Nadia Brian
Pelakon dan model wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Nadia Najwa Mohamed Rashidi (Jawi: ناديا بريان ; lahir 30 Mei 1991) [a] atau lebih dikenali sebagai Nadia Brian merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau mula dikenali umum setelah membintangi drama Akulah Balqis (2015) dan diikuti oleh Sweetie Nanie yang bersiaran di TV3.
Remove ads
Kehidupan awal
Nadia dilahirkan pada 30 Mei 1991 di Kangar, Perlis kepada pasangan Mohamed Rashidi dan Cassandra Husmarita Hussein. Beliau dibesarkan di Kelantan serta mempunyai darah campuran Melayu dan Australia di sebelah ibunya kerana datuknya merupakan warganegara Australia yang bernama Brian Goldring Abdullah.[1] Nadia mempunyai kelulusan Diploma Seni Teater dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di UiTM Shah Alam.
Remove ads
Kerjaya
Nama Brian yang digunakan oleh Nadia untuk nama komersial beliau telah lama digunakan dalam keluarga dan rakan-rakan beliau sejak kecil lagi. Beliau juga menggunakan nama ini sewaktu Nadia menceburi bidang peragaan dan melangkah masuk ke bidang lakonan. Nama Brian yang digunakan juga diambil daripada nama datuk kepada ibu beliau iaitu Brian Goldring Abdullah sebagai tanda penghargaan Nadia kepada datuk beliau.[2]
Kehadiran Nadia dalam bidang lakonan mula dikenali selepas membintangi drama Akulah Balqis (2015) sebagai peneraju utama dalam drama tersebut bersama Puteri Balqis. Beliau memegang watak sebagai Milda dan digandingkan dengan Nazim Othman, Aeril Zafrel, dan Nabila Huda. Ini kemudian diikuti oleh drama Sweetie Nanie (2016) lakonan bersama Aidit Noh.
Nadia muncul dalam drama Sape Dari Itali arahan Hazali Ramli terbitan Bright Network yang bersiaran pada 23 Mac 2017 di TV2. Drama yang disiarkan dalam slot Selekta Prima ini bersiaran setiap hari Selasa hingga Khamis pada jam 9.00 malam. Drama ini juga dibintangi oleh Syafie Naswip, Geoff Andre Feyaerts, Beego dan pelakon lain.[3]
Selain itu, beliau juga muncul dalam drama Cik Serba Tahu terbitan Orangetree Production Sdn Bhd sebagai pelakon pembantu, ditayangkan pada Mac 2017 di Astro Ria dan Astro Ria HD serta dibintangi oleh Remy Ishak, Sari Yanti, Zarul Umbrella, Iedil Putra, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.
Beliau memegang watak Cik Siti Tanah Masyhur dalam filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda (2020) arahan Bade Hj. Azmi.[4] Untuk menjayakan watak ini, Nadia terbang ke Indonesia untuk menjalani latihan silat dan tarian kuda kepang selama sebulan sebagai persiapan.[5]
Pada tahun 2024, beliau berlakon bersama barisan pelakon ensembel yang diterajui oleh Adi Putra dan Sarimah Ibrahim dalam drama Lelaki Itu yang disiarkan di slot Samarinda TV3 dengan memegang watak sebagai Baiyinah.[6][7]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Nadia berkahwin dengan ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019,[8] pasangan ini bercerai pada April 2021.[9]
Filemografi
Filem
Drama
Drama web
Telefilem
Teater
Televisyen
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Catatan
- Beliau berkongsi tarikh lahir dengan pelakon Scha Al-Yahya yang lapan tahun lebih tua daripadanya.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads