From Wikipedia, the free encyclopedia
Anugerah Industri Muzik ke-16 diadakan pada 2 Mei 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra, dengan menampilkan perubahan yang ketara dari pelbagai aspek, berbanding edisi tahun 2008 yang turut menyaksikan perubahan besar untuk memastikan kerelevannya dalam industri muzik Malaysia. Upacara penganugerahannya turut disiarkan secara langsung di saluran ntv7.
Anugerah Industri Muzik ke-16 | ||||
---|---|---|---|---|
Jenis | Upacara anugerah | |||
Tarikh | 2 Mei 2009 | |||
Lokasi | Pusat Dagangan Dunia Putra | |||
Negara | Malaysia | |||
Liputan televisyen/radio | ||||
Rangkaian | ntv7 | |||
Kronologi | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
AIM 16 ini menerima pencalonan album yang terendah dalam sejarah penganugerahan iaitu cuma 55 penyertaan. Pengerusi Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia, Datuk Aziz Bakar dalam ucapannya menjelaskan, kemerosotan jumlah pencalonan album dipertandingkan ada kaitan dengan keadaan pasaran yang semakin mengecil sekarang, kerana keadaan pasaran yang lebih menjurus kepada penghasilan dan penjualan single menerusi muat turun di telefon bimbit di samping stesen radio swasta mengamalkan sistem format.[1]
Pada 10 Disember 2008[2], pihak penganjur yang diwakili Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Sandy Monteiro, dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran AIM ke-16, Freddie Fernandez, mengadakan sidang akhbar tidak rasmi untuk menerangkan perubahan-perubahan terhadap majlis penganugerahan ini dari segi kategori dan stail/genre, syarat kelulusan serta kriteria penilaian.[3] Kata Monteiro, "Kami inginkan orang di dalam industri muzik ini lebih terlibat dalam AIM. Kita hendak buka peluang dan bukannya sempitkan peluang mereka untuk berasa diiktiraf. Namun begitu, kita masih mengekalkan hala tuju AIM untuk mengalu-alukan para karyawan yang memberi sumbangan dan menaikkan nama industri."[2] Tambahnya pula, "Dua hingga tiga tahun kebelakangan ini adalah masa yang paling ketara berlakunya perubahan daripada segi jualan kaset dan cakera padat (CD). Perubahan dalam AIM16 merupakan langkah tambahan untuk mengemas kini industri muzik tempatan. Pada tahun-tahun akan datang kita akan buat lagi perubahan supaya semua yang terlibat dalam industri ada peluang untuk ambil bahagian dalam AIM. Jangan kerana peraturan dan undang-undang yang diperkenalkan sebelum ini, ada lagu-lagu yang berkualiti tidak mempunyai peluang untuk dipertandingkan."
Terutama sekali, AIM dan RIM menekankan fokus pada mutu muzik ke atas lagu, dengan memperkenalkan tujuh kategori baru yang mengangkat lagu semata-mata, memandangkan jualan album semakin merudum sementara media muat turun digital semakin penting kepada industri. Penyertaan calon berdasarkan lagu single digalakkan, dengan bayaran sebanyak RM50 setiap lagu yang didaftarkan – dengan syarat artis itu telah berdaftar sebagai ahli RIM, dengan bayaran minima sebanyak RM250. Penilaian dan pengadilan calon berdasarkan single tidak lagi bergantung kepada jualan dalam dalam bentuk CD semata-mata, malah jualan digital juga diambil kira.[3]
Monteiro menyentuh penerimaan jualan muat turun digital di kalangan peminat muzik dengan kata-kata berikut, "Kita telah lihat bagaimana lagu-lagu artis tempatan begitu cepat diterima disebabkan digital biarpun ketika itu album mereka masih belum siap. Malah, ada juga lagu-lagu yang dijual dalam bentuk digital mencecah ke angka ratusan ribu salinan seperti kumpulan Hujan, Misha Omar dan Aizat Amdan."[4]
Kategori-kategori berkenaan ialah:
Tiada pencalonan untuk kategori Lagu Terbaik kerana pemenang akan ditentukan di kalangan pemenang kategori lagu mengikut genre masing-masing seperti yang dilakukan untuk kategori Album Terbaik.
