Puteri Balqis
Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Puteri Balqis binti Azizi (lahir 12 April 2007) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak, Balqis membuat penampilan televisyen pertamanya menerusi peranan pembantu dalam Gemilang (2011), sebelum meraih peranan utama dalam Bicara Hati (2012). Balqis telah membintangi beberapa drama TV terkenal termasuk Takdir Qismah (2012), Astana Cinta Aleesa (2014) dan Akulah Balqis (2015) serta telah membintangi beberapa telefilem termasuk Aduh Sayang (2011) dan Pelarian (2012). Melalui drama Pelarian, Balqis telah dicalonkan di Anugerah Skrin 2012 menerusi kategori Anugerah Artis Harapan Pantene dan telah memenangi anugerah tersebut. Ia merupakan satu penghormatan buat beliau apabila hampir keseluruhan drama tersebut telah diadaptasi dari kisah hidup beliau sendiri.[1]
Puteri Balqis | |
---|---|
Kelahiran | Puteri Balqis binti Azizi 12 April 2007 |
Nama lain | Aqish |
Pekerjaan | Pelakon, Model Komersial, Pengacara, Penyanyi |
Tahun aktif | 2011–kini |
Ibu | Norashikin Mohd Aziz |
Bapa | Azizi Aziz |
Penampilan filem sulung Balqis ialah pada 2012 menerusi filem Strawberi Cinta (2012). Sejak itu, beliau muncul dalam beberapa filem yang diiktiraf secara kritis termasuk 1 Lawan Satu (2013), Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! (2016) dan KL Special Force (2018). Kejayaan beliau hadir pada 2014 apabila Balqis memenangi Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Televisyen Asia 2014 menerusi telefilem Balqis lakonannya. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.[2]
Kehidupan awal
Puteri Balqis dilahirkan pada 12 April 2007 di Kuala Lumpur, Malaysia kepada Azizi Aziz dan Norashikin Mohd Aziz. Balqis merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya. Beliau lebih mesra dengan panggilan Aqish di kalangan keluarganya.[3]
Kerjaya
2009–2011: Permulaan kerjaya dan penglibatan awal
Bakat Puteri Balqis dikesan selepas beliau menjalani uji bakat ketika berusia dua tahun.[3] Semuanya bermula ketika ibu bapanya dihampiri ejen pencari bakat di Uptown Shah Alam di mana ibu bapanya berniaga di situ.[3] Selepas berjaya dalam uji bakat, Balqis terus ditawarkan menjadi pelakon tambahan dalam sebuah drama. Bakat beliau diwarisi daripada arwah datuknya, Mohd Aziz Arifin yang lebih dikenali sebagai Ken Arifin yang seangkatan dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee semasa zaman kegemilangan filem-filem Melayu di Studio Jalan Ampas.[3]
Balqis juga memasang angan-angan untuk mencipta nama di Hollywood dan menjadikan bintang Hollywood terkenal iaitu Dakota Fanning dan Natalie Portman sebagai idolanya dalam bidang lakonan.[3] Tidak ketinggalan, Tan Sri P. Ramlee. Pada masa sama, Balqis banyak berguru ilmu lakonan dengan barisan pelakon senior di lokasi seperti Erma Fatima dan Ellie Suriati.[3]
Balqis membuat kemunculan pertamanya di layar kaca pada 2011, dengan memegang peranan kecil dalam siri televisyen Gemilang lakonan Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Shahz Jaszle.
