Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-14 From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Haji Hamidi (Jawi: أحمد زاهد حميدي; lahir 4 Januari 1953) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari 2015 sehingga 2018 dalam kerajaan Barisan Nasional kepada Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak dan juga dalam kerajaan perpaduan kepada Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim sejak 2022. Beliau juga merupakan Menteri Dalam Negeri dari 2013 sehingga 2018, dan sebelum itu telah berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dari 2009 sehingga 2013.[1] Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk di Perak dan merupakan presiden bagi parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Ahmad Zahid Hamidi SJMK (Kel); SPSN (Prk); SSAP (Phg); SPDK (Sbh); DUNM (Mel); DP (Swk); SPMP (Prk); PNBS (Swk); DPMK (Kel); DMSM (Mel); DPMP (Prk); PhD | |
---|---|
أحمد زاهد حميدي | |
Timbalan Perdana Menteri I | |
Memegang jawatan 3 Disember 2022 Berkhidmat dengan Dato' Sri Fadillah Yusof | |
Raja |
|
Perdana Menteri | Dato' Seri Anwar bin Ibrahim |
Didahului oleh | Dato' Sri Ismail Sabri |
Dalam jawatan 29 Julai 2015 – 9 Mei 2018 | |
Raja | Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Sultan Muhammad V |
Perdana Menteri | Dato' Seri Najib Razak |
Didahului oleh | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Digantikan oleh | Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail |
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah | |
Memegang jawatan 3 Disember 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Dato' Seri Anwar bin Ibrahim |
Didahului oleh | Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid Pembangunan Luar Bandar |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P75 Bagan Datuk, Perak | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 25 April 1995 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Dato' Mohamed Jamrah - UMNO |
Majoriti | 14,830 (1995)
|
Pengerusi Barisan Nasional | |
Memegang jawatan 12 Mei 2018 | |
Timbalan | Dato' Seri Utama Mohamad Hassan |
Didahului oleh | Dato' Seri Najib Razak |
Presiden UMNO | |
Memegang jawatan 30 Jun 2018 | |
Timbalan | Dato' Seri Utama Mohamad Hassan |
Didahului oleh | Dato' Seri Najib Razak |
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia | |
Dalam jawatan 12 Mei 2018 – 10 Mac 2019 | |
Raja | Sultan Muhammad V Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
Perdana Menteri | Tun Dr Mahathir Mohamad |
Didahului oleh | Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail |
Digantikan oleh | Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob |
Menteri Dalam Negeri Malaysia | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Dato' Seri Hishammuddin Hussein |
Digantikan oleh | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Menteri Pertahanan | |
Dalam jawatan 9 April 2009 – 16 Mei 2013 | |
Perdana Menteri | Dato' Seri Najib Razak |
Didahului oleh | Tun Abdullah Ahmad Badawi |
Digantikan oleh | Dato' Seri Hishamuddin Hussein |
Naib Presiden UMNO (Menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO mulai 27 Februari 2016 - 11 Mei 2018) | |
Dalam jawatan 2009–2018 Berkhidmat dengan Hishammuddin Hussein Mohd Shafie Apdal (2009-2016) | |
Didahului oleh | Mohd Ali Rustam Muhyiddin Yassin Muhammad Muhammad Taib |
Digantikan oleh | Ismail Sabri Yaakob Mahdzir Khalid Mohamed Khaled Nordin |
Butiran peribadi | |
Lahir | Ahmad Zahid bin Hamidi 4 Januari 1953 |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Datin Seri Hamidah Khamis |
Anak-anak |
|
Pekerjaan | Ahli politik |
Di awal kerjaya politiknya, beliau merupakan seorang Senator, Pengerusi Bank Simpanan Nasional[2] serta sahabat baik Pak Najib sebelum menjadi ketua sayap belia UMNO.[3] Selepas pilihan raya 2004, Zahid menjadi Timbalan Menteri di bawah kerajaan Abdullah Ahmad Badawi. Semasa menjadi Timbalan Menteri, beliau dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Putra Malaysia. Selepas pilihan raya 2008, Zahid menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada April 2009.[4] Zahid dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri pada 2013, menggantikan Hishamuddin Hussein.
