ahli politik Malaysia dari Kedah From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir (lahir 25 November 1964) ialah anak kelima mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Antara 2009 dan 2013, beliau menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Selepas Barisan Nasional menguasai Kedah pada pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kedah ke-11 pada 6 Mei 2013.[2] Pada 3 Februari 2016, beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.[3] Selepas Pakatan Harapan menguasai Kedah pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kedah ke-13 pada 11 Mei 2018 sehingga peletakan jawatan beliau pada 17 Mei 2020.
Mukhriz Mahathir SJMK (Kel); DMK, SPMK (Kdh); DGSM (Mel); DHMS (Kdh); DIMP (Phg); DSNS (NS); SSS, JP (Kdh); AP; ADUN | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Jerlun, Kedah | |
Dalam jawatan 9 Mei 2018 – 19 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Othman Aziz |
Digantikan oleh | Abdul Ghani Ahmad |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Abdul Rahman Ariffin |
Digantikan oleh | Othman Aziz |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Jitra | |
Dalam jawatan 9 Mei 2018 – 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Aminuddin Omar |
Digantikan oleh | Haim Hilman Abdullah |
Presiden Parti Pejuang Tanah Air | |
Memegang jawatan 8 Julai 2021 | |
Pengerusi | Mahathir Mohamad |
Timbalan | Marzuki Yahya |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Menteri Besar Kedah | |
Dalam jawatan 11 Mei 2018 – 17 Mei 2020 | |
Sultan | Sultan Sallehuddin |
Didahului oleh | Ahmad Bashah Md Hanipah |
Digantikan oleh | Muhamad Sanusi Md Nor |
Dalam jawatan 6 Mei 2013 – 3 Februari 2016 | |
Sultan | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah |
Didahului oleh | Azizan Abdul Razak |
Digantikan oleh | Ahmad Bashah Md Hanipah |
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |
Dalam jawatan 3 November 2016 – 28 Mei 2020 | |
Pengerusi | Mahathir Mohamad |
Presiden | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Naib Presiden | Ab Rashid Ab Rahman Abdul Rashid Asari Hamidah Osman (2016-2017) |
Digantikan oleh | Ahmad Faizal Azumu |
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia | |
Dalam jawatan 10 April 2009 – 3 April 2013 | |
Perdana Menteri | Mohd Najib bin Abdul Razak |
Didahului oleh | Liew Vui Keong |
Digantikan oleh | Hamim Samuri |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah untuk N4 Ayer Hitam | |
Dalam jawatan 5 Mac 2013 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Abd. Ghani Ahmad |
Digantikan oleh | Azhar Ibrahim |
EXCO Pemuda UMNO | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Mukhriz bin Mahathir 25 November 1964 Alor Setar, Kedah, Malaysia |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Kerakyatan | Melayu |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO (sehingga 2016) PH-PPBM (2016 - 2020) Parti Pejuang Tanah Air (2020–kini) |
Pasangan | To' Puan Seri Utama[1] Norzieta Zakaria (k. 1993) |
Anak-anak | 4 (Meera Alyanna binti Mukhriz) |
Ibu bapa | Mahathir Mohamad (Bapa) Siti Hasmah Mohamad Ali (Ibu) |
Saudara | Marina (Kakak) Mirzan (Abang) Melinda (Kakak) Mokhzani (Abang) Maizura (Adik) Mazhar (Adik) |
Kediaman | Bukit Tunku, Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Dewan Rakyat |
Profesion | Ahli perniagaan |
Anugerah | Senarai |
Laman web rasmi | Mukhriz Fan Club |
Pada tahun 2004, beliau telah menang besar selepas mendapat undian tertinggi untuk salah satu jawatan tertinggi UMNO[4][5] dan seterusnya telah mendapat jawatan tersebut. Beliau juga dilihat sebagai seorang calon yang berpotensi untuk menjadi Naib Presiden Bahagian Pemuda UMNO. Tetapi, beliau menarik diri daripada pencalonan.[6] Abang beliau, Mokhzani juga seorang yang bergiat aktif dalam UMNO.
Beliau secara berterusan bercakap bagi pihak bapanya mengenai isu perbalahan antara bapanya dan Abdullah Ahmad Badawi.[7][8] Pada 2006, beliau telah menang majoriti lima undi di dalam pemilihan UMNO Bahagian Kubang Pasu. Beliau mempertahankan bapanya yang telah kalah di dalam pemilihan tersebut dengan mengatakan bahawa terdapat konspirasi yang mahu menjatuhkan bapanya.[9]
Namun begitu, dalam pilihan raya umum 2008, beliau bertanding untuk kerusi Parlimen Jerlun (P005).[10][11] Sebelum ini, beliau telah menawarkan diri untuk bertanding kerusi Parlimen Langkawi, tetapi keinginannya telah dibantah oleh 85 daripada 91 cawangan UMNO di Langkawi.[12] Tetapi kemudian, banyak pemimpin di Langkawi menyokongnya. Berbeza pula dengan UMNO bahagian Jerlun yang mengalu-alukan beliau untuk bertanding kerusi Parlimen dan mereka berjanji untuk memberi sokongan penuh dalam pilihan raya akan datang.[13]
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau bertanding dengan menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding untuk kawasan parlimen Jerlun, Kedah. Beliau telah memenangi pertandingan tersebut dengan mendapat undi sebanyak 19,424. Calon lawan beliau ialah Idris Bin Ahmad daripada parti PAS dengan undian sebanyak 17,219. Peratus pengundi yang keluar ialah 99.8% manakala undi rosak sebanyak 599.
Pada pilihan raya 2013, Mukhriz melepaskan kerusinya di parlimen persekutuan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam. Langkah itu diambil dengan tujuan untuk menjadi Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional boleh mengalahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Azizan Abdul Razak. Mukhriz memenangi kerusi Ayer Hitam mengalahkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sekaligus merampas semula kerajaan negeri Barisan Nasional, dan Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 6 Mei, sehari selepas pilihan raya, di hadapan bapanya.[14] Pada 3 Februari 2016, beliau mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar selepas majoriti ADUN BN mengisytiharkan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.
Pada pilihan raya 2018, Mukhriz bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra. Mukhriz memenangi kerusi Jitra mengalahkan Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sekaligus membentuk kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH), dan Mukhriz mengangkat sumpah sebagai mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-13 di Istana Anak Bukit. Ini kali kedua Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah dengan yang pertama ketika bersama Barisan Nasional (BN) selepas parti itu merampas penguasaan negeri daripada PAS melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).[15]
Pada 17 Mei 2020, beliau telah mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah kerana kehilangan sokongan majoriti daripada ADUN.[16]
Pada hari Khamis 28 Mei 2020, Mukhriz bersama empat orang ahli BERSATU yang lain telah digugurkan keahlian masing-masing kerana keengganan duduk di bangku kerajaan malah duduk di bangku pembangkang ketika persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei.[17][18]
Beliau pergi ke Universiti Sophia, Tokyo pada tahun 1982, di mana beliau menerima ijazah sarjana muda dalam pengurusan perniagaan. Beliau kemudiannya menerima ijazah sarjana muda dalam pemasaran selepas menamatkan pengajian di Universiti Boston pada tahun 1987.[19][20]
Beliau banyak mengadakan hubungan perniagaan yang besar seperti Opcom Holdings,[21][22] Kosmo Tech[23] atau lebih dikenali sebagai Persatuan Francais Malaysia.[24] Selain itu, beliau juga berketurunan India Muslim dan pengarah eksekutif dalam Perdana Peace Global Foundation.[25]
Mukhriz berkahwin dengan Datin Paduka Norzieta Zakaria pada 14 November 1993,[26] dan mempunyai empat anak. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat vaksin kanser Malaysia, Bioven.[27]
Pada 27 Ogos 2020, Mukhriz mengesahkan anaknya, Meera Alyanna binti Mukhriz ditahan oleh polis di sebuah pub kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Beliau berkata, Meera Alyanna bagaimanapun sudah membayar kompaun RM1,000 atas kesalahan tersebut.[28] Pada 28 Ogos, Meera Alyanna memohon maaf.[29]
Tahun | Perlembagaan | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | N04 Ayer Hitam, P005 Jerlun. | Mukhriz Mahathir (UMNO) | 14,083 | 54.55% | Abdul Ghani Ahmad (PAS) | 11,637 | 45.07% | 26,200 | 2,446 | 88.61% | ||
2018 | N06 Jitra, P006 Kubang Pasu. | Mukhriz Mahathir (PPBM) | 18,852 | 55.03% | Aminuddin Omar (UMNO) | 8,003 | 23.36% | 34,252 | 10,849 | 83.00% | ||
Zulhazmi Othman (PAS) | 7,064 | 20.62% |
Tahun | Perlembagaan | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | P005 Jerlun, Kedah. | Mukhriz Mahathir (UMNO) | 19,424 | 53.01% | Idris Ahmad (PAS) | 17,219 | 46.99% | 37,242 | 2,205 | 81.83% | ||
2018 | Mukhriz Mahathir (PPBM) | 18,695 | 42.55% | Othman Aziz (UMNO) | 12,413 | 28.25% | 44,822 | 5,866 | 82.80% | |||
Abdul Ghani Ahmad (PAS) | 12,829 | 29.20% |
Mukhriz telah berkahwin dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Beliau juga menjawat jawatan Pengerusi bagi Bioven, sebuah badan pertubuhan vaksin bagi kanser.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.