhd Suffian Md Yassan sebagai Rahim
  • Mak Wan sebagai Mak Limah
  • Zulkifli Mohd Salleh sebagai Pak Ngah Kassim
  • Nor Amisah Abdullah sebagai Mak Ngah Lijah
  • NurFatin Amalina sebagai Shawati

Pelakon kanak-kanak

  • Mohd Ariff Abdullah sebagai Buntat/Ahmad Syahrul(Ep 1-21)
  • Sharifah Nur Sayyarah binti Syed Hadi
  • Nur Nawrah Affia bt Munawarul Zaman

Pelakon tambahan

  • IR Hj. Mohd Fauzi Hj Mohamed
  • Afry Wijoyo
  • Rasyif Arimi Earchin
  • Muhammad Arif Pitri
  • Luqman Aiman
  • Muhammad Shahrul Naim
  • Muhd Firdaus
  • Izzi Zulhazreef Zulkifli
  • Shera Edora Shahril
  • Noraini Atan
  • Nor Azwin Muhamad
  • Nabilah Jafri
  • Noor Syakira
  • Amizulkifli Nawari
  • Asraf Rahmat
  • Amirul Shahnizam
  • Risshandika Shamsudin
  • Arbain Hassan
  • Muhamad Fahmi Endan
  • Mohd Nandin Saib
  • Jibeng Tukima
  • Mansor Endut
  • Zaleha Al-Marhum
  • Siti Norhasyikin Mansor
  • Zaidy Mansor
  • Jaafar Said
  • Siti Roseha Kasmari
  • Norazizah Sairi
  • Zaiton Barahim @ Ibrahim
  • Abdul Rasyid Mohd Safwan
  • Shaharul Haris Tumiran
  • Hairulnizam Sardi
  • Muhamad Fahmi Endan

