Eman Manan

Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Abdul Manan Embong SMT AMN atau lebih dikenali sebagai Eman Manan (lahir 25 Februari 1958) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, terkenal melalui peranan lakonan di televisyen dan filem. Beliau telah lapan kali tercalon untuk Pelakon Lelaki Terbaik dan menang tiga kali daripadanya.

Fakta Segera Eman Manan SMT AMN, Kelahiran ...
Remove ads

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan pelakon Ogy Ahmad Daud pada 23 Disember 1990, perkahwinan mereka mendapat liputan meluas daripada media ketika itu. Pasangan ini memfailkan perceraian pada 2 Julai 2003 selepas 13 tahun hidup bersama.[1]

Kerjaya

Beliau pertama kali menjejakkan kakinya dalam bidang lakonan pada 1984 menerusi filem Matinya Seorang Patriot arahan Dato' Haji Rahim Razali ketika beliau berusia 26 tahun. Beliau meneruskan rentetan kerjasama bersama Rahim menerusi dua lagi filem, Tsu Feh Sofiah (1986) dan Puteri (1987).

Pada tahun 1990, Eman membintangi drama pertamanya ialah Marlia. Lapan tahun kemudian, beliau berlakon di samping Rosyam Nor (kini Datuk) dan Nina Juren (kini Datin) menerusi filem Lenjan, arahan Ismail Yaacob. Menerusi watak Amir, beliau berjaya menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 1998.[2]

Eman paling dikenali menerusi gandingannya bersama Betty Banafe dalam filem drama Buai Laju-Laju arahan U-Wei Hj Saari yang ditayangkan pada 9 September 2004. Persembahannya dalam filem ini melayakkan beliau memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-17.[3]

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama web

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads