ahli akademik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Mohd Rashdan Baba (31 Oktober 1935–30 Mac 2020) merupakan ahli akademik Malaysia. Beliau ialah Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia yang pertama.
Prof Emeritus Tan Sri Dato' Indera Dr. Haji Mohd Rashdan Baba PSM; SIMP (Pahang); SUNS (NS); JSM; PhD | |
---|---|
Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia | |
Dalam jawatan 4 November 1971 – 28 Februari 1982 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Digantikan oleh | Prof Emeritus Tan Sri Dato' Setia Dr. Nayan Ariffin |
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia | |
Dalam jawatan 1 September 1969 – 31 Mac 1971 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Digantikan oleh | Dato' Dr Ariffin Ngah Marzuki |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 31 Oktober 1935 Chembong, Rembau, Negeri Sembilan |
Mati | 30 Mac 2020 84) Hospital Ampang Puteri, Ampang, Selangor | (umur
Pasangan | Puan Sri Robiyah Abdul Majid (meninggal dunia 2019) |
Pertalian | Mastura Mohd Yazid (anak saudara) |
Anak | Datin Dr. Rayslida |
Rashdan Baba ialah anak jati Kampung Berkat, Chembong, Rembau, Negeri Sembilan. Beliau dilahirkan pada 31 Oktober 1935. Semasa di sekolah, beliau pernah menjadi ketua murid pertama di Government English School Tampin, Tampin. Namanya terpapar di papan tanda di dewan sekolah hingga kini. Kemudian sambung belajar di Kolej Pertanian Malaya (1954-1957); universiti di United Kingdom dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (B.Sc.) (1960) dan mendapat Ijazah Doktor Falsafah (1964).
Beliau menjadi Pengetua Kolej Pertanian Malaya (1965-1969), Naib Canselor pertama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1969-1971) dan Naib Canselor pertama Universiti Pertanian Malaysia (UPM) (1971-1982).
Rashdan Baba menjadi Naib Canselor pertama UKM pada 1 September 1969 kerana UKM sendiri memulakan sesi pengajiannya pada 18 Mei 1970 dan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UKM.
Apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia memperkenalkan dasar Penswastaan, Rashdan turut sama berganding bahu mencurah pengalaman menerajui penswastaan pertama negara, iaitu Syarikat Telekom Malaysia hingga menjadi konglomerat dalam industri telekomunikasi.
Ketika kerajaan mula mengambil alih syarikat asing, Rashdan sekali lagi dilantik menerajui Guthrie menggantikan pengurus British.
Rashdan dianugerahi gelaran Profesor Emeritus daripada UPM pada 14 Ogos 1982 dan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang UKM pada 3 Julai 1999. Beliau juga menerima Ijazah Kehormat Doctor of Science dari University of Reading dan Doctor of Law dari University of Leeds. Rashdan dilihat sebagai ikon, tokoh pendidik dan ahli korporat yang berjaya. Antara hasilnya seperti tersergam Menara Pucuk Rebung Telekom Malaysia dan Menara Telekom Alor Star.
Beliau juga telah dianugerahkan Tokoh Akademik Negara pada 2013.[1]
Buku Dari Menara Gading ke Mercu Korporat: Biografi Rashdan Baba diterbitkan oleh Penerbit UKM pada 2004.[2]
Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 30 Mac 2020, jam 6.59 pagi di Hospital Ampang Puteri, Ampang, Selangor. Meninggalkan anak perempuan, Datin Dr. Rayslida. Beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.