Episod

Maklumat lanjut #, Tarikh penyiaran ...
#Tarikh penyiaranRingkasan
17 November 2016Khuzairi amat sayang akan adiknya, Helmi sehingga sanggup berjumpa Dato' Megat Idrus bagi menyelesaikan masalah hutang adiknya. Pertemuan itu menemukan semula dia dengan Mia Adriana, anak Dato Megat Idrus yang sangat angkuh.
28 November 2016Akibat masalah kewangan, Dato' Johari desak Khalil lari ke luar negara menyebabkan dia tidak hadir semasa majlis pernikahannya dengan Mia. Dato' Megat Idrus akhirnya mengahwinkan Mia dengan anak Pak Samad, iaitu Khuzairi bagi menjaga maruah keluarga.
39 November 2016Mia Adriana yang masih tidak boleh menerima Khuzairi sebagai suami, merancang untuk mengikut ibunya, Puan Hayati ke Australia selepas kematian Dato' Megat Idrus.
410 November 2016Khuzairi berjaya menghalang Mia pergi ke Australia dan membawa Mia tinggal bersamanya di kampung.
514 November 2016Mia berasa agak kekok tinggal di kampung. Hubungannya yang tegang dengan ibu mertuanya, Mak Leha mengeruhkan lagi keadaan. Manakala, isteri Khalil, iaitu Zurita mengalami keguguran.
615 November 2016Layanan baik Khuzairi mula melembutkan hati Mia Adriana walaupun sikap egonya masih belum reda. Manakala, hubungan Khalil dan Zurita pula semakin tegang.
716 November 2016Khalil yang masih menyayangi Mia mencarinya di kampung, tetapi dihalau oleh Mia sendiri. Malangnya, Khalil mengalami kemalangan.
817 November 2016Khuzairi cuba membiayai perkahwinan Helmi namun ditentang oleh Mia. Mia tidak suka Khuzairi selalu menyebelahi keluarganya yang dianggap hanya mengambil kesempatan. Mia mula bekerja di klinik Khuzairi.
921 November 2016Di klinik, Mia bertengkar dengan Syakilla. Sofi datang menziarahi Mia di kampung. Atas nasihat Sofi, Mia belajar untuk menyayangi Khuzairi.
1022 November 2016Helmi memukul Mia sehingga pengsan kerana menyakiti Syakila, yang akhirnya menyebabkan Helmi dimarahi oleh Khuzairi dan Pak Samad.
1123 November 2016Sofi diragut dan Mia menziarahinya di Kuala Lumpur dan menyedari Sofi sudah bertudung. Dalam masa yang sama, Mia merancang tidak mahu balik ke kampung semula, namun Khuzairi berjaya memujuknya.
1224 November 2016Buntat dihantar ke Kuala Lumpur untuk tinggal bersama Dato' Razman dan belajar di sekolah. Dalam diam, Khalil merancang sesuatu yang jahat.
1328 November 2016Khalil mengupah Helmi untuk membantunya menodai Mia dan merosakkan lagi hubungan Mia dan Khuzairi.
1429 November 2016Mia yang menyangkakan Khuzairi yang memerangkapnya, memarahi Khuzairi. Layanan Mia kepada Khuzairi menjadi semakin buruk. Keadaan Buntat semakin baik. Helmi dituduh mencabul menyebabkan dia terpaksa meminta tolong Mia.
1530 November 2016Mia bersetuju membantu menyelesaikan masalah Helmi. Mia yang disangkakan sakit rupanya mengandung.
161 Disember 2016Tanpa disangka, Mia membantu perniagaan klinik Khuzairi. Pak Samad menemankan Mia membeli pakaian ibu mengandung di bandar.
175 Disember 2016Mia bertengkar dengan Syakila di klinik, menyebabkan dia ditolak jatuh. Akibat memfitnah Mia, Syakilla dipecat.
186 Disember 2016Mia salah faham dan cemburu akan hubungan Khuzairi dan arwah Ayu. Namun, selepas Dr. Zaidi menjelaskan perkara sebenar, Mia lebih terharu. Manakala Khalil pula masih belum berputus asa terhadap Mia.
197 Disember 2016Khalil mengupah Helmi untuk meracun kambing-kambing belaan Khuzairi. Mia yang mengetahui hal tersebut, merancang memerangkap Khalil dan Helmi. Padahnya, Helmi dihalau dari rumah.
208 Disember 2016Khuzairi dipaksa Mia untuk pilih antara dirinya atau ibu tirinya, Mak Leha. Dalam masa yang sama, Mia selamat bersalinkan Alisa. Akibat masih ego, Mia nekad meninggalkan Khuzairi dan anaknya itu sendiri.
2112 Disember 2016Buntat yang telah didera teruk oleh Hadi, anak Dato' Razman, dipukul oleh Khalil sehingga meninggal dunia kerana mahu menyelamatkan Mia Adriana. Kejadian itu menyedarkan Mia Adriana akan kasih sayang Buntat dan cinta Khuzairi padanya selama ini.
2213 Disember 2016Rahsia dan rancangan jahat Puan Hayati terbongkar. Khalil dikejar polis kerana membunuh Zurita dan akhirnya terbunuh ketika melarikan diri. Dato' Johari yang menyaksikan kematian anaknya, akhirnya menjadi gila. Puan Roziah pula meninggal dunia setelah Mia menemuinya, menyebabkan Mia lebih insaf. Mia terkejut apabila Sofi mengkhabarkan bahawa Khuzairi merancang untuk berkahwin dengan Syakila atas desakan Mak Leha.
2314 Disember 2016Mia mula berubah, mencari semua orang dan meminta maaf, termasuklah Khuzairi. Malangnya Khuzairi sudah tawar hati terhadapnya. Layanan Khuzairi yang dingin terhadapnya itu membuatkan Mia sedih. Mia berjanji membetulkan semula kesalahannya dalam masa 7 hari.
2415 Disember 2016Mia membaiki hubungan dengan semua orang yang pernah dibencinya, menyusukan Alisa, menubuhkan yayasan atas wasiat Puan Roziah dan memberikan peluang kerja kepada semua orang. Namun begitu, hati Khuzairi masih keras dan masih tidak mahu menerima isterinya semula.
2519 Disember 2016Helmi kembali dan tindakannya sengaja mengambil berat terhadap Mia, menimbulkan rasa cemburu Khuzairi. Walaubagaimanapun, demi menjaga hati Syakila dan Mak Leha, Khuzairi tetap dengan ego dan keras kepalanya.
2620 Disember 2016Khuzairi yang menyedari bahawa dia masih mencintai Mia, tidak jadi berkahwin dengan Syakila. Sementara itu, Mia pula dikejarkan ke hospital kerana diberikan ubat tidur berlebihan oleh Syakila. Helmi mengamuk menyebabkan Syakila menceritakan niat buruknya untuk berkahwin dengan Khuzairi. Mak Leha yang menyesal terus mengamuk dan membelasah Syakila dengan teruk.
2721 Disember 2016Mak Leha dan Khuzairi meminta maaf dan berbaik semula dengan Mia. Mia tekad ke UK meninggalkan kampung bersama Alisa dan Mia berjanji untuk pulang menghadiri majlis perkahwinan Helmi dan Sofi bersama Alisa. Malangnya, hanya Alisa sahaja yang pulang tetapi tidak Mia.
2822 Disember 2016Ternyata, Mia kembali dengan kejutan untuk mengenakan suami dan ibu mertuanya. Mia juga menerima ibu kandungnya, Puan Hayati semula, dan akhirnya mereka kembali bersatu dan mengecap kebahagiaan.
Tutup

Penerbitan

Menurut Jamal Khan, drama ini ialah drama adaptasi novel keempat arahannya yang mempunyai banyak plot dan konflik sebagai cerita sokongan. Tambahnya lagi, disebabkan cita rasa penonton yang sangat positif, dia menjadi gusar untuk menyunting setiap adegan terutamanya babak-babak akhir di mana Mia menagih cinta Khuzairi dalam tempoh tujuh hari.[3] Ini adalah kali pertama Pena Creative Pictures bekerjasama dengan penulis novel 7 Hari Mencintaiku, Siti Rosmizah untuk mengangkat kisah ini ke kaca televisyen.[4]

Shukri Yahaya menjelaskan bahawa drama ini agak berat untuk difahami dan beliau sendiri penat akibat terlalu banyak bermain dengan emosi sewaktu penggambaran. Dia juga perlu memperkemaskan lakonannya agar tidak dibayangi oleh watak-watak lakonannya yang terdahulu.[5] Wan Sharmila yang juga sentiasa berusaha dalam lakonannya menyatakan dirinya bernasib baik kerana kesemua pelakon sentiasa memberikan kerjasama.[4]

Antara cabaran yang dihadapi oleh Syazwan Zulkifli ialah dia terpaksa menggunakan perkataan yang kasar, seperti 'aku kau' dan 'aku mak'[6] terhadap pelakon yang lebih senior dalam beberapa babak yang dilakonkan.[7]

Muhammad Ariff yang memegang watak Buntat ialah seorang pesakit disleksia. Beliau dibantu oleh ibunya dan seorang tenaga pengajar dalam penghafalan skrip.[8]

Sambutan

“Rating terkumpul untuk semua episod drama ini berjumlah 12 juta penonton dan rating untuk satu jam siaran dari pukul 6.58 malam sehingga 8 malam pada episod akhir telah mencecah 5 juta penonton.”

Puan Siti Nurlisia Mohd. Nadzri (Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Penjenamaan dan Rancangan TV3 & TV9)[9]

Drama ini telah memenangi hampir kesemua kategori anugerah yang dipertandingkan menerusi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 yang diadakan pada bulan April 2017. Menurut Shukri Yahaya, kejayaan drama 7 Hari Mencintaiku ini disebabkan oleh gandingan hebat kesemua pelakonnya dalam menjayakan watak masing-masing.[5]

Drama ini juga telah menjadi topik perbualan yang hangat di laman sosial, Twitter setiap kali bersiaran di kaca televisyen apabila berjaya memonopoli takhta trending nombor satu di Malaysia dengan kata kunci #7HariMencintaiku.[9]

Kata Siti Saleha, bentuk dialog yang sinis dan tajam hasil daripada penulisan skripnya juga menjadi salah satu faktor kekuatan dalam drama ini.[5] Beliau yang mulanya gentar melakonkan watak Mia Adriana kerana khuatir kecaman, sebaliknya mengakui menerima lebih banyak pujian penonton termasuklah dari bapanya sendiri atas mutu lakonannya.[5] Malah, drama ini juga menerima komen positif daripada peminat-peminat drama.[10] [5]

“Sukar untuk percaya, 7 Hari Mencintaiku berjaya mencapai tontonan tertinggi sehingga mengatasi rekod dipegang Love You Mr. Arrogant dan Nur Kasih sebelum ini.”