Ketiga-tiga Kategori Vokal Terbaik (Lelaki, Wanita, Berkumpulan) juga diubah dasar penilaian dari album penuh ke lagu. Maka itu, sesiapa sahaja yang merakam walaupun satu lagu boleh meraih anugerah yang sama dipertaruhkan kepada pemuzik “serius” serta artis beralbum.[3]
Kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu yang sebelum ini terbahagi kepada dua iaitu lagu Bahasa Malaysia dan bukan Bahasa Malaysia digabungkan menjadi satu, iaitu satu kategori Susunan Muzik Terbaik tanpa mengira bahasa.
Kategori Artis Harapan Terbaik digugurkan. Sebelum ini, kategori ini diwujudkan untuk artis yang belum beralbum tetapi sekarang dengan adanya lebih penekanan terhadap lagu ataupun single, maka panel AIM/RIM berpendapat bahawa frasa 'Harapan' ini tidak lagi relevan.[3]
Senarai pencalonan akhir tahun ini mengusulkan bahawa tahun ini banyak band indie yang berjaya menempatkan diri dalam pencalonan ‘Top 5′ AIM 16, di’mana senario ini menunjuk’kan trend masyarakat Malaysia masa kini lebih menjurus kepada lagu-lagu berentak indie.
Sebagai contohnya, kumpulan Estranged mendapat 8 pencalonan bagi 6 kategori. Menerusi album Remain Unknownâ, Estranged tercalon bagi kategori Kulit Album Terbaik, Rakaman Album Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Album Inggeris Tempatan Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu. Hanya Misha Omar sebagai artis pop mainstream yang mengungguli dengan 7 kategori menerusi album solo ketiganya berjudul Misha Omar termasuk 3 lagunya dicalonkan dalam kategori lagi terbaik mengikut genre. Pun begitu sedikit kontroversi apabila Misha tidak dicalonkan untuk kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik di dalam Lagu biarpun dikatakan memberi persembahan vokal yang hebat dalam album tersebut.
Kumpulan Hujan dan Meet Uncle Hussain pula di’calonkan sebagai Artis Baru Terbaik. Butterfingers yang muncul dengan album terbaru tahun lagu berjaya menempat’kan diri dalam kategori Video Muzik Terbaik, (Mati Hidup Kembali, 1000 Tahun (Mahu Hidup), dan Album Rock Terbaik yang juga di’sertai oleh The Times dan Hujan. Masing-masing mempertaruh’kan album Kembali, Modern Minimals Glamour dan Hujan.
Definisi "album" sekarang dikurangkan daripada minimum lapan ke lima buah lagu. Biarpun tidak mempunyai album, seseorang artis masih boleh mencalonkan lima single terbaik nyanyian mereka sebagai sebuah album. Menurut Fernandez, artis-artis yang ingin mencalonkan penyertaan lima lagu single mereka kepada sebuah album boleh berbuat demikian dengan mencalonkan sebagai satu ikatan album.[4]
8.30 - 9.00: Live from the Blue Carpet diacarakan oleh Nazrudin Rahman, Sazzy Falak dan Awal Ashaari.
9.00: Majlis bermula
(rehat)
(rehat)
(rehat)
(rehat)
(rehat)
(rehat)
(rehat)
11.25: Majlis berakhir
Pada 26 Mac 2009, senarai pencalonan AIM16 muktamad diumumkan di sebuah sidang media di Hotel Concorde, Kuala Lumpur[5], iaitu seperti berikut, dan para pemenang diumumkan pada majlis rasmi yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC pada 2 Mei 2009 (sebahagian kategori diumumkan pada 1 Mei 2009).
(Senarai pemenang ditebalkan)
(hanya 1 pencalonan untuk kategori ini)
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.