Anugerah Skrin 2006
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Anugerah Skrin 2006 dianjurkan oleh TV3 untuk mengiktiraf karya terbaik penggiat seni dalam penerbitan rancangan televisyen, drama, dan filem buatan Malaysia. Majlis ini diadakan pada 22 Disember 2006, bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi saluran TV3 dan ditaja oleh Pantene.[1] Nazrudin Habibur Rahman dan Nur Fazura diberi tanggungjawab sebagai pengacara majlis anugerah ini.
Anugerah Skrin 2006 | |
---|---|
Tarikh | 22 Disember 2006 |
Tempat | Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia |
Pengacara | |
Penerbit | Khalijah Mohamed |
Pengarah | Khalijah Mohamed |
Penganjur | TV3 |
Gambaran keseluruhan | |
Filem Terbaik | Buli Balik |
Siri Komedi Terbaik | Mat Dom Teksi |
Siri Drama Terbaik | Rafflesia |
Film Televisi Terbaik | Lebih Bisa Dari Jelatang |
Penghargaan terbanyak | [[]] () |
Pencalonan terbanyak | [[]] () |
Liputan televisyen | |
Saluran | TV3 |
Sebelum berlangsungnya Anugerah Skrin ke-8, Pantene selaku penaja memberi penghargaan dan penghargaan kepada bakat-bakat baharu dalam industri dan memberi semangat agar mereka dapat menghasilkan lakonan yang lebih bermutu. Penerima anugerah ini dipilih oleh penonton Malaysia melalui SMS.
Nama | Mempersembahkan |
---|---|
Aubrey Suwito | Pengarah muzik |
Korie Dancers | Tarian |
Erra Fazira Siti Nurhaliza | "Manusia" dan "Tiru Macam Saya" |
Faizal Fiq | "We Will Rock You" dan "Pawana" |
Zainal Abidin Afdlin Shauki | "Ikhlas Tapi Jauh" |
Nikki Shazzy | "Caramu" |
Ruffedge Kat | "Permata Biru" |
Kris Dayanti Anang | "Selalu Jatuh Cinta" dan "Rembulan" |
Nazrudin Habibur Rahman dan Nur Fazura mengacarakan segmen tribute Dalam Kenangan untuk mengenang pemergian seniman Hani Mohsin yang terpapar di dalam montaj berlatarbelakangkan muzik "Salam Terakhir" nyanyian asal Sudirman. Pengacara majlis turut mempersilakan tayangan video rakaman ucapan terima kasih anak perempuan Hani Mohsin iaitu Hani Karmila yang ditemani bekas isteri Hani Mohsin iaitu Tiara Jacquelina.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.