From Wikipedia, the free encyclopedia
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan[1] (KPKT) adalah merupakan kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Menterinya masa kini adalah Tuan Nga Kor Ming.
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 9 Ogos 1955 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | No. 51, Persiaran Perdana, Precinct 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya |
Kakitangan | 17,238 (2018) |
Belanjawan tahunan | MYR 4,431,038,800 (2018) |
Menteri bertanggungjawab | |
Timbalan menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif kerajaan |
|
Laman sesawang | www |
Kementerian ini telah ditubuhkan pada 24hb. Mei 1964 dengan nama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Pada 18hb. Julai 1978, berikutan dengan penyusunan semula Kabinet, organisasi Kementerian telah diubah dan disusun semula dengan nama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Penubuhan ini adalah hasil cantuman di antara Kementerian Perumahan dan Kemajuan Perkampungan dengan Bahagian Kerajaan Tempatan yang sebelumnya terletak di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan.
Untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan agenda sosial dan penempatan manusia melalui program perumahan, perancangan dan kawalan pembangunan, perkhidmatan perbandaran dan landskap serta perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang cekap dan berkesan.
Pilihan Raya | Nama Kementerian | No. | Menteri | Parlimen | Parti | Tempoh | Perdana Menteri | Kabinet |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
PRU Malaya 1 (1955-1959) | Kementerian Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Bandar Malaysia | 1. | Allahyarham Sulaiman Abdul Rahman | Johor Bahru | PERIKATAN-UMNO | 1955-1957 | Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj | Kabinet Pertama |
portfolio dimansuhkan | - | - | - | - | 1957-1959 | |||
PRU-1 (1957-1964) | portfolio dimansuhkan | - | - | - | - | 1959-1964 | Kabinet Kedua | |
PRU-2 (1964-1969) | Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia | 2. | Mendiang Khaw Kai Boh | Ulu Selangor | PERIKATAN-MCA | 1964-1969 | Kabinet Ketiga | |
PRU-3 (1969-1974) | Portfolio dimansuhkan | - | - | - | - | - | Kabinet Keempat | |
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan | 3. | Mendiang Ong Kee Hui | Bandar Kuching | SUPP | 1970-1973 | Almarhum Tun Abdul Razak Hussein | Kabinet Pertama |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.