Harith Zazman

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Harith Zazman (lahir Mohamad Harith Saifuzzaman; 30 Jun 1994) ialah seorang penyanyi dan personaliti media sosial lelaki Malaysia. Beliau meraih kejayaan komersial menerusi lagu Cute (Stop Lah Being So Cute) bersama MFMF dan Loca B.[1][2] Harith juga ialah pengasas syarikat kandungan, Sterk Production.[3]

Fakta Segera Nama lahir, Kelahiran ...
Remove ads

Kerjaya

Pada 18 Jun 2020, Harith melancarkan single pertamanya bertajuk "Stop Lah Being So Cute" dengan menampilkan kumpulan penulisan lagu dan penerbit rakaman, MFMF dan penyanyi rap, Loca B.[1][2] Single ini menjadi kejayaan komersial apabila ia berjaya meraih 2.3 juta tontonan di YouTube.[1][2] Proses penerbitan lagu itu tercetus apabila Harith mendapat idea untuk lagu itu dari seorang gadis comel. Ia dirakamkan tidak sampai 10 minit.[1][2]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Harith mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju, kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian filem di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[1] Beliau berkahwin dengan model, Nuramalina Ghakaskhah (yang 2 tahun lebih tua daripadanya) pada 13 Mac 2021 selepas sekian lama berkenalan di Instagram.[4][5] Pasangan ini melangsungkan perkahwinan mereka pada 28 Ogos 2021.[6]

Beliau dikurniakan seorang anak lelaki, Farrel Ali.[perlu rujukan]

Remove ads

Diskografi

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads