Menteri Besar Kedah From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor (Jawi: محمد سنوسي بن مد نور; Sebutan bahasa Melayu: [muhammad sanusi]; lahir 4 Ogos 1974[1]) ialah ahli politik Malaysia yang sedang berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 sejak Mei 2020 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) untuk Jeneri sejak Mei 2018. Beliau adalah Ketua Pembangkang negeri itu dari Julai 2018 sehingga runtuhnya pentadbiran negeri Pakatan Harapan yang dipimpin oleh pendahulunya Mukhriz Mahathir pada Mei 2020. Seorang ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), beliau ialah Timbalan Pesuruhjaya I parti itu di negeri Kedah.[4][5] Tempoh beliau sebagai Menteri Besar Kedah dicemarkan oleh beberapa kontroversi dalam isu politik, skandal, dakwaan aneh dan hubungan tegang dengan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri lain danmenjadi salah satu tokoh penting dalam "Gelombang Hijau" di Malaysia.
Muhammad Sanusi Md Nor | |
---|---|
محمد سنوسي مد نور | |
Menteri Besar Kedah ke-14 | |
Menyandang jawatan 17 Mei 2020 (4 tahun, 5 bulan dan 17 hari) | |
Sultan | Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah |
Didahului oleh | Mukhriz Mahathir |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Jeneri | |
Menyandang jawatan 3 Julai 2018 | |
Didahului oleh | Mahadzir Abdul Hamid |
Majoriti | 2,455 (2018) 16,050 (2023) |
Pengerusi Badan Perhubungan Parti Perikatan Nasional Negeri Kedah | |
Menyandang jawatan 5 Januari 2021 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah | |
Dalam jawatan 4 Julai 2018 – 17 Mei 2020 | |
Didahului oleh | Amiruddin Hamzah |
Digantikan oleh | Phahrolrazi Mohd Zawawi |
Maklumat peribadi | |
Lahir | [1] Kampung Sungai Pau, Sik, Kedah, Malaysia[2] | 4 Ogos 1974
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
Gabungan politik lain | Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Gagasan Sejahtera (GS) (2018–2020) Muafakat Nasional (MN) (2019–2022) Perikatan Nasional (PN) (sejak 2020) |
Pasangan | Tok Puan Seri Hajah Jusmalailani Jusoh (k. 1999) Che Intan Subri (k. 2024) |
Anak | 5 |
Kediaman | Seri Mentaloon, Alor Setar, Kedah[3] |
Tempat belajar | Universiti Sains Malaysia (BA) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Malaysia Yang di-Pertuan Agong |
Cabang/khidmat | Tentera Laut Diraja Malaysia Rejimen Askar Wataniah |
Tahun khidmat | 1995–1997[nota 1] 2021–kini[nota 2] |
Pangkat | Leftenan Muda Laksamana Pertama[nota 3] |
Unit | Pasukan Latihan Pegawai Simpanan |
Muhammad Sanusi dilahirkan di Kampung Sungai Pau,[6] Sik, Kedah, Malaysia[2] dan dia merupakan anak ketujuh daripada 13 adik beradik hasil perkahwinan Md Nor Taib (lahir 1942) dan Meriam Ahmad (lahir 1949).[7] Dia berasal dari keluarga yang miskin.
Muhammad Sanusi mendapat pendidikan rendah di SK Batu 5, Sik dan kemudiannya mendapat pendidikan menengah di SMS Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah, SMK Sik, Sik, Kedah dan SMK Derma, Kangar, Perlis. Beliau telah dibuang dari sekolah sebanyak dua kali, kali pertama berlaku di SMS Sultan Mohamad Jiwa. Pembuangan buat kali kedua berlaku di SMK Sik, kerana kelakuan buruknya dan ibu bapanya tidak dapat menjelaskan bayaran yuran tahunan sekolahnya. Dia cenderung untuk dibuli oleh rakan sekolahnya kerana latar belakangnya yang miskin. Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang selepas menamatkan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di SMK Derma. Beliau menerima Sarjana Muda Sains Politik dalam Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia (USM), Gelugor, Pulau Pinang.[7] Semasa zaman universiti, beliau telah menjalani latihan sebagai pegawai kadet simpanan tentera laut dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada tahun 1997. Pengtauliahan tersebut disempurnakan oleh Sultan Kedah ketika itu iaitu Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Muhammad Sanusi memulakan kerjayanya sebagai pegawai pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) (1998–2002), setiausaha eksekutif Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) (2002–2004) dan eksekutif pentaksiran untuk Jurunilai Bersekutu (M) Sdn Bhd (2004–2008). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah Syarikat Air Darul Aman (SADA) sejak 2010 hingga 2013.
Sepanjang karier politiknya, Muhammad Sanusi berkhidmat sebagai pengarah pilihan raya PAS, pengerusi PASRelief, ketua pengarah pusat Keselamatan PAS (sejak 2017), pesuruhjaya PAS bahagian Sik, Kedah (sejak 2015), timbalan pesuruhjaya PAS Kedah (sejak 2015), Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah ke-10 YAB Tan Sri Dato' Seri Diraja Ustaz Haji Azizan Abdul Razak (2008 hingga 2013). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah pilihan raya PN sejak 2023.
Muhammad Sanusi meraih undian tertinggi pada pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pusat dengan 1,098 undi dalam pemilihan parti PAS 2023.
Muhammad Sanusi berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 sejak 2020. Pada 17 Mei 2020, Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah dengan menyebut beliau tidak boleh memegang majoriti dalam kalangan ADUNnya dan dengan itu melepaskan jawatannya.[8] Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin pada 17 Mei 2020.
Semasa menjadi Menteri Besar Kedah, beliau banyak menyelia pembangunan dan pencapaian di Kedah, termasuk memperoleh RM68.3 bilion pada 2021 dan RM7.34 bilion daripada pelaburan pada 2022; menaik taraf enam Loji Rawatan Air (LRA) termasuk LRA Lubuk Buntar, LRA Bukit Selambau, LRA Sungai Limau, LRA Baling, LRA Jenun Baru dan LRA Pelubang; 7,233 geran hak milik tanah telah diberikan kepada pemohon yang telah memohon selama beberapa dekad; Kedah Rubber City (KRC) yang sudah lama rosak akan dibangunkan pada era PN dengan jumlah RM2.2 bilion, dan banyak lagi.
Muhammad Sanusi menjadi ahli politik pertama di Malaysia yang menerima pangkat tentera Laksamana Pertama pada 2021 daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).[9] Laksamana Pertama (K) TLDM itu ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 2021. Istiadat Pemakaian Pangkat itu dibuat oleh Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dan Panglima Tentera Laut ketika itu, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany.[10] Asas kepada pemilihan beliau untuk menerima Laksamana Pertama (K) TLDM itu adalah kerana beliau telah menjalani kursus Pegawai Kadet selama 3 tahun bersama Pasukan Pegawai Simpanan (PALAPES) TLDM sewaktu di USM dan telah ditauliahkan pangkat Left Muda PSSTLDM oleh Yang di-Pertuan Agong pada 1997. Kebanyakan siri latihan itu dijalankan di Cawangan Latihan Pegawai KD Pelandok dari 1994–1997. Kemudian, beliau menyertai KD Sri Pinang sebagai Pegawai Kerahan dan menjadi jurulatih PSSTLDM di situ.
Muhammad Sanusi menimbulkan banyak kontroversi sepanjang tempoh beliau sebagai Menteri Besar Kedah sejak 2020 yang telah menjadikannya tokoh polarisasi di Malaysia. Ini termasuk deposit rare-earth element (REE), ucapan rasis terhadap pemain bola, cuti Thaipusam di Kedah, jenaka terhadap mayat COVID-19, ucapan lucah di Pulau Pinang dan kenyataan kontroversi mengenai pelantikan Menteri Besar Selangor oleh Sultan Selangor.
Muhammad Sanusi telah berkahwin dengan Jusmalailani Jusoh pada 14 Februari 1999 dan mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata iaitu Nur Fatihah Muhammad Sanusi, Muhammad Umar Zuhdi Muhammad Sanusi, Nur Asma' Muhammad Sanusi, Nur Hana Muhammad Sanusi dan Sofea Humaira Muhammad Sanusi. Isteri pertamanya bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Batu 8 di Sik, Kedah. Dalam kenyataannya pada 4 September 2024, beliau mengesahkan yang beliau telah berkahwin dengan Che Intan Subri.[11][12] Isteri keduanya merupakan seorang pegawai polis dan ibu tunggal dengan seorang anak, yang juga salah seorang kawan kepada isteri pertamanya.
Muhammad Sanusi kini menetap di Seri Mentaloon, Alor Setar, Kedah.[nota 4][13] Beliau gemar bermain bola sepak, sepak takraw, ragbi, berbasikal, dan menyanyi/karaoke dalam aplikasi TikTok.
Lagu Haruman Terindah nyanyian Lokman Naufal menjadi sinonim dengan Muhammad Sanusi dalam kehidupan awal, pendidikan dan perjuangannya sebelum menjadi seorang ahli politik dan Menteri Besar Kedah. Pada tahun 2023, beliau mengeluarkan buku biografinya sendiri, bertajuk Pegunan Perjalanan Hidup: Dinding Sekeping Adik Seorang, dan buku ini telah dilancarkan oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Abdul Hadi Awang.[14][15]
Tahun | Kawasan | Calon | Undi | Per | Lawan | