From Wikipedia, the free encyclopedia
Allahyarham Dato' Lela Maharaja Dato ' Haji Muhamad Sharip bin Haji Othman[1] (14 Ogos 1941 - 15 Mei 2024) ialah pembesar tempatan di Negeri Sembilan, Malaysia yang dipilih sebagai Dato' Undang Luak Rembau ke-21 dan berkhidmat selama 25 tahun.[2]
Muhamad Sharip Othman | |
---|---|
Yang Teramat Mulia Dato' Lela Maharaja | |
Dato' Undang Luak Rembau | |
Tempoh | 21 November 1998 - 15 Mei 2024 |
Kemahkotaan | 21 November 1998 |
Didahului oleh | Adnan bin Ma'ah |
Diikuti oleh | Abd Rahman Yassin |
Keputeraan | Kampung Waris Tebat, Chembong Kecil, Rembau, Negeri Sembilan, Malaya | 14 Ogos 1941
Kemangkatan | 15 Mei 2024 82) Balai Lela Sedia, Kediaman Rasmi Y.T.M Undang Luak Rembau | (umur
Pemakaman | Tanah Perkuburan Kampung Mungkal Sepri, Rembau, Negeri Sembilan |
Pasangan | Tok Puan Hajah Siti Ramalah binti Haji Yunus |
Anakanda | 5 |
Kerabat | Waris Jakun |
Ayahanda | Haji Othman bin Ibrahim |
Bonda | Terinah binti Ma'arof |
Agama | Islam |
Pekerjaan | Kakitangan awam Juruteknik Awam Pengurus Projek Syarikat |
Sebelum dimasyhurkan sebagai Undang Luak Rembau ke-21 pada 21 November 1998, beliau adalah seorang Orang Besar Undang yang bergelar Dato' Sedia Lela Utama (Dato' Shahbandar) Waris Godang iaitu gelaran yang terkanan di antara empat orang Orang Besar Undang. Beliau adalah dari keturunan Lela Maharaja Suku Biduanda, Waris Nan Dua Carak (Perut Tebat) yang telah dibulatkan oleh kerapatan adat Buapak Delapan Kampung yang menentukan 'lubuk' nya untuk giliran Penyandang Pusaka Undang Luak Rembau.[3]
Muhamad Sharip Othman dilahirkan pada 14 Ogos 1941 di Kampung Waris Tebat, Chembong Kecil, Rembau, merupakan keturunan Dato' Lela Maharaja Suku Biduanda, dari waris Nan Dua Carak (Perut Tebat). Beliau berketurunan Waris Jakun yang memegang gelaran Dato 'Lela Maharaja secara keturunannya. Keturunan mulia lain di Rembau adalah Waris Jawa yang memegang gelaran Dato' Sedia di-Raja.
Beliau dipilih dan ditabalkan sebagai Undang Rembau pada 21 November 1998. Walaupun secara rasmi dipilih oleh pembesar negeri, kedudukan Undang Rembau kebiasaan dipilih bersilih ganti antara dua keturunan tersebut.[4]
Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sepri, Rembau dan meneruskan pelajarannya di Sekolah Rendah Undang Rembau.
Selepas menamatkan pelajarannya di Sekolah Rendah Undang Rembau, beliau menyambung pelajaran menengah di Sekolah Menengah Undang Rembau.
Dalam bidang politik, beliau dipilih sebagai
Dalam bidang sosial, beliau telah dipilih:
Hasil perkahwinan dengan pasangannya Tok Puan Hajah Siti Ramalah binti Haji Yunus, beliau berdua dikurniakan 5 orang putera.
Istiadat ini berlangsung pada 25 Februari 1999 sehingga 27 Februari 1999 bersamaan 1 Zulkaedah 1419. Berikut merupakan aturcara Istiadat Mengadap:
10.00 pagi - Raptai
3.00 petang - Y.M. Dato' Undang Luak Rembau dengan rombongannya tiba di Rumah Telapakan Kampung Bukit Seri Menanti.
4.30 petang - Dato' Akhirzaman dan Dato' Penghulu Dagang memberitahu YM Dato' Undang Luak Rembau berkenaan dengan masa dengan cara Istiadat Mengadap.
5:00 petang - Istiadat menurunkan alat-alat kebesaran
9.30 pagi - Dato' Senara Muda (Ulu Muar) bersama-sama dengan Dato' Lela Raja (Jempol) tiba di Rumah Telapakan memberitahu rombongan Y.M. Dato' Undang Luak Rembau bersiap sedia untuk bertolak ke Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti untuk Istiadat Mengadap.
10.00 pagi - Dato' Akhirzaman tiba di Rumah Telapakan mempersilakan Y.M. Dato' Undang Luak Rembau ke Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti untuk Istiadat Mengadap Paduka Seri Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
10.30 pagi - Para jemputan khas tiba di Balairong Seri mengambil tempat masing-masing.
10.45 pagi - Ketibaan Y.A.B. Menteri Besar Negeri Sembilan serta Y.A.Bhg. Puan Seri Datin.
10.50 pagi - YM Dato' Undang Luak Rembau, Dato'-Dato' Lembaganya serta juak-juaknya tiba di Istana Besar Seri Menanti dan terus ke Balairong Seri.
10.55 pagi - Orang Empat Istana mempersilakan Paduka Seri Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan Tunku Puan Muda berangkat ke Balairong Seri.
11.00 pagi – Keberangkatan tiba Paduka Seri Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan Tunku Puan Muda ke Balairong Seri, Lagu Kebesaran Negeri dimainkan dan terus bersemayam di singgahsana.
– Dato' Bentara Kanan tampil menyeru Orang Empat Istana untuk Haluan Sembah.
– Upacara menyembahkan adat istiadat Y.M. Dato' Undang Luak Rembau kepada Paduka Seri Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
– Dato' Bentara Kanan menyeru Y.M. Dato' Undang Luak Rembau tampil mengadap.
– Majlis mengadap dimulakan.
– Paduka Seri Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus melafazkan Titah Kejadian.
– Y.M. Dato' Undang Luak Rembau menyembahkan taat setianya.
– Dato' Bentara Kanan menyeru Sahibus Samahah Dato' Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus membaca Doa Selamat.
– Orang Empat Istana mengadap Paduka Seri Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menyembah Istiadat Mengadap Menjunjung Duli bagi Y.M. Dato' Undang Luak Rembau tamat dengan sempurnanya.
12.10 tengah hari – Pengumuman keberangkatan pulang Paduka Seri Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan Tunku Puan Muda.
– Lagu Kebesaran Negeri
12.15 tengah hari – Pengumuman Y.M. Dato' Undang Luak Rembau, Y.M. Tok Puan, Dato'-Dato' Lembaga Luak Rembau, juak-juak meninggalkan Balairong Seri.
12.20 tengah hari – Pengumuman Y.A.B. Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus serta Y.A.Bhg. Puan Sri meninggalkan Balairong Seri.
12.25 tengah hari – Pengumuman ketibaan Y.A.B. Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus serta Y.A.Bhg. Puan Sri di Astaka untuk majlis makan tengah hari.
12.30 tengah hari – Pengumuman Y.M. Dato' Undang Luak Rembau dan Y.M. Tok Puan di Astaka untuk majlis makan tengah hari.
12.35 tengah hari – Keberangkatan tiba Paduka Seri Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan Tunku Puan Muda ke Astaka kerana Majlis Santapan Diraja.
– Lagu Kebesaran Negeri.
– Majlis Santapan Diraja dimulakan.
– Majlis Makan tengah hari.
– Paduka Seri Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan Tunku Puan Muda masuk ke Istana.
– Lagu Kebesaran Negeri
– Majlis bersurai.
Muhamad Sharip meninggal dunia di kediaman rasminya pada usia 83 tahun pada 15 Mei 2024 [5] dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Mungkal Sepri kira-kira 7.20 malam. Solat jenazah telah dipimpin oleh Mufti Negeri Sembilan, Dato' Dr. Faudzinaim Badaruddin selepas solat asar. [2]
Pembesar-pembesar negeri telah hadir memberi penghormatan terakhir. Antaranya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz; Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin; Undang Luak Sungai Ujong, Dato' Mubarak Dohak; Undang Luak Jelebu, Dato' Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Dato' Muhammad Abdullah; dan Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman; selain Menteri Besar, Aminuddin Harun dengan beberapa ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, ketua jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.