2020 di Malaysia

From Wikipedia, the free encyclopedia

2020 di Malaysia, 63 tahun kemerdekaan.
2020 akan menjadi ulang tahun ke-57 penubuhan Malaysia.

Fakta Segera Dekad:, Lihat juga: ...
Tutup
Fakta Segera
2020 mengikut topik:
Kesenian
Seni binaKomikFilemVideo rumahKesusasteraan (Puisi) – Muzik (Kampung, Metal, UK) – RadioGambarTelevisyenPermainan video
Politik
Pilihan rayaPemimpin antarabangsaNegara berdaulat
Pemimpin negara yang berdaulatGabenor wilayah
Sains dan teknologi
Angkasa lepasArkeologiPenerbanganBurung/OrnitologiPalaeontologiPengangkutan rel
Sukan
BadmintonBesbolBola keranjangBola tampar
Mengikut tempat
AfghanistanAfrika SelatanAlbaniaAlgeriaAmerika SyarikatAngolaAntartikaArab SaudiArgentinaArmeniaAustraliaAustriaAzerbaijanBangladeshBahamasBarbadosBelandaBelgiumBeninBhutanBosnia dan HerzegovinaBrazilBulgariaBurkina FasoBurundiCameroonCape VerdeChadChileChinaColombiaCosta RicaCôte d'IvoireCroatiaCubaCyprusCzechiaDenmarkEcuadorEl SalvadorEmiriah Arab BersatuEstoniaEthiopiaFilipinaFinlandGabonGeorgiaGhanaGreeceGuatemalaHungaryIcelandIndiaIndonesiaIraqIranIrelandIsraelItaliJepunJermanKanadaKazakhstanKembojaKenyaKesatuan EropahKorea UtaraKorea SelatanKuwaitLaosLatviaLibyaLithuaniaLuxembourgMacauMadagascarMaghribiMalawiMalaysiaMaliMesirMexicoMoldovaMontenegroMozambiqueMyanmarNepalNew ZealandNigerNigeriaNorwayOmanPakistanPalestinPerancisPeruPolandPortugalRepublik Afrika TengahRomaniaRusiaRwandaSenegalSepanyolSerbiaSingapuraSlovakiaSloveniaSomaliaSri LankaSudanSudan SelatanSwedenSwitzerlandSyriaTaiwanTanzaniaThailandTurkeyUgandaUkraineUnited KingdomUruguayUzbekistanVenezuelaVietnamYemenZambiaZimbabwe
Topik lain
Pemimpin agama
Kategori kelahiran dan kematian
KelahiranKematian
Kategori pernubuhan dan pembubaran
PenubuhanPembubaran
Kategori karya dan perkenalan
KaryaDiperkenalkan
Karya yang memasuki domain awam
Tutup

