Yassin merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1988. Filem Yassin diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Fakta Segera Yassin, Pengarah ...
Yassin |
---|
Pengarah | Tan Sri Kamarul Ariffin Bin Mohamed Yassin |
---|
Penulis | Tan Sri Kamarul Ariffin Bin Mohamed Yassin |
---|
Dihasilkan oleh | Tan Sri Kamarul Ariffin Bin Mohamed Yassin |
---|
Dibintangi | |
---|
Disunting oleh | Jib Ibrahim |
---|
Tarikh tayangan | 1988 |
---|
Masa tayangan | 110 minit |
---|
Negara | Malaysia |
---|
Bahasa | Melayu |
---|
Tutup
Filem Yassin mula ditayangkan pada 1988 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Eman Manan, Uji Rashid dan ramai lagi.
Filem Yassin diarah oleh pengarah Kamarul Ariffin pada 1988.
- Kisah perjuangan seorang nasionalis menentang Parti Komunis Malaya atau Bintang Tiga di Tanah Melayu pada sekitar tahun 1945. Yassin, cekal dan kekal berani mempertahankan semangat patriotiknya sehingga beliau diheret dan dibicarakan di mahkamah kanggaru ketika itu. Isteri beliau- Cik Jah adalah seorang wanita dan isteri yang setia, kuat menyokong perjuangan si suami biarpun emosinya cukup terganggu sewaktu perbicaraan di mahkamah tersebut dijalankan. Cik Jah terpaksa berdepan dengan dugaan yang melanda dan menjadi tonggak kekuatan buat anak-anak mereka yang masih kecil.
- Atas lakonan yang cukup hebat dan meyakinkan oleh kedua-dua pelakon utama (mereka sering bergiat dalam lakonan teater sebelumnya)- Eman Manan dan Uji Rashid telah tersenarai ke peringkat akhir pencalonan untuk anugerah watak utama di FFM8. Bagaimanapun, rezeki tidak berpihak kepada walau salah seorang daripada pelakon-pelakon berkarisma ini; hanya kemenangan diraih oleh Esther Lim yang menggondol award Bintang Harapan FFM melalui filem Yassin ini.