Pada 29 Julai 2015, Zahid telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Muhyiddin Yassin digugurkan dari kabinet Najib ekoran kritikan Muhyiddin terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad.[5]
Zahid dilahirkan pada 4 Januari 1953 di Bagan Datuk. Beliau merupakan anak sulung daripada 9 beradik (tujuh anak lelaki dan dua anak perempuan) dalam keluarganya. Pada 1 Oktober 2011, ibunya meninggal dunia pada 1:40 pagi kerana sakit angin ahmar dan komplikasi jantung di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Jenazah ibunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat, Selekoh, Bagan Datok.
Ibu mertuanya Allahyarhamah Salmah Yahya meninggal dunia di Hospital Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka pada 14 Februari 2011.
Pada 8 Ogos 2014, bapanya Allahyarham Haji Hamidi Abdul Fateh, 90, disahkan meninggal dunia pada pukul 5.05 petang akibat jangkitan paru-paru di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju. Solat jenazahnya di Wangsa Maju diimamkan oleh Sheikh Muhammad Idress Al-Mashrafe.
Pada 22 Disember 2016, adik bongsunya, Ahmad Dzulfikri telah disahkan meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Anak perempuan beliau, Nurul Hidayah Zahid, merupakan pengacara rancangan TV dan terlibat dengan Rejimen Askar Wataniah sebagai sukarelawan.
Beliau telah berkahwin dengan Datin Seri Diraja Hamidah Khamis.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Balai dan menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh dan Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Selepas itu beliau menyambung pengajiannya ke Universiti Malaya dalam bidang Sastera pada tahun 1975-1976. Selanjutnya beliau mengambil kursus Certificate in Banking dan Diploma in Marketing Communication. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan berjaya menamatkan pengajian serta dianugerahkan dengan gelaran doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM).[6] Beliau telah menulis beberapa buah buku dalam bidang pelbagai genre dan komunikasi, sesuai dengan disiplin keilmuannya.
Beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai bank di beberapa bank seperti bank OCBC, Pengerusi Bank Simpanan Nasional (1995–1998) dan juga Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pengurus Pemasaran di Amanah Saham Nasional Berhad, Pengarah Eksekutif di Scandinavian Motors Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif di Kretam Holding Berhad, Pengerusi Tekala Corporation Berhad, Pengerusi Seng Hup Berhad dan Pengerusi Ramatex Berhad. Pada tahun 1999 beliau menjadi Serangan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).[7]
Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datok, Naib Ketua Pemuda UMNO Perak, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Beliau memikul tanggungjawab Najib Razak semasa di Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pertahanan.
Selepas itu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi melantik beliau sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.
Tahun | Kerajaan | Undian | Prts | Pembangkang | Undian | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) | 17,646 | 86.24% | Asha'ri Marsom (S46) | 2,816 | 13.76% | 21,937 | 14,830 | 62.02% | ||
1999 | Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) | 12,938 | 60.86% | Mohamad Dahalan Arhsad (PTR) | 8,321 | 39.14% | 22,164 | 4,617 | 60.24% | ||
2004 | Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) | 17,049 | 79.08% | Ayyathurai Achutharaman (PTR) | 4,510 | 20.92% | 22,690 | 12,539 | 66.38% | ||
2008 | Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) | 13,115 | 55.72% | Madzi Hasan (PTR) | 10,423 | 44.28% | 24,414 | 2,692 | 70.42% | ||
2013 | Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) | 17,176 | 53.27% | Madhi Hasan (PTR) | 15,068 | 46.73% | 33,069 | 2,108 | 82.83% | ||
2018 | Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) | 18,909 | 40.0% | ||||||||
Pakhrurrazi Arshad (PTR) | 13,836 | 29.2% | 37,620 | 5,073 | 79.9% | ||||||
Ata Abdul Muneim Hasan Adli (PAS) | 4,061 | 8.6% | |||||||||
2022 | Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) | 16,578 | 39.61% | ||||||||
Shamsul Iskandar Md. Akin (PTR) | 16,230 | 38.78% | 41,856 | 348 | 71.94% | ||||||
Muhammad Faiz Na'aman (BERSATU) | 8,822 | 21.08% | |||||||||
Tawfik Ismail (Bebas) | 226 | 0.54% |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.