2012–2014: Kejayaan awal dan kemenangan anugerah
Selepas Gemilang berakhir, pada 2012, beliau melakonkan peranan kecil sebagai Tengku Murni dalam drama Bicara Hati bersama pelakon utamanya, Sharnaaz Ahmad dan Cristina Suzanne Stockstill. Seterusnya, beliau melakonkan watak Zara dalam drama romantik TV3, Cinta Itu Milikku lakonan Fazren Rafi dan Emma Maembong.[4]
Pada November 2012, menerusi watak Bobok lakonannya dalam telefilem Pelarian, Balqis memenangi Anugerah Skrin ke-16 menerusi Anugerah Bintang Harapan Pantene. Lakonannya sebagai Amira dalam telefilem penghargaan khas kepada P. Ramlee, Di Mana Kan Ku Cari Ganti di TV1 telah melayakkan Balqis menerima pencalonan bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah P. Ramlee yang julung kalinya diadakan pada tahun berikutnya.[5]
Penampilan sulung Balqis di layar lebar hadir pada 6 Disember 2012 apabila beliau berlakon dalam filem komedi romantik arahan Rusli Khadri, Strawberi Cinta yang mana Balqis memegang watak Ichigo yang berusia 6 tahun. Filem ini dibintangi oleh Pierre Andre dan Yana Samsudin. Beliau muncul pula dalam filem aksi seni mempertahankan diri 1 Lawan Satu[6] arahan Pierre yang mana beliau memegang watak sebagai adik kepada Radhi lakonan Mikail Andre yang bernama Sara, yang sakit tenat akibat penyakit leukemia. Filem yang turut dibintangi oleh Azlan Komeng, Along Eyzendy dan Fyza Kadir ini ditayangkan pada 27 Jun 2013 [6] dan mendapat sambutan meskipun berdepan dengan kegagalan komersial.[6]
Pada Januari 2014, Balqis melakonkan watak dirinya sendiri dalam telefilem yang menggunakan namanya sebagai judul arahan pelakon veteran Erma Fatima, lakonan Nabila Huda dan Pekin Ibrahim yang bersiaran pada 19 Januari di TV3, telefilem ini melayakkan Balqis meraih kemenangan besar di Anugerah Skrin ke-18 bagi Pelakon Wanita Terbaik Drama.[7] Kemenangannya sekali gus memperlihatkan Balqis menjadi pelakon wanita termuda yang memenangi kategori berkenaan dan menewaskan nama besar dalam kategori tersebut iaitu Normah Damanhuri, Nad Zainal dan Melly Amelin.[7][8] Di Anugerah Televisyen Asia 2014 yang diadakan di Singapura, Balqis memenangi[9] Pelakon Wanita Terbaik sekaligus turut mengalahkan finalis lain terutama aktres Joan Chen yang sudah lama mencipta nama dalam filem Hollywood seperti The Last Emperor dan Judge Dredd. Malah, kemenangannya turut membuka mata banyak pihak.[10]
2015–2020: Puncak populariti dan pengunduran dari kerjaya lakonan
Pada November 2015, Balqis menjadi pelakon kanak-kanak pertama yang menghiasi Slot Akasia TV3 menerusi drama Akulah Balqis arahan Fazli "Pali" Yahya.[11]
Selepas memenangi Anugerah Televisyen Asia 2014 di Singapura, Balqis menerima tawaran dari HBO Asia[12][13] untuk membintangi musim pertama drama fantasi Halfworlds[12] arahan Joko Anwar bersama beberapa pelakon yang terlibat termasuk Bront Palarae, dua pelakon Indonesia, Reza Rahadian dan Adinia Wirasti yang mana penggambarannya dijalankan di Thailand dan Indonesia,[12] Balqis melakonkan watak kanak-kanak perempuan buta yang bernama Tari, drama ini juga memerlukan beliau berkebolehan berbahasa Inggeris.[12][14][15][16]
Balqis memegang watak sebagai Syafiqa dalam filem pendek Kad Raya Syafiqa arahan Khairul Azwan terbitan PTS Media Group. Ia mengisahkan seorang murid bernama Syafiqa dan cikgunya yang bernama Hayati. Syafiqa terdengar perbualan cikgu Hayati bersama ibunya yang memberitahu dia tidak dapat pulang beraya kerana sibuk dengan kerja. Tanpa pengetahuan sesiapa, Syafiqa rupanya mengidap penyakit kanser otak dan meninggal dunia. Sebelum meninggal, Syafiqa sempat membuat sekeping kad raya khas untuk cikgunya.[17]
Pada November 2016, filem kedua lakonannya, Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! menemui penonton di pawagam, dalam filem terbitan bersama Les' Copaque Production dan KRU Studios, beliau melakonkan watak Aqish, seorang anak yatim piatu yang meminati Upin & Ipin.[18] Filem yang ditayangkan pada 24 November 2016 turut dibintangi oleh Awie, Remy Ishak, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Asyiela Putri sebagai Upin & Ipin.[19]
Pada 2 Disember 2016, Balqis berlakon di samping Janna Nick dan Raja Afiq dalam telefilem Tangisan Izara arahan Shuhaimi Lua Abdullah, yang mana beliau memegang watak Izara.[20]
Beliau diberikan peranan sebagai Aleya dalam siri televisyen Andainya Takdir lakonan bersama Shukri Yahaya dan Nina Iskandar arahan Along Kamaludin yang disiarkan di Slot Samarinda TV3 dari 29 Mei hingga 22 Jun 2017.[21]
Balqis menjayakan peranan Ayesha dalam filem drama biografi romantik arahan Kamal G, Makrifat Cinta lakonan Syamsul Yusof dan Nora Danish yang ditayangkan pada 1 Februari 2018. Ia merupakan filem ketiga lakonan beliau.[22][23] Selain itu, beliau muncul bersama Rosyam Nor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin dalam filem KL Special Force arahan Syafiq Yusof yang ditayangkan pada 8 Mac 2018.[24] Balqis memegang watak sebagai Amirah, anak perempuan Ketua Pasukan Unit Tindakan Khas (UTK), ASP Roslan yang dilakonkan oleh Rosyam.
Balqis kembali aktif berlakon selepas beberapa bulan terlantar sakit.[25] Beliau menjayakan versi watak kecil protagonis dalam Camelia menerusi watak Camelia/Maryam kepada Diana Danielle yang bersiaran di TV3.
Beliau kini berundur sementara dari bidang lakonan.
Kehidupan peribadi
Selepas perceraian ibu bapanya, Balqis kini tinggal berdua bersama ibunya.
Pada Mei 2018, Balqis disahkan menghidap masalah jantung. Perkara ini didedahkan oleh ibunya, Norashikin Mohd Aziz yang turut memberitahu keadaan kesihatan Balqis mula merosot selepas menjalani beberapa siri rawatan pada Disember 2017.[26][27] Beliau disahkan menghidap kanser pada awal Julai 2018.[28]
Beliau telah menulis memoirnya bertajuk 38 Poems of Puteri Balqis berdasarkan pengalaman hidupnya.[29][30]
Pada September 2022, melalui sebuah temu bual siniar, Balqis mendedahkan bahawa beliau menjadi mangsa serangan seksual oleh bapanya sendiri ketika berusia lima tahun, termasuk bertanyakan soalan berunsur seksual, mengajak menonton pornografi, meraba-raba dan menurutinya ke bilik air. Selain itu, beliau turut mendedahkan kejelikan seksual bapanya, termasuk ketagihannya terhadap pornografi dan kerap melancap di hadapan keluarga.[31][32]
Di dalam media
Pelakon Siti Elizad semasa ditemuramah oleh majalah Jelita, mengulas mengenai Balqis: "Saya senang bekerja dengan Balqis. Dia mempunyai bakat yang istimewa. Saya kagum dengan pelakon yang sangat muda seperti dia. Dia rajin bertanya dan pandai menjiwai watak. Dia bukan seperti kanak-kanak biasa. Dia komited dan serius ketika bekerja dan saya sendiri belajar sesuatu daripada Balqis."[33]
Balqis bersama-sama dengan Nam Ron, Zahiril Adzim, Syamsul Yusof, Afdlin Shauki, June Lojong, Chew Kin Wah, Bront Palarae, Shaheizy Sam dan Maya Karin telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.[2]
Diskografi
Tahun | Tajuk lagu |
---|---|
2023 | "Rinduku" |
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | Strawberi Cinta | Ichigo (kecil) | Filem pertama |
2013 | 1 Lawan Satu | Sara | |
2014 | Despicable Me 2 | Agnes | Alih suara (versi Bahasa Melayu) |
2015 | Kad Raya Syafiqa | Syafiqa | Filem pendek |
2016 | Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! | Aqish | Filem animasi dan realiti |
2017 | Tumpang | Hasnah | Filem pendek |
2018 | Makrifat Cinta | Aisha | |
KL Special Force | Amirah | ||
2019 | Melissa | Melissa | Filem pendek |
2022 | Rumah | Bella | |
Halimun | Laila (9 tahun) | Penampilan khas | |
2025 | Papa | ||
Laknat | Laila | ||
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Gemilang[34] | Mia | TV3 | Drama pertama |
2012 | Bicara Hati[35][36] | Tengku Murni | Astro Prima | |
Berlari Ke Bintang[37] | Nur Faiza | TV AlHijrah | ||
Takdir Qismah[38] | Anis | TV3 | ||
Cinta Itu Milikku[39][40] | Zara | |||
Mencari Athirah | Athirah (kecil) | TV1 | ||
Hanya Dengan Bismillah[41] | Khalisha | TV2 | ||
Kambingku Yaggy | ||||
2013 | Dia Suamiku | Aqish | Astro Prima | |
2014 | Separuh Jiwaku | Intan Qaisara | TV9 | |
Astana Cinta Aleesa | Zara | |||
2015 | Takhta 3 Ratu | Pue | Astro First Eksklusif | |
Dee The Series | Mia | Astro Ceria | ||
Akulah Balqis | Balqis | TV3 | ||
Halfworlds (Musim 1) | Tari | HBO Asia | ||
2016 | Lambaian Ramadan | Nurin | TV3 | |
2017 | Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah! | HyppTV | ||
Andainya Takdir | Aleeya | TV3 | ||
2018 | Andainya Takdir 2 | |||
2019 | Sweet Dreams | Lisa | Astro Ria | |
2020 | Camelia | Camelia/ Mariam (kecil) | TV3 | |
2023 | Bukan Lelaki Terhebat | Zalikha | ||
Misteri Flat Kirana | Soyaye | |||
Diva Seroja | Amanda | |||
2024 | Khilaf Yang Tertulis | Yana | ||
Sebelum Titik Noktah | Amelia | Unifi TV | ||
2025 | Keluarga Itu | Dhamiah | TV3 | |
Drama web
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Rampas Cintaku | Rina | IQIYI | Drama pertama |
2024 | Rampas Cintaku 2 | |||
Terlanjur Cinta | Aishah | Viu | ||
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Di Sebalik Tirai Kasih | TV9 | Telefilem pertama | |
Zuriat Yang Tercalar | ||||
Aduh Sayang | Fatehah | TV3 | ||
2012 | Persona Grata | Ain | ||
Mr. Labuci | Mimi | |||
Pelarian | Bobok | |||
Mencari Nurfitri | Nurfitri | TV9 | ||
Tiada Raya Tahun Ini | Balqis | TV AlHijrah | ||
Fajar Syawal | Fateha | TV2 | ||
Nur Ramadan | Nur | TV3 | ||
Kalut Raya | TV AlHijrah | |||
Anak Lorong | Fara | TV3 | ||
Dimana Kanku Cari Ganti | Amira | TV1 | ||
Aku Bukan Mashitah | TV2 | |||
2013 | Bintang Hati Umi | Amira | TV9 | |
Jangan Ganggu Aku | Nurul | TV3 | ||
Janji Si Bidadari | Dina | |||
Poskad Dari Switzerland | Inayah | TV AlHijrah | ||
Hi Papa! | Dhia | Astro Ceria | ||
Nyamuk Tak Berdosa | Atiqa | TV3 | ||
Seringgit Kasorga | Jamilah | TV9 | ||
Walau Siapa Pun Aku | Aishah | TV1 | ||
Aku Tahu | Ika | Astro Box Office | ||
2014 | Balqis | Balqis | TV3 | |
Parasit | Badrisya | |||
Bidadari Walid | Aleesya (kecil) | TV9 | ||
Menuju Taubatan Nasuha | Anum | Astro Ria | ||
Saloma | Saloma (kecil) | Astro First Eksklusif | ||
Acu | Acu/Dania | TV3 | ||
Bisikan Azazil | Salmah | TV1 | ||
Qish Qish Qish | Qish | Astro Ceria | ||
2015 | Hidupku Solatku Matiku | Lara | Astro Oasis | |
Pendua | TV2 | |||
Di Halaman Rindu | Han | TV1 | ||
Tulus Sufi | Sufi | |||
Tanah Kubur Ummah Jahiliah | Aisyah | Astro Oasis | ||
Andai Bukan Khilaf Itu | Tasya | TV2 | ||
2016 | Jangan Ambil Anak Aku | Airis Rania | ||
Dendam Manisa | Nurul | TV3 | ||
Kulit | Farhana | Astro Citra | ||
Duit Raya | Trisya | TV9 | ||
Ayah Untuk Disewa | Liyana | Astro Prima | ||
Bibah Bebel | Bibah | TV9 | ||
Tangisan Izara | Izara | TV3 | ||
2017 | Ana Anak Ibu | Ana | Astro Citra | |
Misi Teha | Teha | TV1 | ||
2018 | Studio Awie | Sherry | TV3 | |
Fasiq | Erin | NTV7 | ||
2020 | Pencipta Pegang Waktu | Balqis | TV3 | |
2022 | Angah | Angah | Astro Ria | |
Lebai Sampan | Dian | Astro Citra | ||
Itulah Takdirnya | Qistina | TV Okey | ||
Penumpang | Maziah Rozman | Astro Citra | ||
Dania | Dania | TV3 | ||
2023 | Telah Aku Halalkan | Mariam | TV2 | |
TBA | Qish Qish Qish 2 | Qish | Astro Ceria | |
Televisyen
Video Klip
Tahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
---|---|---|
2014 | "Matahari" | Hafiz Suip |
2016 | "Andainya Takdir" | Anuar Zain |
2017 | "Cinta Takkan Berakhir" | |
2022 | "Balasan Janji Palsumu" | Yamani Abdillah |
"Jesnita" | Ammar Nobita, Azzam Sham dan Ariff Bahran | |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2012 | Anugerah Artis Harapan Pantene | Pelarian | Menang | [42][43][44][45] | |
2013 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Dimana Kanku Cari Ganti | Tercalon | ||
2014 | Pelakon Kanak-Kanak Terbaik | 1 Lawan Satu | Tercalon | [46] | |
Pelakon Wanita Terbaik Drama | Balqis | Menang | [47][48] | ||
Pelakon Wanita Terbaik | Menang | [49][50][51][52] | |||
2015 | Artis Baru Wanita Popular | — | Tercalon | [53][54] | |
Artis Dinamik | Tercalon | [55] | |||
2016 | Pelakon Kanak Kanak TV Terbaik | Hidupku Solatku Matiku | Tercalon | [56] | |
2017 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Ana Anak Ibu | Tercalon | [57][58][59] | |
2019 | Pelakon Kanak-Kanak Terbaik | Makrifat Cinta | Tercalon |
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.