Perjawatan

Peringkat Persekutuan

Peringkat Negeri

Peristiwa

Januari

  • 1 Januari
    • Larangan merokok secara rasmi berkuatkuasa selepas tempoh tangguh selama setahun.
    • Tahun Melawat Malaysia 2020 dilancarkan secara rasmi.[1]
  • 2 Januari - Karakter adiwira ceriakan murid tahun satu sesi persekolahan 2020.
  • 3 Januari - Maszlee Malik melepaskan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.[2][3]
  • 4 Januari - Tiga penuntut Malaysia di Universiti Newcastle cedera dalam rompakan di Newcastle, Durban, Afrika Selatan pada 3 Januari.[4]
  • 5 Januari - Krisis bekalan air seluruh negara dijangka selesai dalam tempoh 5 tahun.
  • 6 Januari - Pendakwaan mahu cabar kebolehpercayaan Najib Razak.
  • 7 Januari - Jawatankuasa Aduan Pantau 20 Agensi Penguatkuasaan akan ditubuhkan.
  • 8 Januari
    • Perodua melancarkan model baru Perodua Bezza dengan ciri baharu.[5]
    • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan sembilan rakaman audio telefon yang diterima kira-kira seminggu sebelum itu, yang dirakam antara 5 Januari hingga 29 Julai 2016, berjumlah kira-kira 45 minit, mendedahkan percubaan bekas perdana menteri Najib Razak untuk menutup siasatan ke atas skandal 1MDB, yang disifatkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Beebi Koya. Kes itu sebagai "mengejutkan, kerana terdapat percubaan untuk menutup-nutupi dan subversif keadilan". Salah satu rakaman audio itu memaparkan perbualan antara Najib dan isterinya Rosmah Mansor, yang kedengaran kecewa dengan kesilapan Najib dalam mengendalikan skandal itu. Dalam satu lagi rakaman audio, Najib sedang mendapatkan bantuan daripada Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu, Mohammed bin Zayed Al Nahyan untuk membantu membersihkan penglibatan anak tiri Najib, Riza Aziz dalam skandal itu.[6]
    • Bekas perdana menteri Najib Razak akan hadir hampir setahun penuh, selepas Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh perbicaraan lanjut dari Februari hingga Oktober untuk perbicaraan rasuahnya membabitkan 25 pertuduhan berhubung skandal 1MDB.
  • 9 Januari - Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak akan mendakwa mana-mana pihak dalam video seks sejenis yang dipercayai membabitkan seorang menteri dan bekas pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas sebab pengenalan identiti tidak boleh dibuat secara konklusif berdasarkan analisa pengecaman wajah.
  • 10 Januari - Kerajaan memperkenalkan inisiatif baharu pelan industri yang akan melengkapkan pelan baharu pertanian negara.
  • 11 Januari - Seorang kanak-Kanak yang lewat terima rawatan maut akibat komplikasi Influenza A di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
  • 12 Januari - Simptom jangkitan influenza terus meningkat di seluruh negara dengan mencatatkan 200 kes baharu.
  • 13 Januari
    • Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dengan insiden letusan gunung berapi Taal yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Manila.[7]
    • Pemain badminton negara Jepun, Kento Momota cedera dalam kemalangan awal pagi dalam perjalanan ke lapangan terbang selepas tamat pada Kejohanan Malaysia Masters 2020 apabila van yang dinaikinya melanggar belakang lori di Lebuhraya Maju (MEX) yang menyebabkan pemandunya maut.
  • 14 Januari - Perdana Menteri Mahathir Mohamad sedia melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri serta-merta dijangka pada Mei.[8]
  • 15 Januari - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sejumlah 1.5 tan dadah yang dianggarkan bernilai RM144.9 juta hasil penahanan 9 individu di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.
  • 16 Januari - Syarikat konsesi, PLUS Malaysia Berhad tidak akan dijual kepada mana-mana pihak, sebaliknya Perdana Menteri Mahathir Mohamad berkata PLUS kekal menjadi milik Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  • 17 Januari - Media Prima Berhad (MPB) akan terus mengukuhkan kerjasama dengan kerajaan Sarawak menerusi beberapa kolaborasi yang telah dipersetujui dengan kerajaan negeri sebelum ini.
  • 18 Januari - Pilihan raya kecil Kimanis 2020:
  • 19 Januari - 4 Pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Terengganu yang hilang dihanyut ombak ketika mandi di Pantai Teluk Bidara pada 17 Januari lalu ditemui mati lemas.
  • 20 Januari - Panel Dialog Keamanan Thai, yang diketuai oleh General Wanlop Rugsanaoh, bertemu dengan wakil Barisan Revolusi Nasional (BRN) Anas Abdulrahman di Kuala Lumpur, dalam apa yang disifatkan sebagai "pusingan pertama dialog damai rasmi" oleh pegawai Barisan Revolusi Nasional (BRN) Abdul Aziz Jabal.
  • 21 Januari - Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka garis panduan dalam menyaring pemohon bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang baharu.
  • 22 Januari - Kuota rasmi haji untuk Malaysia dinaikkan kepada 31,600 jemaah berbanding 30,200 jemaah sebelum ini.
  • 23 Januari - 4 Individu yang dimasukkan ke was pengasingan di sebuah hospital masing-masing 2 di Sabah dan 2 di Selangor pada 22 Januari lalu kerana disyaki dijangkiti Koronavirus telah disahkan negatif.
  • 24 Januari
    • Harga runcit petrol RON97, turun sebanyak empat sen daripada RM2.53 sen seliter kepada RM2.49 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 serta RM2.18 seliter, hingga 31 Januari.[12]
    • Perdana Menteri Mahathir Mohamad dalam ucapan tahun baru cina mengingatkan rakyat bahawa negara ini tidak akan maju, aman dan tenang seperti sekarang jika terdapat konflik perkauman yang berpanjangan.
  • 25 Januari
  • 26 Januari
    • Penularan wabak COVID-19 masih belum ditahap kritikal sehingga kerajaan perlu mengeluarkan sekatan perjalanan ke atas Pelancong China.
    • Tabung Haji (TH) akan menanggung kos bayaran visa 300 Riyal Saudi bersamaan kira-kira RM326 yang perlu dibayar bakal jemaah haji bermula musim haji.
  • 27 Januari - Kerajaan menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat daripada Wuhan, Hubei, China berkuatkuasa serta-merta.
  • 28 Januari - Polis membongkar aset bernilai lebih RM360 juta milik sindiket pengedaran dadah jenis kokain yang pernah ditumpaskan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) tahun lalu.
  • 29 Januari
    • Kementerian Pengangkutan akan meminda 3 Seksyen iaitu Seksyen 41, Seksyen 44 dan Seksyen 45 dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu dibawah pengaruh alkohol dan dadah.
    • Kerajaan Malaysia akan mengadakan rundingan dengan Kerajaan China untuk membawa pulang 78 rakyat negara ini yang berada di Wuhan, China susulan penularan wabak COVID-19.
  • 30 Januari - 25,000 Kertas Siasatan dilengkapkan membabitkan pelbagai kes penipuan di negara ini dengan kerugian RM6.2 billion sepanjang tahun lalu.
  • 31 Januari - Bahasa Inggeris akan digunakan semula untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah.[14]

