Sophia Albarakbah

Pelakon dan model wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Sophia Albarakbah

Sophia Albarakbah (lahir 15 Julai 1993), juga dikenali sebagai Sophie Koshka ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2][3] Beliau terkenal dengan kredit lakonannya dalam drama Tercipta Satu Ikatan (2020), Hadiah Dari Tuhan (2020–2021),[4][5] Suamiku Lelaki Pendosa (2022), Ku Akad Kau Dengan Bismillah (2023), From Saga With Love (2023–2024) dan Lelaki Itu (2024). Sophia juga terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Pasal Kau! (2020), Ada Hantu (2021–22) dan Jerangkung Dalam Almari (2022).

Fakta Segera Kelahiran, Nama lain ...
Sophia Albarakbah
Thumb
Sophia di acara Viu Lokal Lah! di Lalaport Bukit Bintang pada Ogos 2023
Kelahiran (1993-07-15) 15 Julai 1993 (umur 31)
Nama lainSophie Koshka
PendidikanSarjana Muda Sains (Kepujian) Dietetik dengan Pemakanan
Pusat pendidikanUniversiti Perubatan Antarabangsa (IMU)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2018–kini
SaudaraAisha Retno (sepupu)
Tutup

Kerjaya

Sophia Albarakbah pertama kali menceburi dunia hiburan dengan menjayakan pelbagai iklan komersial semasa masih melanjutkan pelajarannya. Atas desakan seorang rakannya yang memintanya menghadiri ujibakat filem 18,[6] beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan.[7] Sophia pertama kali menceburi bidang lakonan menerusi drama Viu, Devoted dengan memegang watak Isabella. Ini kemudian diikuti dengan drama Astro Ria, Tercipta Satu Ikatan dengan memegang watak antagonis, Rissa.

Filem pertamanya, Miimaland yang dibintangi oleh Fattah Amin, dikeluarkan pada 24 September 2020. Beliau kemudian muncul pula menerusi filem Pasal Kau! yang ditayangkan di Netflix pada 1 Oktober. Beliau seterusnya melakonkan watak sebagai Bella dalam drama TV3, Hadiah Dari Tuhan.[8] Sophia juga pernah menjadi model untuk muzik video Danial Zaini, "Siti Bilang Cuti".

Beliau mendapat pengiktirafan meluas menerusi watak Cahaya Malaika lakonannya dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa lakonan bersama Aaron Aziz,[9] diikuti oleh watak lakonanya sebagai Intan Allisya dalam drama Air Mata Allisya gandingan bersama Keith Foo.[10] Sophia kemudian menjadi pelakon utama bersama Shahz Jaszle dalam drama Cinta Hilang Kata dengan melakonkan watak Nurul Masmin.[11]

Pada tahun 2023, beliau menjadi pelakon utama bersama Aliff Aziz dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah dengan memegang watak sebagai Raisya Hannah. Beliau mengakui watak lakonannya itu sedikit banyak mencabar dirinya.[12][13] Kemudian, Sophia memegang dua watak, iaitu Aaliyah dan Aafiyah dalam drama Obsesi Dia lakonan bersama Zahiril Adzim.[14] Beliau juga berlakon dalam drama From Saga With Love sebanyak 2 musim yang disiarkan di Viu dengan memegang watak sebagai Bianca Rozario. Ini merupakan drama Viu Originals kedua lakonannya selepas Devoted.[15]

Dalam tahun 2024, Sophia berlakon dalam filem Jiwa 8 Belas dengan memegang watak sebagai Fatien.[16][17] Ini kemudian diikuti oleh filem Saka Perawan dan Reeza GTR arahan Ahmad Idham dan Harimau Malaya: The Untold Journey arahan Afdlin Shauki.[18][19][20]

Beliau melakonkan watak utama dalam siri drama Tonton, Marina yang mana beliau digandingkan bersama Remy Ishak, Muhsin Nadzli dan Hisyam Hamid. Drama ini mengisahkan seorang wanita muda, Marina yang berhijrah ke Kuala Lumpur selepas kematian kakaknya untuk mencari kehidupan yang lebih baik.[21][22]

Sophia juga telah dilantik menjadi duta eksklusif Usanita bersama-sama artis Grade A yang lain.

Kehidupan peribadi

Sophia berdarah kacukan Melayu, Arab dan Cina.[23] Bapanya yang berdarah campuran Melayu dan Arab berasal dari Kelantan manakala ibunya adalah mualaf yang berketurunan Cina. Leluhur Sophia berasal daripada sebuah wilayah geografi bernama Hadramaut yang terletak di antara Yaman Timur dan Arab Selatan. Beliau mempunyai adik-beradik seramai 4 orang dan merupakan anak kedua.[perlu rujukan]

Beliau merupakan graduan dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Dietetik dengan Pemakanan[24] di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU).[25][7][26] Ibunya merupakan Naib Juara (pemenang tempat kedua) dalam satu pertandingan ratu kecantikan pada tahun 1980.[27] Beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang introvert dan pemalu.[28]

Beliau ialah sepupu kepada penyanyi, Aisha Retno.[29][30]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Catatan
2020 Miimaland Elize Filem pertama
Pasal Kau! Sophia
2021 Ada Hantu Farah
2022 Jerangkung Dalam Almari Shikin
Ada Hantu 2 Farah
2023 Selalu Ada Jasmin Filem pendek[31]
2024 Jiwa 8 Belas Fatien
Saka Perawan Puteri Shahora (RA)
Harimau Malaya: The Untold Journey Karina
Reeza GTR Myra Karmila
Tutup

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Devoted Isabella Viu Drama pertama
2020 Tercipta Satu Ikatan Rissa Astro Ria Adaptasi novel Tercipta Satu Ikatan karya Laydee Amarfi
2020–2021 Hadiah Dari Tuhan Bella TV3
2022 Suamiku Lelaki Pendosa Cahaya Malaika Adaptasi novel Imamku Lelaki Pendosa karya Umie Nadzimah
Air Mata Allisya Intan Allisya TV9 Adaptasi novel Air Mata Allisya karya Ain Zanowi
Cinta Hilang Kata Nurul Masmin Astro Prima Adaptasi novel Cinta Hilang Kata karya Lily Haslina Nasir
2023 Ku Akad Kau Dengan Bismillah Raisya Hannah TV3 Adaptasi novel Ku Akad Kau Dengan Bismillah karya Wawa Akil
Obsesi Dia Aaliyah/Aafiyah
From Saga With Love Bianca Rozario Viu
2024 Lelaki Itu Sharifah Bahiyah TV3
From Saga With Love 2 Bianca Rozario Viu
Marina Marina Tonton
Tutup

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Suzanne Wo Ai Ni TV2 Telefilem pertama
Hello Suri Suri TV3
Tutup

Muzik video

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Penyanyi Peranan
2018 "Siti Bilang Cuti" Danial Zaini Dirinya sendiri
2019 "Sedar" Fareez Fauzi
Tutup

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon
2021 World Film Carnival Singapore 2021 Pelakon Wanita Terbaik Menang
Anugerah Pencapaian Luar Biasa Menang
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 BBNU Wanita Popular Tercalon
Aktres Filem Popular[32] Menang
Aktres TV Popular Tercalon
Couple Drama Popular Dicalonkan bersama Aaron Aziz (Suamiku Lelaki Pendosa) Tercalon
2024 Anugerah Telenovela ke-9 Ratu Telenovela Dirinya sendiri[33] Menang
Pelakon Wanita Popular Telenovela Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 Aktres TV Popular Dirinya sendiri Tercalon
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.