Bil Musa

From Wikipedia, the free encyclopedia

Nabilah "Bil" Musa (lahir 4 Oktober 1993) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu wanita Malaysia. Merupakan artis di bawah Yuna Room Records milik Yuna, beliau terkenal dengan mempersembahkan karya muziknya dalam bahasa Melayu dan Inggeris.[1] Pada tahun 2017, beliau melancarkan album pertamanya, Young Adults.[2][3]

Fakta Segera Nama lahir, Juga dikenali sebagai ...
Bil Musa
Nama lahirNabilah binti Musa
Juga dikenali
sebagai
Nabilah (en)
Kelahiran (1993-10-04) 4 Oktober 1993 (umur 31)
Kuala Lumpur, Malaysia
WarganegaraMalaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu
Alat muzikVokal
Tahun aktif2014–kini
Syarikat rakamanYuna Room Records
Kegiatan berkaitanAlex Ungku
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Kerjaya muzik

Bil Musa mula menunjukkan minat terhadap muzik seawal usia 7 tahun dan mengarang lagu sendiri pada usia 16 tahun, namun tidak pernah terfikir untuk menjadi penyanyi.[4][5] Bakatnya dikesan oleh pengurus Yuna sewaktu menyanyi di sebuah majlis kenduri kahwin, kemudian menandatangani kontrak rakaman bersama syarikat rakaman milik Yuna, Yuna Room Records.[6] Beliau melancarkan EP senamanya pada September 2015, yang mempertaruhkan lagu "The Beach" sebagai single utama. Pada 21 Disember 2017, Bil melancarkan album sulungnya, Young Adults yang mengandungi 8 lagu, antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Sejarah" dan "Adakah Ini".[7][8]

Diskografi

EP

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran album ...
Senarai EP, dengan butiran terpilih
Tajuk Butiran album
Bil Musa
Tutup

Album studio

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran album ...
Senarai album studio, dengan butiran terpilih
Tajuk Butiran album
Young Adults
Tutup

Single

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...
Tajuk Tahun
"The Beach" 2015
"Adakah Ini" 2017
"No More Excuses" 2018
"Pikachu Aku Pilih Kamu" 2019
"Let Me In" (duet bersama Alex Ungku) 2020
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.