Remove ads

Universiti Nasional Singapura (bahasa Inggeris: National University of Singapore, disingkatkan kepada NUS; Cina Ringkas: 新加坡国立大学; pinyin: Xīnjiāpō Guólì Dàxué; Tamil: சிங்கப்பூர் தேசிய பல்கலைக்கழகம்) ialah universiti yang tertua di Singapura dan masih merupakan universiti yang terbesar di negara itu dari segi bilangan pendaftaran pelajar serta kurikulum yang ditawarkan. Sejak 1 April 2006, universiti ini yang merupakan universiti menyeluruh dan berpenyelidikan intensif telah menjadi sebuah syarikat universiti bukan untung yang berhad dengan jaminan.

Fakta Segera Nama lama, Moto ...
Universiti Nasional Singapura
اونيۏرسيتي كبڠسا ٴن سيڠاڤورا
National University of Singapore
Thumb
Nama lama
Straits Settlements and Federated Malay States Government Medical School (1905–1921)
King Edward VII College of Medicine (1921–1949)
Universiti Malaya kampus Singapura (1949–1962)
Universiti Singapura (1962–1980)
Universiti Nanyang (1956–1980)
Universiti Kebangsaan Singapura (1980-kini)
MotoKe arah Perusahaan Ilmu Sejagat
(Towards a Global Knowledge Enterprise)
JenisUniversiti autonomi[1]
Ditubuhkan pada1905; 119 tahun yang lalu (1905) (King Edward VII College of Medicine)
8 Ogos 1980; 44 tahun yang lalu (1980-08-08) (National University of Singapore)
PembiayaanS$4.39 bilion (2019)[2]
USD3.15 bilion
CanselorHalimah Yacob
PresidenTan Eng Chye
ProvosHo Teck Hua
Staf akademik
2,555 (2018)[3]
Pelajar35,908 org (2018)[3]
Siswazah27,604 org
Ijazah/Sarjana8,304 org
Lokasi
1°17′44″N 103°46′36″E
KampusUrban
150 he (0.58 bt2)
WarnaJingga & biru         
PenggabunganACU, IARU, APRU, Universitas 21, GEM4, AUN, ASAIHL, NUS High School of Mathematics and Science, Association of Professional Schools of International Affairs, Washington University in St. Louis McDonnell International Scholars Academy,[4] UAiTED
Laman sesawangwww.nus.edu.sg
Tutup

Kampus utama Universiti Nasional Singapura ialah kampus Kent Ridge yang terletak di barat daya Singapura di Kent Ridge. Dibatasi oleh Jalan Ekspres Ayer Rajah (AYE), Jalan Clementi, Jalan Buona Vista, dan Taman Kent Ridge, luasnya kampus tersebut di sekitar 150 hektar. Kampus Bukit Timah menampung pusat pengajian undang-undang, manakala Pengajian Pengajian Perubatan Sisawah Duke-NUS terletak di kampus Outram.

NUS merayakan hari jadi ke-100 pada tahun 2005. Sebagai perayaan untuk peristiwa yang penting ini, universiti tersebut mengadakan perayaan seratus tahun selama setahun yang berakhir pada 15 Julai 2006.

Dalam arena sejagat, NUS memainkan peranan yang aktif dalam perkongsian dan perikatan antarabangsa, termasuk:

  • bertindak sebagai sekretariat Persatuan Universiti-unversiti Lingkaran Pasifik (APRU)
  • ahli pengasas Universitas 21
  • ahli Perikatan Antarabangsa Universiti-universiti Penyelidikan (IARU)
  • ahli Perikatan Universiti Shanghai, Seoul, dan Singapura (S3UA).
Remove ads

Sejarah

Universiti ini menyusur-galur asalnya ke pengasasan Sekolah Perubatan Kerajaan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1905, suatu pencapaian Sir Stamford Raffles, pengasas kota Singapura, pada tahun 1823. Namanya ditukar menjadi Sekolah Perubatan Raja Edward VII pada tahun 1912 dan kemudiannya menjadi Kolej Perubatan Raja Edward VII pada tahun 1921.

Pada tahun 1929, Kolej Raffles diasaskan untuk mempromosikan seni dan sains sosial pada peringkat pendidikan tinggi kepada pelajar-pelajar Singapura. Dua dekad kemudian pada 8 Oktober 1949, kolej ini digabungkan dengan Kolej Perubatan Raja Edward VII untuk membentuk Universiti Malaya.

Pada tahun 1959, Universiti Malaya dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan Universiti Malaya di Singapura. Bahagian universiti di Singapura akhirnya berpisah untuk membentuk Universiti Singapura pada tahun 1962.

