Pelakon dan penyanyi wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Haliza Hanim Abdul Halim (lahir 19 November 1979) ialah seorang penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan Malaysia.[3] Beliau merupakan salah seorang anak didik Adnan Abu Hassan dan disifatkan antara penyanyi terbaik Malaysia yang menguasai industri muzik pada era 2000-an, sebaris dengan vokalis ternama seperti Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar.
Liza Hanim | |
---|---|
Kelahiran | Haliza Hanim binti Abdul Halim 19 November 1979 |
Pendidikan | Diploma Pengurusan Perniagaan[2] |
Pusat pendidikan | Universiti Sunway[2] |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1994–kini |
Karya | |
Pangkat | Pengasas, pengerusi, dan pemilik "HANIM" |
Pasangan | Mohd Shahrin Shamsudin (k. 2003) |
Anak-anak | 5 |
Ibu | Badariah Hanum |
Bapa | Abdul Halim Abdul Razak |
Saudara | Anuar Razak (bapa saudara) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman |
|
Liza memulakan kerjayanya pada usia 15 tahun dengan muncul sebagai salah seorang peserta pertandingan Asia Bagus (1994). Kemudian beliau meneruskan kerjayanya dengan menyertai pertandingan nyanyian "Golden Teen Search" anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada usia 17 tahun. Selepas program tersebut berakhir, beliau telah dilamar oleh komposer terkenal tanah air iaitu Adnan Abu Hassan yang pada ketika itu merupakan Pengarah Urusan di syarikat rakaman Suria Records, kemudian beliau menandatangani kontrak bersama syarikat tersebut.[4][5][6] Album studio sulung Liza, Epilog (1997), menggetengahkan konsep "Pop Akustik" dan menghasilkan single yang berjaya seperti "Getaran Cinta Di Jiwa". Di Mana Kan Ku Cari Ganti (1998), album kedua beliau, ia dirakamkan khas untuk memberi penghormatan buat Seniman Agung Negara P. Ramlee dan Biduanita Negara Saloma. Penerbitan album tersebut telah melonjakkan populariti melalui single "Dimana Kan Ku Cari Ganti", "Rindu Hatiku Tidak Terkira", dan "Istana Cinta". Liza seterusnya meneroka elemen pop dengan album ketiganya Puteri Jelmaan (1999), yang mengukuhkan kejayaan kritikal dan komersialnya.
Perjuangan peribadi mempengaruhi album keempat dan kelima Liza, Istimewa (2000) dan Isyarat Jiwa (2001). Yang pertama beliau telah memenangi anugerah perak dalam "Festival Muzik Asia Shanghai" (2000) menerusi persembahan lagu "Andainya Aku Bersuara",[7][8][9][10] manakala beliau dicalonkan untuk "Album Pop Terbaik" dan "Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album" (Wanita) di Anugerah Industri Muzik ke-8 (2001), beliau juga merakamkan lagu berbahasa Inggeris bertajuk "Best of You". Isyarat Jiwa (2001) berjaya menguasai carta "Muzik-Muzik" menerusi dan "Gelisah Mimpi", dan beliau memenangi "Anugerah Vokal Terbaik" dalam persembahannya menerusi lagu "Gelisah Mimpi" di Anugerah Juara Lagu ke-17 (2002). Liza turut bereksperimen dengan elemen pop dan r&b pada album seterusnya, Ku Teruskan (2003). Liza Hanim menceburi muzik urban dalam album ketujuhnya, Imagin (2007), yang menghasilkan single "Lara" dan "Imaginasimu (hey Liza!)".
Di luar bidang muzik dan filem, Liza telah bekerja dengan banyak melakukan organisasi amal. Usaha perniagaannya termasuk "HANIM", jenama wangian yang dilancarkan pada 2020, jenama tudung yang dilancarkan pada Mac 2021 dan jenama lilin yang dilancarkan pada 2022.
