K-Clique

From Wikipedia, the free encyclopedia

K-Clique merupakan kumpulan hip hop Malaysia, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ditubuhkan pada 2014.[1][2] Ahli kumpulan ini ialah seramai tujuh orang, terdiri daripada MK, Noki, SoMean, KDeaf, FareedPF, Gnello, dan NastyNas.[3][4]

Fakta Segera Berasal dari, Genre ...
K-Clique
Berasal dariKota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Genre
Tahun aktif2014-kini
Syarikat rakaman
K-Records
Pengkarya berkait
Ahli
  • Muhammad Hairi Amin (MK)
  • Ahmad Ikhwan Aji (Noki)
  • Muhd Syahmin Naim Igbal Khan (SoMean)
  • Syafieq Emir (KDeaf)
  • Fareed Saddi (FareedPF)
  • Siddek Jasni (Gnello)
  • Nazrin Idris (NastyNas)
Bekas ahli
Tutup

Biarpun sudah lama bergiat aktif di negeri kelahiran mereka, K-Clique mula mendapat perhatian meluas di kalangan penggemar muzik tempatan walaupun mereka bermula dengan konsep indie dan underground. Single keenam mereka, "Mimpi" telah membawa K-Clique, dari puncak populariti ke muzik arus perdana dan disebut-sebut antara yang mempunyai potensi cerah untuk menerima pengaruh lebih besar.

Sejarah

Biarpun asing bagi sesetengah pihak, K-Clique sebenarnya sudah lama dikenali di kalangan peminat muzik hip hop tempatan.[5] Mereka terlebih awal mencipta populariti di negeri Sabah, dengan bergerak secara ‘underground’ menerusi lagu-lagu hits seperti "Lane Lain Line", "Sah Tu Satu", "Licik" dan "Warna" yang sehingga kini sudah mengumpul jutaan tontonan di laman YouTube.

Lazimnya, penyanyi yang memperjuangkan genre hip hop lewat ini berada di kalangan mereka yang berjuang secara solo, antaranya Altimet, Joe Flizzow, Caprice, Alif dan SonaOne. Jika ada yang pernah membabitkan diri secara berkumpulan sekalipun, hanya dianggotai secara duo dan trio, atau sejumlah anggaran lima orang. Bagaimanapun, K-Clique mencipta rekod sebagai kumpulan rap dengan jumlah ahli paling ramai di Malaysia iaitu seramai 8 orang, dan yang pertama dalam tempoh dua dekad sejak Naughtius Maximus. Mereka terdiri daripada MK, Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas yang mana kesemuanya berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.[6]

Mereka mengikat kontrak bersama Black Hat Cat Records (BHC) milik penyanyi rap, Alif sebagai artis naungan pertama. BHC ditubuhkan sebagai usaha untuk mengangkat dan memperjuangkan genre muzik urban di Malaysia.

Tiga anggota kumpulan ini iaitu Tuju, Somean dan MK terbabit dalam projek lagu berjudul "Bossku" hasil kolaborasi bersama MeerFly. Single ini sekaligus merancakkan lagi populariti K-Clique di mana video muziknya yang mula dilancarkan di YouTube pada April 2019 sudah mencatatkan angka tontonan mencecah 8.8 juta.

Kumpulan ini tampil bersama single sulung mereka di bawah label Black Hat Cat, "Mimpi", berduet dengan Alif. Ia dikatakan berkisarkan pengalaman mereka dalam memburu impian bergelar bintang.[7][8]

Pada 2 Ogos 2019, K-Clique mengadakan persembahan pertama mereka di Singapura yang bertempat di Altimate Singapore.[9]

Pada Disember 2019, K-Clique mencipta rekod tersendiri apabila mereka diiktiraf sebagai Artis Tempatan Yang Paling Banyak Distrim sepanjang 2019 oleh Spotify sekaligus mengetepikan Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.[10]

Pada 17 Julai 2020, K-Clique melancarkan single terbaharu mereka, "Merais", yang diterbitkan oleh Wolfy.[11] Kumpulan itu juga mengumumkan akan melancarkan autobiografi mengenai perjalanan kerjaya mereka.[12] K-Clique mengumumkan bahawa mereka dipilih sebagai hos untuk konsert maya secara eksklusif di Bigo Live sebagai tanda sokongan untuk Yayasan MyKasih.[13]