Februari

Mac

April

  • 1 April
    • Astro Wah Lai Toi, Astro Wah Lai Toi HD dan Astro AOD 363 telah rasmi penyiaran menamat.
    • Astro akan diberi nafas baru dengan nombor saluran yang ditukar dengan mengutamakan siaran High Definition (HD) bagi sesebuah saluran diikuti dengan siaran Standard Definition (SD).
    • Radio Televisyen Malaysia (RTM) meraikan ulang tahun ke-74.[40]
    • Orang ramai dibenarkan keluar untuk membeli barang dalam jarak 10 kilometer (10km) sahaja.
    • 2,359 Sukarelawan tawar khidmat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tangani COVID-19 dan ditempatkan di fasiliti kesihatan dekat rumah mereka.
  • 2 April
  • 3 April
  • 4 April - Kerajaan sedia laksana Pakej Rangsangan Ke-3 jika ada keperluan miliki ruang fiskal.
  • 5 April
  • 6 April - TV Pendidikan dilancarkan semula selepas 12 tahun.[43][44]
  • 7 April - Pakar Kesihatan Awam menyokong Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan.
  • 8 April - Malaysia diiktiraf sebagai perkhidmatan kesihatan terbaik di dunia.
  • 9 April - Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Charles Hay mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Putrajaya, antara lain untuk membincangkan mengenai kesan krisis COVID-19.[45]
  • 10 April - Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa perintah kawalan pergerakan dilanjutkan selama dua minggu lagi hingga 28 April.[46]
  • 11 April - Kebenaran operasi kedai gunting rambut akan diteliti semula selepas mengambil kira reaksi rakyat terhadap isu itu.
  • 12 April
    • Anugerah MeleTOP ERA 2020 (AME 2020) ditunda berikutan pandemik COVID-19.
    • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melaksanakan skim harga maksimum bagi memantau aktiviti peniaga.
    • Kelonggaran operasi sektor terpilih boleh menghalang ekonomi lebih teruk.
  • 13 April - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Pertama dan Kedua berjaya landai lengkuk draf COVID-19.
  • 14 April - Malaysia cadang Pelan Pemulihan Ekonomi ASEAN pasca COVID-19.
  • 15 April - Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) & Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dibatalkan, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) & Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ditunda.
  • 16 April - Bank Dunia sambut baik cadangan malaysia bagi memperkukuhkan komuniti ekonomi ASEAN.
  • 17 April - 5 Sindiket edar dadah tumpas sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan.
  • 18 April
  • 19 April - Trend penurunan kes COVID-19 membuktikan tindakan kerajaan perkenal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kuarantin wajib tepat.
  • 20 April
  • 21 April
  • 22 April
    • Saluran TV terkemuka, TV9 meraikan ulangtahunnya ke-14.
    • Malaysia berada di tangga ke-101 dalam kalangan 180 negara tersenarai dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2020, mengikut laporan Reporters Without Borders (RSF). Malaysia mendahului senarai negara berjaya memperbaiki kedudukannya dengan 22 anak tangga, diikuti Maldives yang kini berada di tangga ke 79.[48]
  • 23 April
    • Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa perintah kawalan pergerakan dilanjutkan selama dua minggu lagi hingga 12 Mei.
    • Prosiding perbicaraan mahkamah dibuat secara langsung menerusi dalam talian bagi membolehkan orang ramai mendapat akses kepada keadilan.[49]
  • 24 April
    • Astro telah menambah satu saluran satelit: GO Shop HD.
    • Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) akan disusun semula susulan pandemik COVID-19.
  • 25 April
  • 26 April - Lebih 100,000 orang mohon permit pergerakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
  • 27 April
  • 28 April - Syarikat dan sektor terpilih yang diluluskan boleh beroperasi sepenuhnya tanpa sekatan masa.
  • 29 April
  • 30 April - Putrajaya, Kuala Lumpur, sebahagian Selangor, Pulau Pinang dan Perak mengalami gegaran susulan gempa bumi sederhana yang berlaku di utara Sumatera, Indonesia.[51]

Mei

  • 1 Mei - Kementerian Pembangunan Luar Bandar melantik lima pengerusi bagi agensi di bawahnya.[52]
  • 2 Mei
    • Kerajaan Sarawak perlu diteliti untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
    • Tindakan tegas kepada yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuatkuasa walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.
  • 3 Mei - Koperal Safwan Muhammad Ismail maut akibat parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki yang disyaki di bawah pengaruh alkohol.[53]
  • 4 Mei
    • Kos Saringan COVID-19 adalah wajib, Pekerja Asing perlu ditanggung majikan.
    • Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mula dibayar.
  • 5 Mei - Kadar Faedah Pinjaman turun terendah dalam 10 tahun.
  • 6 Mei - Tiada caj tambahan ke atas ansuran pinjaman sewa beli semasa tempoh moratorium.
  • 7 Mei - Usul undi percaya kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad ditolak Speaker Dewan Rakyat.
  • 8 Mei - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020.
  • 9 Mei - Sejuta Pekerja dijangka hilang pekerjaan di Malaysia tahun ini.
  • 10 Mei
    • Sambutan Perayaan dibenarkan, namun had maksimum 20 orang.
    • Kerajaan lanjutkan tempoh rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sehingga 31 Mei ini.
  • 11 Mei
    • Garis Panduan Pengurusan Sekolah Pasca PKP dimuktamadkan.
    • Pandemik COVID-19 di Malaysia: Jangkitan COVID-19 Dalam komuniti semakin berkurangan.
    • Kerajaan pertimbang kenakan larangan bawa anak ke premis tempat Awam.
  • 12 Mei
  • 13 Mei
    • Kaunter Perkhidmatan Kerajaan dibuka semula libat 70% Kakitangan.
    • Kunjungan Ziarah sempena Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai dihadkan.
  • 14 Mei
    • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan Kluster baharu Madrasah di Solok Doku.
    • Anak Tiri Najib Razak dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan pengubahan wang haram dana 1MDB.
  • 15 Mei
    • Individu yang ingin mencuba rentas negeri boleh dihukum.
    • Peneroka Felda, Felcra terima Bantuan Khas Aidilfitri RM300 bermula 18 Mei.
  • 16 Mei
  • 17 Mei
  • 18 Mei
    • Yang Di-Pertuan Agong bertitah supaya jangan heret negara ke kancah politik sekali lagi.
    • Kenderaan terus meningkat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bimbang rentas negeri akan mengakibatkan Kes COVID-19 meningkat kembali.
  • 19 Mei
    • Polis dan ATM melakukan rondaan ke kawasan rumah sempena sambutan Aidilfitri bagi memastikan SOP Ziarah dipatuhi.
    • Pandemik COVID-19 di Malaysia: Malaysia mencatatkan 37 kes COVID-19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,978 kes. Dari 37 kes, dua ialah kes import sementara 35 adalah transmisi tempatan, di mana 22 adalah bukan rakyat Malaysia, menjadikan jumlah kes aktif menjadi 1,218.[55]
  • 20 Mei - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Mohd Ali Mohamad dan personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara.[56]
  • 21 Mei - Hanya lebih 150,000 ribu kenderaan dijual di seluruh negara.
  • 22 Mei
  • 23 Mei
  • 24 Mei - Ibu serta 2 anak maut manakala 2 lagi disahkan melecur dalam kebakaran di Sabah.
  • 25 Mei - Seorang kakitangan Alam Flora dalam perjalanan untuk bertugas syif malam maut dilanggar seorang pemandu dipercayai mabuk dalam kemalangan di jalan Kuantan By-Pass, kira-kira jam 9.40 malam.[59]
  • 26 Mei - Kerajaan tidak akan tunduk kepada kumpulan yang bantah penahanan dan saringan kesihatan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
  • 27 Mei - Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di semua IPT secara dalam talian sehingga 31 Disember ini.
  • 28 Mei - Berlaku pelucutan keahlian lima orang pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) iaitu Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah kerana melanggar perlembagaan parti.[60][61]
  • 29 Mei
    • Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan pendirian bahawa beliau masih menjawat jawatan Pengerusi BERSATU walaupun sudah dilucutkan keahlian.
    • Ahli-Ahli BERSATU yang dilucutkan keahlian tidak perlu dibawa ke lembaga disiplin.
    • Pandemik COVID-19 di Malaysia :
      • Kluster baharu membabitkan syarikat pembersihan dikesan.
      • Tiada kes kematian dilaporkan selama tujuh Hari berturut-turut.
  • 30 Mei
  • 31 Mei
    • Sambutan Hari Pesta Kaamatan 2020.
    • Kerajaan memperkenalkan MySejahtera Check-in bermula 2 Jun.

Jun

  • 1 Jun
  • 2 Jun
    • Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 perlu dilanjutkan sekiranya banyak sektor dibuka.
    • Mahkamah Tinggi telah menetapkan 27 Julai bagi pengurusan kes pengubahan wang haram Najib Razak membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd.
  • 3 Jun - Kaedah Bil Prorata jamin pengguna tidak boleh dicaj berlebihan.
  • 4 Jun
  • 5 Jun - Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) telah dilancarkan oleh Kerajaan untuk menjana ekonomi negara.[64]
  • 6 Jun - Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan Wan Zulkiflee Wan Ariffin sebagai Pengerusi Penerbangan Malaysia dan Tengku Muhammad Taufik Aziz sebagai CEO baru Petronas berkuatkuasa 1 Julai 2020.[65]
  • 7 Jun
  • 8 Jun - Yang Di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar rakyat malaysia kekalkan perpaduan dan kemakmuran negara.
  • 9 Jun - Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman daripada semua 46 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah.
  • 10 Jun
    • Sekolah akan dibuka semula bermula pada 24 Jun melibatkan Pelajar Peperiksaan Awam.
    • Pandemik COVID-19 di Malaysia:
      • Hanya 2 kes baharu dan 1 kematian dilaporkan.
  • 11 Jun - Malaysia mengumumkan tidak akan menghantar jemaah untuk menunaikan ibadat haji susulan pandemik COVID-19.[67]
  • 12 Jun - Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.
  • 13 Jun - Ahli politik dan Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat, Daroyah Alwi mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat selepas mendakwa hilang kepercayaan terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.[68]
  • 14 Jun - Pengarah Jabatan MBSA disyaki lindungi premis haram di Sungai Buloh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • 15 Jun
    • Prasekolah, Tadika dibuka semula bermula 1 Julai.
    • Kadar Pengangguran Negara melonjak kepada lebih 778,000 orang iaitu tertinggi sejak 1987.
  • 16 Jun
    • Mahkamah Tinggi mengarahkan Isa Samad untuk membela diri berhubung 9 tuduhan kes rasuah bernilai RM3 Juta.
    • Pameran Malaysia Autoshow 2020 ditunda ke 2021 susulan pandemik COVID-19.[69]
  • 17 Jun - Mesyuarat Seminar Kursus dibenarkan dengan maksimum 250 Peserta.
  • 18 Jun
  • 19 Jun - Kerajaan buka pintu sempadan secara bersyarat antara Rakyat Singapura dan Brunei.
  • 20 Jun
    • 4 Juta Pengguna nikmati elektrik percuma bagi April, Mei dan Jun 2020.
    • Pilihan raya kecil Chini 2020:
      • Pertembungan antara seorang Calon Barisan Nasional dan 2 Calon Bebas.
  • 21 Jun - Hanya kerana wang, Tekong sanggup gadai kedaulatan tanah air.
  • 22 Jun - RUU COVID-19 dijangka dibentangkan dalam parlimen dan dikuatkuasakan mulai September 2020.
  • 23 Jun - Malaysia mengetuai inisiatif 171 Negara di PBB untuk menyokong rayuan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres untuk gencatan senjata global semasa pandemik COVID-19.
  • 24 Jun
  • 25 Jun - Berita RTM ialah saluran televisyen percuma di Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).[70] Stesen ini majlis pelancaran rasmi sepenuhnya bermula umum secara nasional sebagai stesen televisyen terestrial kerajaan digital bersiaran percuma nasional selama 24 jam pertama di Malaysia yang dipancarkan dalam definisi tinggi (HD) memulakan siaran rasmi dengan rancangan Pelancaran Saluran Berita RTM mula tepat sejak sekitar jam 7:45 malam hingga 8:00 malam Waktu Piawai Malaysia dalam masa 15 minit sehingga pelancaran rasmi ini rancangan pertama yang disiarkan adalah Berita Perdana mula tepat sejak sekitar jam 8:00 malam hingga 9:00 malam Waktu Piawai Malaysia dalam masa 1 jam dan bersiaran menerusi MYTV saluran 123.[71][72] Ia menyiarkan berita khusus merangkumi hal ehwal semasa dan bual bicara yang dipancarkan dalam definisi tinggi (HD). Majlis pelancaran Berita RTM telah rasmi majlis pelancaran oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah[73] sebagai sebahagian daripada inisiatif Putrajaya untuk menentang apa yang disebut "berita palsu".[74][75]
  • 26 Jun
    • Sidang Kemuncak ASEAN ke-36 berlangsung.[76]
    • Sub-Sektor Pelancongan dibuka semula bermula 1 Julai.
  • 27 Jun
    • 7 Suspek ditahan kes culik dan bunuh ahli perniagaan bergelar Datuk Seri.
    • Sempadan Malaysia - Singapura dibuka secara berperingkat.
  • 28 Jun - Hanya bank boleh menentukan keputusan lanjutan moratorium.
  • 29 Jun
  • 30 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan kertas siasatan kes kematian pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.[77]

Julai

  • 1 Julai
  • 2 Julai - Diskaun bil elektrik dilanjutkan sehingga akhir hujung tahun ini bagi menghadapi cabaran tangani COVID-19.
  • 3 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam 32 saksi tambahan berkaitan kes rasuah terowong dasar laut.
  • 4 Julai
    • Pilihan raya kecil Chini 2020:
      • Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain menang 13,872 undi menewaskan 2 Calon bebas.
    • Syarikat penerbangan harus mencari penyelesaian komersil bagi memastikan harga tiket penerbangan kembali kepada harga asal sebagaimana sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
  • 5 Julai
    • Malaysia masih belum memutuskan untuk membuka semula sempadan antarabangsa kepada pelancong asing.
    • Kanak-Kanak Lelaki berusia 3 tahun maut tercekik biji rambutan di Kampung Belakang Masjid.
  • 6 Julai
  • 7 Julai - Perasmian Hari Peneroka Felda 2020 Peringkat Kebangsaan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di MRSM Felda, Felda Trolak, Sungkai, Perak.[80]
  • 8 Julai - Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata tiada acara perbarisan diadakan buat masa ini susulan pandemik COVID-19.
  • 9 Julai
  • 10 Julai
    • 'Malaysia Prihatin' dipilih sebagai tema bagi Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2020.[82]
    • Music Rights Malaysia (MRM) dibubarkan secara rasmi.[83]
  • 11 Julai
    • Sibu, Sarawak menjadi lokasi sambutan Hari Malaysia 2020.[84]
    • Ekonomi negara tunjuk pemulihan memberangsangkan, Kelompok golongan B10 akan dibantu segera kerajaan.
  • 12 Julai
    • Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengusulkan tukar Speaker, Timbalan Speaker di Dewan Rakyat esok.
    • Tiada lagi aktiviti mewah membabitkan pegawai PDRM dibenarkan.
  • 13 Julai
    • Azhar Azizan Harun, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat baharu menggantikan Mohamad Ariff Md Yusof.
    • Pakej bantuan rakyat tidak dibentangkan di parlimen kerana situasi mendesak.
  • 14 Julai
    • Kerajaan akan wujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) bagi memperkasa pembangunan sosio-ekonomi bumiputera.
    • Malaysia dan Singapura membenarkan rentas sempadan secara bersyarat.
    • Selangor menguatkuasakan larangan merokok, vape dan minum arak di taman permainan dan rekreasi. Kompaun RM1,000 untuk satu kesalahan.
  • 15 Julai
    • Akta 333 (Pindaan) Akta Pengangkutan Jalan iaitu penjara 20 tahun dan denda RM150,000 akan dibentang ke kabinet.
    • Yuran asrama perkhidmatan (IPTA) dikurangkan sehingga 15% peratus.
    • 1,000 Tong Sisa Toksik ditemui di Sijangkang, Klang.
  • 16 Julai
  • 17 Julai
  • 18 Julai
    • Kempen Beli Barangan Malaysia bantu kukuh ekonomi domestik.
    • Lagi perbuatan keji hina jata negara, kali ini dicetak pada pelapik kasut.
  • 19 Julai
    • 110 Kontena Sisa Toksik dibawa masuk dari Romania ditinggalkan Di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).
    • Kerajaan tidak pernah menyatakan akan iktiraf UTC.
  • 20 Julai
  • 21 Julai
    • Rakyat Malaysia, Warga Asing pulang dari luar negara wajib jalani saringan di pusat khas.
    • Kerajaan beri jaminan tiada kenaikan tarif air.
  • 22 Julai
    • Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM1.69 bilion selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.[87]
    • M. Sugu didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, S. Pavithra.[88]
    • Penyedia televisyen satelit, Astro didenda oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana mengulang siar dokumentari "Murder in Malaysia" terbitan Al Jazeera.[89]
  • 23 Julai - Penerbit Filem, Saluran Tradisi dan Media Sosial perlu mohon Lesen Pengeluaran Filem & Surat Pengakuan Penggambaran.
  • 24 Julai - Pengguna Media Sosial bebas hasilkan kreativiti guna platform sedia ada.
  • 25 Julai - Pasangan YouTuber, Sugu Pavithra memadamkan semua klip video masakan mereka.[90]
  • 26 Julai - Kerajaan mengumumkan akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika kes COVID-19 kembali meningkat.[91]
  • 27 Julai - Pergerakan rentas antara negeri dan daerah sempena aidiladha dibenarkan.
  • 28 Julai
    • Mahkamah Tinggi mensabitkan Bekas Perdana Menteri Najib Razak atas kesemua tujuh mahkamah atas tuduhan salahguna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah, menjadikan Perdana Menteri Malaysia pertama yang disabitkan kesalahan rasuah, dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.[92]
    • Awesome TV memulakan ujian transmisi sehingga siaran pecubaan mula tepat sejak sekitar jam 12:00 tengahari Waktu Piawai Malaysia dengan siaran 12 jam dari 12:00 tengahari hingga 12:00 tengah malam setiap hari dan menyiarkan rasmi video muzik golongan muda dan remaja bahasa Malaysia/Melayu dan Inggeris sebelum 6 hari dari 28 Julai 2020 hingga 2 Ogos 2020.
  • 29 Julai - Bekas Perdana Menteri Najib Razak telah membayar jaminan tambahan RM1 juta yang perlu dikemukakannya dalam kesnya membabitkan RM42 juta dana bekas unit 1MDB SRC International Sdn Bhd.
  • 30 Julai
  • 31 Julai
    • Harga minyak diesel naik 1 sen sementara RON95 dan RON97 kekal.[93]
    • Aidiladha disambut dengan norma baharu penuh keinsafan dan pengertian besar.

Ogos

September

Oktober

  • 1 Oktober - Mahadi Che Ngah dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-13, menggantikan Nor Hisham Ahmad Dahlan yang bersara wajib.[141]
  • 2 Oktober - Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) menangguhkan pendaftaran secara fizikal dan bersemuka terhadap pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bagi kemasukan Oktober 2020.
  • 3 Oktober - Jangkitan COVID-19 masih terkawal - PM.
  • 4 Oktober - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Alor Setar, Kedah berkuat kuasa mulai esok.
  • 5 Oktober - PM dan Menteri hadiri Mesyuarat MKN dikuarantin, termasuk seorang positif COVID-19.
  • 6 Oktober - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di 3 daerah negeri Sabah bermula esok.
  • 7 Oktober - Piala Malaysia 2020 ditunda berikutan pandemik COVID-19.[142]
  • 8 Oktober - Ratusan syarikat dikesan melibatkan Sindiket Cuci Duit yang dikaitkan beberapa selebriti tanah air.
  • 9 Oktober
  • 10 Oktober - Stesen TVS bersiaran awal melalui penyedia TV satelit berbayar, Astro, di saluran 122 sempena hari kelahiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak sebelum dirasmikan pada keesokan malamnya pada 11 Oktober 2020.
  • 12 Oktober
    • TVS menyiarkan berita terbitan sendiri iaitu Utama TVS. Program berita waktu perdana itu disiarkan secara langsung dari LG12, Lower Ground Floor, Mall 2, CityOne Megamall, No. 1, Jalan Song, 93350 Kuching, Sarawak.
    • Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dikuatkuasakan bermula 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  • 13 Oktober - Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengadap Yang di-Pertuan Agong.[145]
  • 14 dan 15 Oktober - 15 kawasan di Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan paip air pecah di Jalan Bukit Raja, Klang.[146]
  • 20 Oktober - Bekas model, Coco Siew Zhi Shing maut ketika menjalani prosedur liposuction di sebuah pusat kecantikan tidak berlesen di Kuala Lumpur.[147]
  • 23 Oktober - Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengadap Yang di-Pertuan Agong di Kuantan, Pahang.[148]
  • 27 Oktober - Kapal pelantar, MV Dayang Topaz karam, dua orang anak kapal maut, 185 selamat.[149]
  • 31 Oktober - Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terjejas dalam kejadian gempa bumi di Greece.[150]

November

Disember

Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia

Tema Hari Kebangsaan

Malaysia Prihatin

Perarakan Hari Kebangsaan

Sambutan Hari Malaysia

Sukan

  • 7 - 12 Januari - Badminton Malaysia Masters 2020
  • 22 - 25 Februari - Le Tour de Langkawi ke-25 2020
  • 8 - 13 September - Sepak Takraw League Division 1 (STL Division 1)
  • 18 September - 31 Disember - Sepak Takraw League Premier (STL Premier)

Kematian

Januari

  • 1 Januari – Peter Lo Sui Yin – ahli politik[176]
  • 22 Januari - Lok-U - komposer, pengarah muzik
  • 22 Januari - Abdul Aziz Abdul Rahman - bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines
  • 29 Januari - Kesuma Booty - pemuzik, pengasas Booty Boys Studio
  • 31 Januari - Toh Puan Uma Sambanthan - isteri kepada mendiang bekas menteri dan Presiden MIC, Tun V.T Sambanthan

Februari

  • 2 Februari - Razaman Abdullah (Jozie) - penyampai radio ERA Terengganu
  • 10 Februari - Abam Bocey - pelakon, pelawak, pengacara
  • 10 Februari - Dr Omar Othman - ahli politik, bekas ADUN dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang
  • 18 Februari - Ashraf Sinclair - pelakon, pengacara, model
  • 18 Februari - Ab Jalil Long - usahawan, pengasas kicap Jalen

Mac

  • 1 Mac - Shafie Ahmad (Pak Long) - penyanyi[177]
  • 7 Mac - Zahri Mohd Nor - Suami kepada pelakon veteran, Rubiah Suparman
  • 18 Mac - Myanaliza Ruslee - penyanyi dan pelakon yang dikenali dengan nama pentas, Maya Matahari
  • 30 Mac - Mohd Rashdan Baba - ahli akademik, mantan Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia yang pertama dan Tokoh Akademik Negara 2013
  • 31 Mac - Tan Aik Mong - legenda badminton negara

April

  • 5 April - Ustazah Shadiya Abbas - pendakwah bebas
  • 11 April - Muid Latif - artis seni visual
  • 20 April - Farit Ismeth Emir (Pak Ngah) - bekas penyampai berita TV Radio Televisyen Malaysia
  • 23 April - Mohd Filus Ghazali - ahli sinematografi

Mei

Jun

Julai

  • 10 Julai - Dino Menara - penyanyi, vokalis kumpulan Menara

Ogos

  • 11 Ogos - Aksan Abu Bakar - bapa kepada pelakon dan pengarah, Afdlin Shauki
  • 14 Ogos - Tengku Sulaiman Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah - Tengku Sri Laksamana Raja Terengganu
  • 15 Ogos - Yusof Kelana - pengarah filem
  • 15 Ogos - Abu Bakar Juah - pelakon
  • 16 Ogos - Abdul Rahman Arshad - bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan dan Pro Canselor UiTM
  • 23 Ogos - Eddy Malmsteen - gitaris
  • 26 Ogos - Amran Kasimin - Penulis, pensyarah, pengamal perubatan Islam

September

Oktober

  • 1 Oktober - Zulkarnain Hassan - pengulas sukan
  • 2 Oktober - Liew Vui Keong - bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)
  • 8 Oktober - Paimuzi Yahya - Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • 15 Oktober - Tengku Merjan binti Almarhum Sultan Yahya Petra - Bonda Tengku Temenggong Kelantan
  • 16 Oktober - Ting Pek Khiing - pemaju hartanah
  • 16 Oktober - Abdul Aziz Shamsuddin - bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah
  • 17 Oktober - Hamzah Hassan - Bapa penyampai radio ERA Haniff Hamzah
  • 17 Oktober - Shaik Sulaiman Ismail - Bapa mentua Noryn Aziz
  • 20 Oktober - Abdul Moin Abdul Ghani - Bapa kepada penyanyi dan pelawak Ieda Moin
  • 20 Oktober - Mohd Shah Alias Mohd Norbit - Legenda bolasepak kebangsaan era 70an
  • 20 Oktober - Dr Harjit Singh - Ikon kriket negara
  • 23 Oktober - Ir Mohd Mazlan Md Ismail - pewakaf hartanah
  • 25 Oktober - Noorzain Tawi - Setiausaha sulit Ketua Menteri Sabah
  • 29 Oktober - Salleh Ben Joned - penulis dan pemuisi
  • 29 Oktober - Alex Ong - penceramah politik bebas

November

  • 8 November - Mohamad Bakar - bekas pemain bolasepak kebangsaan
  • 12 November - Kapten Khairi Mohamad - perintis penerbangan awam Malaysia
  • 14 November - Zaleha Ismail - mantan Menteri Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat
  • 16 November - Hasbullah Osman - mantan Ahli Parlimen Gerik, Hulu Perak, Perak
  • 17 November - Manis Muka Mohd Darah - mantan ADUN Bugaya, Semporna, Sabah
  • 17 November - Baharom Mahusin - Ketua Pengarang Sinar Harian
  • 18 November - Mokhtar Hashim - bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
  • 18 November - Khalid Abdullah - Tokoh politik Kedah dan veteran UMNO
  • 19 November - Amith Abidin - Pengarah dan penulis skrip
  • 20 November - Ruslan Mamat - Komposer dangdut popular era 1990-an
  • 21 November - Hamdan Atan @ A. Ali - pencipta lagu
  • 21 November - Nor Affendi Nordin @ Pak Lah Cecupak - pelakon dan pelawak
  • 24 November - Koperal Baharuddin Ramli - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3, Bidor, Perak
  • 27 November - Zainul Abadin Mat Akhir - Bapa pelakon Ummi Nazeera

Disember

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.