Media Mulia

syarikat Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Media Mulia Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Dilof) ialah sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran bahan bercetak Malaysia. Ditubuhkan pada 23 Ogos 2018 sebagai Dilof Sdn. Bhd., anak syarikat Utusan Melayu (M) Berhad, namanya telah ditukar kepada Media Mulia pada 9 Oktober 2019 lantaran 70 peratus kepentingan Dilof dijual kepada Aurora Mulia Sdn. Bhd.,[1] pemegang saham terbesar Media Prima Berhad, kumpulan media dan hiburan terbesar Malaysia.[2]

Fakta Segera Nama dahulu, Jenis/bentuk sah ...
Media Mulia Sdn. Bhd.
Nama dahuluDilof Sdn. Bhd. (2018–2019)
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriPenerbitan dan percetakan
PendahuluDilof
Ditubuhkan23 Ogos 2018; 6 tahun yang lalu (2018-08-23)
PengasasSyed Mokhtar Al-Bukhary
Ibu pejabatShah Alam, Selangor, Malaysia
Tokoh pentingSyed Mokhtar Al-Bukhary (Pengerusi)
Syarikat indukKumpulan Utusan 
Anak syarikatMedia Prima Berhad
Tapak webwww.mediamulia.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Media Mulia mengambil alih pengurusan Utusan Malaysia dan Kosmo! apabila kedua-dua akhbar berkenaan dihentikan penerbitan pada 9 Oktober 2019 akibat masalah kewangan yang dihadapi oleh Utusan.[3]

Sejarah

Sebelum dikenali sebagai Media Mulia, syarikat ini ditubuhkan pada 23 Ogos 2018 sebagai Dilof Sdn. Bhd. dan dimiliki oleh Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Abdul Aziz Sheikh Fadzir (adik bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir). Menurut pemfailan pertukaran Utusan sebelumnya, aktiviti utama Dilof sebelum dikenali sebagai Media Mulia ialah perniagaan iklan dan komunikasi di media digital atau di media lain, termasuk penyelesaian telekomunikasi, tanpa wayar, data, pengawasan artikel elektronik, GPS, video dan audio. Dilof dibeli oleh Utusan pada 26 Ogos 2018 sebelum Kumpulan Utusan dinyahsenarai dari Bursa Malaysia. Aurora Mulia yang dikaitkan dengan hartawan Syed Mokhtar Al-Bukhary memperoleh 70% kepentingan dalam Dilof daripada Utusan. Dilof bertukar nama kepada Media Mulia pada 9 Oktober 2019 susulan penutupan Utusan Malaysia dan Kosmo!.[perlu rujukan]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.