Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Rahman bin Arshad (27 November 1936 – 16 Ogos 2020) merupakan seorang ahli akademik, pendidik dan diplomat Malaysia yang dikenali sebagai ikon pendidikan negara dan sebagai Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM).[1][2][3]
Abdul Rahman Arshad PSM; SPMS (Sel); SPDK (Sbh); DCSM (Mel); DSAP (Phg); DMPN (PP); JSM; PhD | |
---|---|
Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA | |
Dalam jawatan 15 Disember 2002 – 16 Ogos 2020 Berkhidmat with Ahmadshah Abdullah Arshad Ayub Sallehuddin Mohamed Safri Awang Zaidell Zarinah Anwar | |
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia | |
Dalam jawatan 1985–1991 | |
Didahului oleh | Murad Mohamed Noor |
Digantikan oleh | Asiah Abu Samah |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Air Limau, Masjid Tanah, Melaka, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia) | 27 November 1936
Mati | 16 Ogos 2020 83) Taman Ampang Utama, Ampang, Selangor, Malaysia | (umur
Cause of death | Sakit tua |
Pasangan | Puan Sri Noor Hayati Mohamed (sehingga kematiannya) |
Anak | 3 |
Pekerjaan | Ahli akademik, pendidik, diplomat |
Kehidupan awal
Abdul Rahman dilahirkan pada 27 November 1936[4] di Kampung Air Limau, Masjid Tanah, Melaka dan mendapat pendidikan awal serta melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (UM).[1] Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Singapura, Universiti Reading, Kolej Kakitangan Pentadbiran New Zealand, Harvard Business School dan menamatkan ijazah doktor falsafah (PhD) di Universiti London Timur.[1]
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya akademik sebagai seorang guru di Maktab Melayu Kuala Kangsar, seterusnya dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.[1] Selepas berkhidmat selama 30 tahun dalam sektor pendidikan dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Pengarah Pendidikan pada 1991, Abdul Rahman pernah dilantik bagi beberapa jawatan penting termasuk Perunding Pendidikan di Bank Negara Malaysia.[1] Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai diplomat di Maghribi, Filipina dan Thailand.[1] Beliau dilantik sebagai Pro-Canselor UiTM pada 15 Disember 2002 bersama-sama dengan lima felo lain.[1]
Beliau turut mendapat kepercayaan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Muhyiddin memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan I untuk menjadi Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bagi tahun 2014 hingga 2016.[1]
Kematian
Beliau meninggal dunia pada 16 Ogos 2020 di usia 83 tahun di kediamannya di Taman Ampang Utama, Ampang, Selangor[1][5] akibat sakit tua.[6] Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang di Masjid Tanah, Melaka;[7] Beliau meninggalkan balu, Puan Sri Noor Hayati Mohamed dan tiga anak.[8][9]
Anugerah
Senarai anugerah[10]
- Panglima Setia Mahkota (PSM) - Tan Sri (1988)[perlu rujukan]
- Johan Setia Mahkota (JSM) (1973)[perlu rujukan]
- Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) - Dato' Seri (2010)[perlu rujukan]
- Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (1990)[perlu rujukan]
- Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) - Datuk Wira (1986)[perlu rujukan]
- Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) - Dato' (2004)[perlu rujukan]
- Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) - Dato' (1992)[perlu rujukan]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.