Dato' Hajjah Ziela Jalil[4]

Watak Mak Leha yang dilakonkan oleh Liza Abdullah juga turut dipuji oleh peminatnya dari Singapura.[6] Malah beliau turut memuji ketegasan pembantu pengarah, Amy Nawari dalam mengendalikan mutu lakonan kesemua pelakon.[6]

Perkara ini diakui oleh Jamal Khan, di mana dia menyatakan drama ini amat hidup sehingga mendapat perhatian ramai orang.[11]

Watak Buntat meninggalkan kesan besar terhadap penonton apabila ramai peminat drama berkenaan yang membincangkan mengenainya di pelbagai medium sosial, terutamanya apabila watak itu "dimatikan" dalam episod 21.[12]

Malah, watak Pak Samad yang dilakonkan oleh Aman Graseka juga hangat diperkatakan sehingga menjadi idola kegilaan ramai wanita.[9]

Bagi meraikan kejayaan drama bersiri terbaik TV3 tahun 2016 ini, sebuah sesi beramah mesra bersama barisan pelakon telah dianjurkan khas buat 10 orang pemenang bertuah peraduan media sosial. Sesi ramah mesra yang berlangsung di The Terrace Restaurant, The Royale Bintang, The Curve ini juga merupakan sebuah malam penghargaan kepada semua pihak yang berjaya menjadikan drama ini sebagai sebuah fenomena hebat di Malaysia.[9] Malam penghargaan tersebut dihadiri oleh beberapa orang pelakon utama drama ini.

Selain itu, sebuah majlis kesyukuran telah diadakan pada 15 Februari 2017 di Hotel Royal, Kuala Lumpur anjuran Pena Creative Pictures bagi meraikan kemenangan besar, drama 7 Hari Mencintaiku dan lagu Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah yang masing-masing memenangi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 dan Anugerah Juara Lagu ke-31.[13]

Penarafan

Maklumat lanjut EPISOD PERTAMA, EPISOD AKHIR ...
PENARAFAN TV NIELSEN AUDIENCE MEASUREMENT
EPISOD PERTAMAEPISOD AKHIRATAS TALIANJUMLAH TONTONANSUMBER
5 juta
12 juta
[1][9]
Tutup

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2017 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur Aktor Pilihan Shukri Yahaya Menang
Aktress Pilihan Siti Saleha Tercalon
Pasangan Pilihan Shukri Yahaya & Siti Saleha Menang
Antagonis Pilihan Faye Kusairi Tercalon
Pengarah Pilihan Jamal Khan Menang
Skrip Pilihan PGRs Team Menang
Lagu Tema Pilihan Lelaki Teragung (Nyanyian Dayang Nurfaizah) Menang
Drama Pilihan Pena Creative Sdn Bhd Menang
Anugerah Juara Lagu Lagu Terbaik Lelaki Teragung (Nyanyian Dayang Nurfaizah) Menang
Anugerah Skrin Drama Rantaian Terbaik Pena Creative Sdn Bhd Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon TV Lelaki Popular Shukri Yahaya Tercalon
Gandingan Serasi Drama (Atas Talian) Shukri Yahaya & Siti Saleha Tercalon
Anugerah MeleTOP Era Drama TV MeleTOP Pena Creative Sdn Bhd Tercalon
Pelakon TV MeleTOP Shukri Yahaya Tercalon
Tutup

Runut bunyi

Maklumat lanjut No., Tajuk ...
No.TajukArtisMasa
1."Lelaki Teragung"Dayang Nurfaizah03:55
2."Lelaki Teragung (Akustik)"Dayang Nurfaizah04:11
3."Mengintai Dari Tirai Kamar"Exists05:18
4."Seikhlas Cinta"Sherry Ibrahim03:57
5."Hana`s Eyes"Maxim Mrvica04:31
6."Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu"Uji Rashid03:46
Jumlah masa: -:--
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.