Aminuddin Harun
Menteri Besar Negeri Sembilan From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Aminuddin bin Harun (Jawi: أمين الدين بن هارون; lahir 2 Januari 1967) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan ke-11 sejak Mei 2018, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Sikamat sejak Mac 2008 dan Ahli Parlimen (AP) bagi Port Dickson sejak November 2022. Beliau ialah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan dahulunya gabungan Pakatan Rakyat (PR). Beliau juga telah berkhidmat sebagai Naib Presiden PKR dan Ketua Bahagian PKR Port Dickson sejak Julai 2022, Pengerusi PH Negeri Negeri Sembilan sejak Ogos 2017 serta Pengerusi PKR Negeri Sembilan sejak 2014. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Bahagian PKR Tampin dari November 2018 hingga Julai 2022.[2]
Remove ads
Kehidupan awal dan pendidikan
Aminuddin bin Harun dilahirkan pada 2 Januari 1967 di Kampung Pachitan, berhampiran Chuah di Port Dickson. Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah, Port Dickson sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (kini UiTM) dalam bidang perniagaan.
Kerjaya awal
Mulai tahun 1991, Aminuddin berkhidmat selama lima tahun sebagai pegawai penyiasat di Agensi Pencegahan Rasuah (ACA, kini SPRM). Pada tahun 1995, beliau menyertai Golden Hope Furniture Sdn. Bhd. sebagai ketua pengurusan pengeluaran dan kemudiannya menyertai MCIS Safety Glass (M) Sdn. Bhd. pada tahun 1996 hingga 2008 sebagai Eksekutif Kanan merangkap ketua jabatan jualan, jawatankuasa pengurusan, panel penyiasatan dalaman serta juruaudit ISO/TS 16949:2002.
Remove ads
Kerjaya politik
Sebelum menyertai keADILan pada tahun 1999, beliau merupakan ahli UMNO dan pernah menjadi Setiausaha Bahagian Kampung Pachitan dari 1995 hingga 1998 serta Setiausaha Pemuda Bahagian Jimah dari 1997 hingga 1998.[3]
Selepas Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2018, Aminuddin telah menyerahkan surat daripada Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan untuk mencalonkan beliau sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan bagi penggal pertama serta membentuk kerajaan negeri yang baharu selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya dengan memperoleh majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan. Tiga hari selepas pilihan raya, Aminuddin dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan di Istana Besar, Seri Menanti, Kuala Pilah.[4]
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2022, Aminuddin telah dipilih sebagai Ahli Parlimen bagi Port Dickson.
Dalam Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2023, Aminuddin dilantik semula dan mengangkat sumpah sekali lagi sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua selepas memenangi pilihan raya dengan memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri bersama Barisan Nasional (BN). Beliau membentuk kerajaan campuran negeri bersama BN dengan melantik Pengerusi BN Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias, sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kanan iaitu jawatan setaraf Timbalan Menteri Besar, menjadikannya individu kedua paling berkuasa dalam kerajaan negeri serta tiga lagi ADUN BN sebagai Ahli EXCO.
Naib Presiden PKR
Dalam pemilihan parti PKR 2022, beliau telah dipilih sebagai Naib Presiden PKR dengan memperoleh 33,230 undi, jumlah undi keempat tertinggi dalam kalangan calon naib presiden.
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Anugerah
Malaysia :
Negeri Sembilan :
Dato' Seri Utama Setia Negeri Sembilan (S.U.N.S.) – Dato' Seri Utama (2024) [13]
Dato' Seri Setia Negeri Sembilan (S.S.N.S.) – Dato' Seri (2019) [14]
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