Institusi masa kini dibentuk sebagai suatu gabungan antara Universiti Singapura dan Universiti Nanyang pada tahun 1980. Lambang asal Universiti Nanyang yang terdiri daripada tiga cecincin terjalin digabungkan ke dalam jata NUS.


Thumb
Pemandangan panaroma kawasan Universiti Nasional Singapura yang menunjukkan (bangunan-bangunan dari kiri ke kanan) Pusat Pengajian Sains, Dewan Universiti, Asrama-asrama Ridge View, dan tempat duduk di hadapan balapan larian. Kawasan hijau yang luas terbentang di hadapan ialah padang-padang serbaguna.
Remove ads

Pemeringkatan sejagat

Thumb
Pusat Budaya Universiti.

NUS ditempatkan seperti yang berikut:

  • salah satu daripada 25 buah universiti yang terbaik di dunia (tempat ke-18 pada 2004; ke-22 pada 2005; ke-19 pada 2006) – "Bahagian tambahan Pendidikan Tinggi Times
  • universiti yang terbaik di Asia untuk Sains Sosial (tempat ke-13 di dunia) – "Bahagian tambahan Pendidikan Tinggi Times
  • salah satu daripada 3 buah universiti yang terbaik di Asia (tempat ke-25 pada 2004 dan ke-15 pada 2005 di dunia) untuk Bioperubatan – "Bahagian tambahan Pendidikan Tinggi Times
  • salah satu daripada 10 buah universiti yang terbaik (ke-9 pada 2005) untuk Teknologi - "Bahagian tambahan Pendidikan Tinggi Times
  • tempat ke-10 dalam Sains Komputer serta Kejuruteraan, dan tempat ke-21 dalam Sains Bahan serta keluaran terbitan matematik - Institut Makumat Saintifik untuk Penunjuk-penunjuk Sains Perlu 2005
  • salah satu daripada 100 program yang terbaik untuk kursus Sarjana Pentadbiran Perniagaan penuh masa di dunia (tempat ke-92 pada 2006) - Financial Times
  • salah satu daripada 30 program eksekutif yang terbaik untuk Sarjana Pentadbiran Perniagaan di dunia - Financial Times
  • tempat ke-36 untuk universiti yang paling terglobalisasi di dunia pada 2005 (oleh majalah Newsweek), dan tempat ke-31 pada 2006
Remove ads

Alumni terkenal

Alumni daripada zaman Kolej Perubatan Raja Edward VII/Kolej Raffles (1905 - 1949)

Alumni daripada zaman Universiti Malaya (Singapura) (1949 - 1962)

Alumni daripada zaman Universiti Singapura (1962 - 1980)

Zaman Universiti Nasional Singapura (1980 - )

  • Alex Au - Penulis bebas yang menerbitkan rencananya dalam internet di bawah nama pena "Yawningbread", serta aktivis hak homoseksual yang terkenal
  • Davinder Singh - Peguam Kanan, dan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Drew & Napier
  • James Gomez - Penolong Kedua Setiausaha Agung Parti Pekerja Singapura, dan Pegawai Program untuk Program Parti-parti Politik di Institut Antarabangsa untuk Demokrasi dan Bantuan Pilihan Raya (IDEA)
  • Jeanette Aw - Seniwati
  • K. Shanmugam- Peguam Kanan, dan Ahli Parlimen untuk Kawasan Piihan Raya Kumpulan Perwakilan Sembawang
  • Kaira Gong - Penyanyi
  • Kelvin Lim - Penyanyi dan ahli blog yang terkenal
  • Low Thia Khiang - Setiausaha Agung Parti Pekerja Singapura, dan Ahli Parlimen untuk kawasan pilihan raya Hougang di Singapura
  • Ng Eng Hen - Menteri Tenaga Manusia, dan Menteri Kedua Pertahanan di Singapura
  • Stella - Penyanyi
  • Steve Chia - Setiausaha Agung Parti Perpaduan Nasional dan bekas Ahli Parlimen Bukan Kawasan Pilihan Raya (2002 - 2006)
  • Sylvia Lim - Pengerusi Parti Pekerja Singapura, serta pensyarah di Politeknik Temasek, Singapura
  • Vivian Balakrishnan - Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan di Singapura
  • Woon Cheong Ming Walter - Bekas Ahli Parlimen Dilantik serta Duta Besar Singapura untuk Belgium, Belanda, Luxembourg dan Holy See
Remove ads

Lihat juga

  • Senarai universiti di Singapura
  • Nanyang University of Technology
  • Singapore University of Management
  • National University Hospital
  • Sekolah Tinggi NUS Matematik dan Sains

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.

Remove ads