Liza Hanim dilahirkan pada 19 November 1979, di Klang, Selangor. Beliau merupakan anak bungsu dari tiga adik-beradik kepada pasangan Abdul Halim dan Badariah Hanum. Liza berasal daripada keluarga penggemar muzik. Datuknya, Abdul Razak merupakan seorang pemain biola dan mempunyai kumpulan tersendiri, manakala ayahnya seorang pemain gitar dan penyanyi kumpulan. Bapa saudaranya, Anuar Razak merupakan seorang penyanyi dari kumpulan The Revolvers.
Sewaktu zaman kanak-kanak, beliau terlibat dalam pelbagai aktiviti sekolah dan kokurikulum. Liza telah menerima pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan (1) Simpang Lima, Klang, Selangor. Pada saat itu, beliau mula menyerlahkan bakat nyanyian dengan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian di peringkat sekolah. Beliau kemudian mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.
Pada tahun 1996, Liza Hanim yang ketika itu baru berusia 17 tahun, menjadi salah seorang peserta pertandingan Golden Teen Search terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan dinobatkan sebagai naib juara. Selepas tamat rancangan itu, Liza memulakan kerjaya muzik pada 1997 apabila beliau mengikat kontrak bersama Suria Records (SRC).[11][12]
Album pertamanya, Epilog dikeluarkan pada November 1997 dengan lagu "Getaran Cinta Di Jiwa" dan "Siapa Sangka Siapa Menduga" dikeluarkan sebagai single. Pada tahun berikutnya, beliau bersama Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris muncul dengan album kompilasi bertajuk Molek. Album ini mengandungi 12 lagu yang mana Liza menyumbangkan tiga lagu. Beliau kemudian muncul dengan album kedua, Dimana Kan Ku Cari Ganti yang diterbitkan sebagai album khas bagi menghargai pasangan Seniman dan Biduanita Negara, P. Ramlee dan Saloma. Album ini juga melayakkan Liza menerima pencalonan bagi kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-6.[13]
Liza merupakan antara penyanyi yang menjayakan persembahan di Konsert Hari Wilayah yang diadakan pada 28 Februari 1998 di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Antara artis yang terlibat ialah Carol Oormila, Sara Loo dan Salih Yaacob.[14] Pada April 2000, Liza membuat persiapan untuk merakamkan album keempat, Istimewa.[15] Dikeluarkan pada Oktober 2000, Istimewa mengandungi 11 lagu dengan "Andainya Aku Bersuara" dan "Kata Hati" dikeluarkan sebagai single. Menerusi album ini, beliau turut merakamkan sebuah lagu berbahasa Inggeris bertajuk "Best of You".[16][17]
Pada Disember 2000, beliau terpilih mewakili Malaysia di pertandingan Festival Muzik Shanghai yang berlangsung di Shanghai, China sekaligus memenangi tempat kedua.[18][19] Dalam pertandingan itu, Liza membawakan lagu "Andai Aku Bersuara". Siti Nurhaliza turut menyerikan pertandingan sebagai penyanyi undangan.[20]
Kemudian pada Mac 2001, beliau menyumbangkan suaranya untuk lagu tema kempen Selamatkan Industri Muzik Malaysia, bertajuk "Mungkinkah Tiada Lagi Esok" ciptaan Johari Teh. Lagu ini mencerminkan luahan perasaan insan seni dan rasa simpati masyarakat terhadap karyawan ekoran masalah cetak rompak.[21] Pada bulan yang sama, beliau dinobatkan sebagai juara Anugerah Selebriti Anggun sekaligus menewaskan dua pencabarnya Jeslina Hashim dan Intan Sarafina yang ketika itu masih baru dalam bidang muzik.[22]
Pada Oktober 2001, beliau melancarkan album kelima, Isyarat Jiwa dengan lagu "Gelisah Mimpi" dikeluarkan sebagai single pertama. Sebuah muzik video juga telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini.[23]
Liza juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan, dengan membuat penampilan sulung di layar lebar menerusi filem KL Menjerit (2002) arahan Bade Hj. Azmi dengan digandingkan bersama Rosyam Nor, yang mana beliau memegang watak sebagai Linda Martopo.[24][25] Beliau dan Rosyam kemudian berlakon dalam filem Laila Isabella (2003) arahan Rashid Sibir. Dalam filem ini, Liza memegang watak sebagai Mira.
Pada Mei 2005, Liza ialah salah seorang daripada penyanyi yang mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian Mentor musim pertama yang mana beliau ialah mentor kepada Dewi Liana Seriestha.[26][27]
Beliau kemudian merakamkan album ketujuhnya, Imagin. Dikeluarkan pada September 2007, album ini merupakan album pertama Liza menerusi label rakaman sendiri, LH Media selepas kontraknya dengan Suria Records selama 10 tahun tamat.[28] Selepas album ini dikeluarkan, Liza mengundurkan diri seketika dari kerjaya muzik kerana ingin memberi tumpuan kepada keluarganya.[29][30] Beliau juga dipilih menjayakan watak Biduanita Negara, Allahyarhamah Puan Sri Saloma menerusi teater P. Ramlee The Musical pada 2008.[31][32][33]
Liza kembali bergiat aktif dalam industri muzik[34] dengan menjayakan persembahan di Konsert Awie & Superfriends 2017 yang berlangsung di Istana Budaya dari 6 hingga 9 April 2017. Beliau kemudian menyertai syarikat pengurusan artis, Laugh Out Loud Entertainment pada Ogos 2017.[35][36]
Pada Oktober, beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 12 peserta Gegar Vaganza musim keempat selepas menerima tawaran daripada Astro.[37][38] Beliau sebelum ini juga pernah menolak untuk menyertai pertandingan itu sebanyak 3 kali.[39][40][41] Beliau telah dinobatkan sebagai juara sekaligus memenangi wang tunai berjumlah RM50,000 di belakang Aishah yang dinobatkan sebagai juara.[42]
Selepas tamat Gegar Vaganza 4, pada Februari 2018, Liza muncul dengan single terbaharu, "Mimpi" hasil nukilan Hafiz Hamidun dengan liriknya ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya.[43][44] Menurut Liza, single ini dikeluarkan sebagai tanda terima kasih kepada peminat-peminatnya yang sentiasa menyokongnya sejak hari pertama kerjayanya dalam bidang muzik.[45][46]
Kemudian pada April 2018, beliau bersama Nurul Wahab dan Ayu Damit menjayakan persembahan di kempen A Night of Hope bagi membantu kanak-kanak yang menghidapi penyakit Diabetis Jenis I.[47]
Liza dan Aishah kembali bekerjasama dengan menjayakan persembahan bersama di konsert Dua Diva yang berlangsung di Esplanade Singapura.[48] Diadakan pada Julai 2018, acara ini merupakan sebahagian daripada acara hiburan tahunan, Pesta Raya yang diadakan setiap tahun di Esplanade.[49]
Pada 16 September 2018, sempena sambutan Hari Malaysia ke-55, Liza menjayakan persembahan istimewa di Konsert Semalam Di Malaya anjuran Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO). Konsert ini antara lain menampilkan barisan penyanyi seperti Aishah, Musly Ramlee dan Rachel Guerzo Trio.[50] Dalam siri konsert ini, Liza menyanyikan beberapa lagu termasuk "Semalam Di Malaya".[51] Dalam temuramah dengan Berita Harian, Liza mengakui perlu menunggu selama 21 tahun untuk beraksi di MPO dan ia menjadi peristiwa penting yang terpahat dalam ingatannya.[52]
Meskipun sarat hamil, beliau kembali beraksi di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 33 yang berlangsung pada 9 November 2018 dengan mempersembahkan lagu "Mimpi" nyanyiannya, yang layak mara ke separuh akhir. Ini merupakan penampilan pertama Liza di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik dalam tempoh 10 tahun selepas kali terakhir ialah pada 2008 menerusi lagu "Merawat Luka Terpendam".[53][54]
Beliau juga diundang menjayakan persembahan di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September 2019 dengan membawakan lagu "Juara Dusta" nyanyian asal Ariff Bahran. Liza kemudian menjayakan persembahan di National Symphony Orchestra Epic Screen Theatres in Concert yang diadakan selama dua hari, iaitu pada 1 dan 2 November 2019 di Istana Budaya. Beliau berkongsi pentas bersama Sean Ghazi dan Black Hanifah.[53]
Pada April 2020, beliau muncul dengan single "Tiada" yang ditujukan khas kepada bapanya, Abdul Halim Abdul Razak yang meninggal dunia pada Jun 2019.[55][56]
Liza Hanim merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim keempat pada 2017. Beliau telah dinobatkan sebagai naib juara sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000. Beliau sebelum ini juga pernah menolak untuk menyertai Gegar Vaganza sebanyak tiga kali.[37][38][39][40] Berikut ialah senarai persembahan beliau:
Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 4) | |||||
---|---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu tugasan | Penyanyi asal | Giliran Persembahan | Keputusan |
Minggu 1 | Masihkah Kau Ingat | "Siapa Sangka Siapa Menduga" | Dirinya sendiri | Ke-4 | SELAMAT |
Minggu 2 | Sekali Dengar Terus Melekat | "Aku Hanya Pendatang" | Francissca Peter | Pertama | SELAMAT |
Minggu 3 | Berani Ke Tidak? | "Lagu Untukmu" | Meet Uncle Hussain | Pertama | SELAMAT |
Minggu 4 | Berdua Lebih Baik | "Dirgahayu" (duet bersama Hafiz Suip) | Siti Nurhaliza & Faizal Tahir | Ke-2 | SELAMAT |
Minggu 5 | Kaum Kerabat | "Lelaki Teragung" | Dayang Nurfaizah | Ke-5 | SELAMAT |
Minggu 6 | Jangan Kata Tak Tahu | "Warkah Untukku" | Ara Johari | Pertama | SELAMAT |
Minggu 7 | Separuh Akhir: Goyang Kaki Goyang Tangan & Runut Bunyi | Pusingan 1: "Kesal" Pusingan 2: "Jagalah Diri" |
Ella Jaclyn Victor |
Ke-5 | SELAMAT |
Minggu 8 | Akhir: Berani Ke Tidak | Bebas: "Meniti Titian Usang" Battle (Hip Hop): "Supergirls" (bersama Aishah) |
Search De Fam |
Ke-2 Ke-2 |
NAIB JUARA |
Selepas sekian lama menjalinkan hubungan, Liza dan tunangnya ketika itu, Mohd Shahrin Mohd Samsudin yang merupakan anggota kumpulan Indigo telah mengumumkan bahawa perkahwinan mereka akan diadakan pada 21 Mac 2003. [57] Perkahwinan mereka telah mendapat respon yang positif daripada kalangan peminat kedua-dua pasangan.
Mengimbas kembali kenangan manis diawal pertemuan dan kisah percintaan mereka yang bermula di Waterfront, Kuching pada tahun 2000. Sewaktu itu mereka berdua bersama beberapa barisan artis yang terlibat dalam menjayakan siri jelajah CATS Radio Antap Tour 2000 di kawasan utama sekitar Sarawak seperti Miri, Bintulu, Sibu dan Kuching selama 10 hari berturut-turut. [58]
Pasangan ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 06 Mei 2002 di kediaman keluarga Liza di Taman Sri Andalas. [59] Majlis pernikahan telah diadakan pada 21 Mac 2003, majlis tersebut telah berlangsung pada jam 3:30 petang. Dalam majlis tersebut turut dihadiri tetamu termasuk selebriti, rakan-rakan rapat dan keluarga. Turut kelihatan pelakon dan penyanyi Juliana Banos yang hadir dalam majlis tersebut.
Pada majlis pernikahan tersebut, Shahrin kelihatan segak dengan menggayakan busana Baju Melayu Johor berwarna putih manakala Liza, kelihatan sopan dengan memperagakan Baju Kurung Johor berwarna putih.
Dengan hanya sekali lafaz nikah sahaja, Liza telah sah bergelar isteri kepada Shahrin. Dilaporkan Liza telah menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran sebanyak RM8,888.88. Dalam majlis tersebut, Shahrin telah memberikan sembilan dulang hantaran, sebagai balasan Liza memberikan sebelas dulang hantaran.
Hasil daripada perkahwinan mereka telah dikurniakan lima cahaya mata iaitu Marsya Qistina, 21, Marissa Qaireen, 15, Mohamed Salahuddin, 13, Mohamed Ibrahim, 9 dan Mohamed Al Fateh, 5. [60][61][62] iaitu dua puteri dan tiga putera.[63][64] Kesemua mereka mewarisi bakat nyanyian dan menunjukkan minat terhadap bidang muzik. Terdahulu, persembahan Liza Hanim bersama dua anak perempuannya menyanyikan lagu Beribu Sesalan nyanyian asal Ning Baizura, Shila Amzah dan Jaclyn Victor tular di media sosial sehingga ramai yang terpesona dengan bakat yang diwarisi dua puterinya itu.
Marsya Qistina yang merupakan anak sulung daripada pasangan ini sering kali digandingkan bersama ibunya dalam beberapa acara. [65][66] Marsya Qistina juga merupakan graduan Universiti Poly-Tech Malaysia dalam jurusan Diploma In Teaching English As A Second Language.
Jenis vokal Liza ialah Soprano Koloratura Lirik Cahaya dengan nota pertengahan rendah seperti yang kedengaran dalam lagu "Siapa Dia" (C3), "Perasaan Terhenti" (Eb3) dan "Kata Hati" (F3). Nota tingginya juga kedengaran dalam lagu "Gelisah Mimpi" (F5), "Andainya Aku Bersuara" (F#5), "Ku Idam Rindu" (G5), "Merawat Luka Terpendam" (B5) dan "Perasaan Terhenti" (G6). Julat vokalnya ialah 3.7 oktaf.
Pada April 2020, Liza telah menubuhkan program amal Sing For Fund yang bertujuan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Program amal ini turut disertai oleh Siti Nordiana, Haiza dan Ernie Zakri.[67][68][69]
Tahun | Tajuk Lagu | Kedudukan Tertinggi Carta | Album | |||
---|---|---|---|---|---|---|
Era | Muzik.fm | Baik Banget | Muzik-muzik | |||
1997 | "Getaran Cinta Di Jiwa" | — | — | — | 1 | Epilog |
"Siapa Sangka Siapa Menduga" | — | — | — | 1 | ||
1998 | "Dunia Cinta" | — | — | — | 2 | |
"Cintailah Aku Sepenuh Jiwa" | — | — | — | 3 | ||
"Nilai Cintamu" | — | — | — | — | ||
"Tragedi Tenda Biru" duet bersama 2 By 2 |
— | — | — | — | Pak Pung Pak Mustafe | |
"Rindu Hatiku Tidak Terkira" | — | — | — | — | Di Mana Kan Ku Cari Ganti | |
"Istana Cinta" | — | — | — | — | ||
"Di Mana Kan Ku Cari Ganti" | — | — | — | — | ||
"Jaringan Cinta" | — | — | — | — | Molek | |
1999 | "Ku Idamkan Rindu" | — | — | — | 1 | Puteri Jelmaan |
"Biarkan Aku Merinduimu" | — | — | — | 4 | ||
"Antara Kita" | — | — | — | — | ||
2000 | "Bahtera Cintamu" | — | — | — | — | |
"Izinkan Aku Berlalu" | — | — | — | — | ||
"Andainya Aku Bersuara" | — | — | — | 2 | Istimewa | |
"Kata Hati" | — | — | — | 1 | ||
"Aku Ingin Bercinta Sekali Sahaja" | — | — | — | — | ||
2001 | "Kau Punya Istana" | — | — | — | — | |
"Kau Tetap Di Hatiku" duet bersama 2 By 2 |
— | — | — | 2 | Mawar-mawarku | |
"Gelisah Mimpi" | — | — | — | 2 | Isyarat Jiwa | |
2002 | "Kerana Terlalu Mencintaimu" | — | — | — | 2 | |
"Jatuh Cinta" | — | — | — | 2 | ||
2003 | "Tirai Malam" | — | — | — | 8 | Ku Teruskan |
"Hadir Dirimu" | — | — | — | — | ||
2004 | "Biarkan" | — | — | — | 19 | |
"Ku Teruskan" | — | — | — | 3 | ||
2005 | "Dekat Di Hati" | — | — | — | — | Rindu Selalu |
"Rindu Selalu" | — | — | — | — | ||
2006 | "Menanti Kesaktian" | — | — | — | — | |
"Racau Sang Khalifah" duet bersama Noraniza Idris |
— | — | — | 7 | Lenggok | |
"Merawat Luka Terpendam" | — | — | — | 2 | Imagin | |
2007 | "Bebas" | — | — | — | — | |
"Lara" | — | — | — | 2 | ||
"Imaginasiku" | — | — | — | — | ||
2011 | "Who Does Really Care?" | — | — | — | — | Siapa Peduli? |
2014 | "Egoismu" | — | — | — | — | Single |
2018 | "Mimpi" | — | — | — | — | |
2020 | "Tiada" | — | — | — | — | |
2022 | "Dibuai Mimpi" duet bersama Sean Ghazi | — | — | — | — | |
"Bahagiakan Dia" duet bersama Shila Amzah | — | — | — | — | ||
"Sejuta Maaf" Lagu tema Hati Tanpa Rasa | — | — | — | — | ||
2023 | "Mengertilah" | — | — | — | — | |
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2002 | KL Menjerit | Linda Martopo | Filem pertama |
2003 | Laila Isabella | Mira Kartopo | |
2006 | Diva Popular | Dirinya Sendiri | Penampilan Istimewa |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1994 | Asia Bagus | Dirinya Sendiri | TV2 | Rancangan televisyen pertamanya |
1996 | Golden Teen Search | Dirinya Sendiri / Naib Juara | TV1 | |
1999 | HMI Penghibur | Dirinya Sendiri / Juara | ||
2000 | Muzikal Aidilfitri Bersama Liza Hanim | Dirinya Sendiri | TV1 | |
Remaja Anak Malaysia: Istimewa Hari Ibu | Dirinya Sendiri | TV1 | Menjadi barisan panel bersama Mazibah dan Mohd Zain | |
Bintang HMI 2000 Akhir | Pengacara | TV1 | Bergandingan bersama Shamsul Ghau Ghau | |
Hiburan Minggu Ini: Khas Bersama Orkestra RTM | Pengacara | TV1 | Bergandingan bersama Nassier Wahab | |
Gendang Kencana Aidilfitri: Rajuk Perantau | Dirinya Sendiri | TV2 | Hiburan yang menampilkan gabungan pelakon dan artis dalam program hari raya. | |
Hiburan Minggu Ini: Keroncong | Pengacara | TV1 | Bergandingan bersama Nassier Wahab | |
Berhari - Raya Bersama Siti Nurhaliza & Liza Hanim | Dirinya Sendiri | TV2 | ||
2001 | Jendela Pagi | Dirinya Sendiri | TV1 | Segmen Personaliti |
Konsert DiRaja Istana Negara | Pengacara | TV1 | Bergandingan bersama ND Lala | |
Sitkom | Dirinya Sendiri | TV2 | episod 6-10 | |
Pertandingan Akhir Bintang Penghibur HMI 2001 | Pengacara | TV1 | ||
Dari Studio 1 | Dirinya Sendiri | Astro Ria | ||
Telebriti Aidilfitri | Dirinya Sendiri | TV1 | ||
2002 | Hiburan Minggu Ini | Dirinya Sendiri | TV2 | |
Drama Muzikal: Riuh Sepekan | Penyanyi Undangan | TV2 | ||
2003 | Hiburan Minggu Inu | Dirinya Sendiri | TV2 | Bahagian 1 |
Hiburan Minggu Ini | Dirinya Sendiri | TV2 | Bahagian 2 | |
2004 | Bintang RTM 2004 | Pengacara | TV1 | Beliau bersama Fazley Yaakob di pilih sebagai pengacara bagi menggantikan Achik Spin & Jeslina Hashim yang sebelum ini merupakan pengacara bagi Bintang RTM 2004. |
2005 | Bergaya & Berjaya | Dirinya Sendiri | TV2 | Membincangkan topik mengenai "Wanita Gigih Dan Berjaya" |
Mentor | Dirinya Sendiri | TV3 | Sebuah program realiti di mana dia menjadi mentor untuk Dewi Liana Seriestha (Dewi) di mana beliau dan anak didiknya bersaing dengan artis yang berbeza dan anak didik mereka. | |
Sentuhan | Pengacara | TV2 | ||
Zoom In Bersama Liza Hanim | Dirinya Sendiri | TV1 | ||
2006 | Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2006 Akhir | Pengacara | Bergandingan bersama Shamsul Ghau Ghau | |
Mentor: Final | Juri | TV3 | Musim kedua Mentor di mana Liza Hanim menjadi juri untuk final episod. | |
Tren-D | Dirinya Sendiri | TV2 | ||
Tren-D: Syoknya Makan | Dirinya Sendiri | TV2 | ||
2007 | Gangstarz: Minggu 2 | Juri | TV3 | |
PRTM | Dirinya Sendiri | NTV7 | Beliau bersama Atilia Haron mempromosikan P. Ramlee The Musical. | |
2008 | Bintang-Bintang: Liza Hanim | Dirinya Sendiri | TV1 | perjalanan seni Liza Hanim. |
2009 | Idola Kecil 2: Minggu 4 | Juri | TV9 | |
Sehati Sejiwa: Liza Hanim & Shah Indigo | Dirinya Sendiri | TV2 | membicarakan tentang cerita selebriti dari segi kehidupan dan kerjaya seninya. | |
2010 | Istimewa Bersama Liza Hanim (P. Ramlee Dalam Kenangan) | Dirinya Sendiri | TV1 | |
Bintang-Bintang: Liza Hanim | Dirinya Sendiri | TV1 | ||
2011 | Ketuk-Ketuk Ramadhan | Dirinya Sendiri | TV1 | |
2019 | Unplugged Ria | Dirinya Sendiri | Astro Ria | |
Komuniti AWANI | Dirinya Sendiri / Tetamu | Astro Awani | Beliau menjadi penyampai episod (27, 28 & 30) Komuniti AWANI. | |
Tanya Cik Man | Dirinya Sendiri / Tetamu | Astro Oasis | ||
2020 | Konsert Minggu Ini | Dirinya Sendiri | TV2 | Beliau adalah giliran artis yang membuat persembahan bersama artis jemputan iaitu Jaclyn Victor. |
Stage 104 | Dirinya Sendiri | Astro Ria | Beliau membuat persembahan bersama Lah Ahmad. | |
2021 | All Together Now Malaysia (musim 1) | Juri | Astro Ria | |
2022 | The Masked Singer Malaysia (musim 2) | Peserta sebagai Orkid | Astro Warna | |
Karaoke Superstar | Dirinya Sendiri | Astro Ria | Beliau bersama Syamel menjadi artis jemputan untuk episod ini. | |
Nona | Dirinya Sendiri | TV3 | Segmen Artis Throwback | |
All Together Now Malaysia (musim 2) | Juri | Astro Ria | ||
2023 | Yang Paling Padu | Dirinya Sendiri | Astro Ria | Beliau adalah giliran artis yang membuat persembahan bersama Ziana Zain. |
Sepahtu Reunion Al Raya | Kameo | Astro Warna | Episod 9 | |
I Can See Your Voice Malaysia (musim 6) | Artis Jemputan | TV3 | Episod 4 |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | My Coffee Prince | Dirinya Sendiri | Astro Ria | Penampilan khas |
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2008-2009 | P. Ramlee The Musical | Saloma |
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
1998 | Serunding | Melati |
2001 | Glamor Aidilfitri | Dirinya Sendiri |
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2024 | Ada Apa Dengan Masa | |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1996 | Golden Teen Search | Terbuka | Dirinya sendiri | Naib Juara |
1998 | Anugerah Industri Muzik ke-5 | Artis Baharu Wanita Terbaik | "Epilog" | Tercalon |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1997/98 | Artis Baharu Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | |
Penyanyi Wanita Popular | Tercalon | |||
Anugerah Juara Lagu ke-13 | Balada | "Getaran Cinta Di Jiwa" | Tercalon | |
1999 | Anugerah Industri Muzik ke-6 | Persembahan Vokal Wanita Terbaik | "Di Mana Kan Ku Cari Ganti" | Tercalon |
Bintang Penghibur HMI | Terbuka | Dirinya sendiri | Juara | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1998/99 | Penyanyi Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | |
2000 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000 | Penyanyi Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Festival Muzik Shanghai 2000 | Anugerah Piala Perak | Dirinya sendiri | Menang | |
2001 | Anugerah Industri Muzik ke-8 | Album Pop Terbaik | Tercalon | |
Persembahan Vokal Wanita Terbaik | Dirinya sendiri | Tercalon | ||
Anugerah Juara Lagu ke-16 | Balada | "Andainya Aku Bersuara" | Tercalon | |
2002 | Anugerah Personaliti Media Hiburan 2002 | Bakat Baru Pelakon | Dirinya sendiri | Menang |
2003 | Anugerah Juara Lagu ke-17 | Balada | "Gelisah Mimpi" | Vokal Terbaik |
Anugerah MTV Asia 2003 | Artis Malaysia Pilihan | Dirinya sendiri | Tercalon | |
Anugerah Planet Muzik 2003 | Artis Wanita Terbaik | Tercalon | ||
2004 | Anugerah Era 2004 | Video Muzik Pilihan | "Ku Teruskan" | Menang |
Anugerah Industri Muzik ke-11 | Persembahan Vokal Wanita Terbaik | "Ku Teruskan" | Tercalon | |
2005 | Anugerah Era 2005 | Lagu Pop Pilihan | "Dekat Di Hati" | Tercalon |
Vokal Wanita Pilihan | Dirinya sendiri | Tercalon | ||
2006 | Anugerah Planet Muzik 2006 | Artis Wanita Terbaik | Tercalon | |
2008 | Anugerah Industri Muzik ke-16 | Album Pop Terbaik | Imagin | Tercalon |
2009 | Anugerah Seni BOH Cameronian | Pelakon Wanita Terbaik - Muzikal & Komedi | "P. Ramlee The Musical" | Tercalon |
2014 | Anugerah Industri Muzik ke-21 | Persembahan Vokal Wanita Terbaik | "Egoismu" | Tercalon |
2017 | Gegar Vaganza (musim 4) | Terbuka | Dirinya sendiri | Naib Juara |
2022 | The Masked Singer Malaysia (musim 2) | Tempat Ke-3 Musim Ke 2 | Liza Hanim (Maskot:Orkid) | Menang |
2022 | Anugerah Industri Muzik ke-23 | Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu | Bahagiakan Dia (dengan Shila Amzah) | Menang |
Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama | Menang | |||
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.