From Wikipedia, the free encyclopedia
Karnival Jom Heboh (ataupun Jom Heboh; dahulu dikenali sebagai Sure Heboh) dianjurkan bagi mempromosikan stesen, produk dan jenama TV3 yang dimulakan sejak tahun 2003. Pelbagai aktiviti menarik untuk golongan remaja dan keluarga diadakan dalam karnival bergerak ini. Acara utama ialah konsert nyanyian penyanyi tempatan dan disiarkan secara langsung melalui stesen TV3.
Biasanya diadakan selama 3 hari dua malam. Pemilik TV3 iaitu Media Prima akan menjemput syarikat dan peniaga tempatan untuk berjualan dan mempromosikan barangan mereka.[1]
Pada awalnya dikenali sebagai "Sure Heboh",[2] nama karnival ini ditukar kepada "Jom Heboh" selepas menerima banyak bantahan termasuk daripada pakar bahasa. Pada awalnya juga, Mufti Negeri Perak Datuk Seri Harussani Zakaria pernah menegur penganjuran konsert ini sebagai haram, menyebabkan pihak TV3 membuat penyesuaian dengan mengurangkan unsur budaya barat dan mengutamakan hiburan berkonsepkan kekeluargaan dan perniagaan serta mempromosi mesej kerajaan.[3]
Pada 26-28 Mac 2010, Karnival Jom Heboh diadakan di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu, Kelantan. Lebih 200 anggota polis berkawal bagi memastikan keselamatan pengunjung kerana ini pertama kali ia diadakan di Kelantan.[4] Bagaimanapun, ia tertakluk kepada beberapa sekatan.[1]
Konsert Jom Heboh ialah salah satu acara utama di karnival Jom Heboh dan rakaman konsert ini disiarkan secara langsung di TV3 dan menampilkan persembahan daripada penyanyi-penyanyi terkenal negara.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.