Pada Oktober, mereka dicalonkan bagi kategori Best Southeast Asian Act (Artis Asia Tenggara Terbaik) di Anugerah Muzik Eropah MTV 2020,[14] namun mereka tewas di tangan penyanyi hip hop Vietnam, Jack.[15]

Pada April 2021, K-Clique memeterai kerjasama bersama syarikat rakaman Todak Music untuk beberapa projek antaranya ialah menjadi jurucakap jenama pakaian jalanan yang bakal dilancarkan.[16][17][18]

Pada 28 Disember 2022, Noki mengesahkan Tuju telah keluar dari K-Clique sejak beberapa bulan lalu, berkemungkinan untuk fokus kepada jenama TujuLoca dan keluarga beliau.[19]

Filemografi

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2019 MeleTOP Artis undangan Astro Ria
Unplugged
Tutup

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Pengarah Catatan
2021 The Hotel MK sebagai Sean Astro Ria Helmi Yusof
2022 Oh My Hantaran Noki

Sebagai Mail & MK sebagai Rizal

TV9 Suhaimi Lua
Tutup

Diskografi

Single

Sebagai artis utama

Maklumat lanjut Tahun, Judul ...
Tahun Judul Dirakamkan oleh Catatan
2018 "Lane Lain Line" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean
"Licik" Tuju
"Sah Tu Satu" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
2019 "Memorabilia" (menampilkan Xnads) Gnello, FareedPF
"Noir" (bersama AxelJonas dan IYB Midnight) MK, Gnello, FareedPF
"Warna" Tuju, MK
"Mimpi" (menampilkan Alif) Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean Penampilan tanpa kredit oleh Kaka Azraff
"Beg 2 Back" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
"Kamu Okay" Noki, Gnello, NastyNas, KDeaf Penampilan tanpa kredit oleh Bosky
2020 "Kitta Move" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
"Merais" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
"Pulang" (menampilkan AJ) MK, Gnello, SoMean
2021 "Sebelum/Paracetamol" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
2022 "Sustento" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
2023 "OR7" Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
Tutup

Sebagai artis undangan/kolaborasi

Maklumat lanjut Tahun, Judul ...
Tahun Judul Catatan
2019 "Bal" (Tuju, MK, Caprice dan Zynakal)
"BossKu" (MeerFly menampilkan Tuju, Somean dan MK)
"Haa Tepok" (MeerFly menampilkan MK dan Kidd Santhe)
"Adakah Kau Menungguku" (Naim Daniel menampilkan Tuju) Lagu semi-finalis MM35
"IMSO" (MK, Lil J dan Alan D)
"Sampai Mana" (AJ menampilkan Somean)
2020 "X Missing U" (Tuju, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Yonnyboii) Lagu semi-finalis MM35
"Poyo" (Santesh, Danial Zaini dan Noki)
"Gila" (Noki, Kaka Azraff dan Loca B) Lagu juara AJL35
"Ulang Tahun" (AJ menampilkan Tuju)
"Hati" (AJ menampilkan Gnello dan Noki)
"AEWO" (Shiha Zikir menampilkan Noki) Lagu finalis AJL36
"Peluang Kedua" (Nabila Razali menampilkan MK) Lagu finalis AJL35
"Jauh" (Alan D, AxelJonas dan Somean)
"Tak Tahu" (Harith Zazman, MFMF. dan TujuLoca)
"Zoom Zoom Zoom" (MK, Noki, Gnello, Cat Farish dan Kidd Santhe)
2021 "Ciao" (Joe Flizzow, MK menampilkan Jay Park)
"Witness" (Gnello, Benzooloo dan NastyNas) [Prod. Wolfy]
"Camtu" (SENNA menampilkan MK dan Wolfy)
"Veto" (DJ CZA, TujuLoca dan MK)
"Payung Pelangi" (Noki dan MK) Lagu finalis AJL37
"Lukisan" (FareedPF dan Faezahs)
"Penat" (Daiyan Trisha dan Tuju)
2022 "Ayah" (DaddyCap menampilkan SonaOne, Zynakal dan TujuLoca)
"Fasa" (Hazama menampilkan Tuju)
"Pantang" (Bil Musa menampilkan Noki)
Tutup

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2019 ERA Digital Muzik Awards 2019 Lagu Featuring Hit "Mimpi" Menang [20][21]
Rappers Paling Onz K-Clique Menang
2020 Anugerah Muzik Eropah MTV 2020 Best Southeast Asian Act Tercalon [22][23]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2020 Grup/Duo MeleTOP Tercalon
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.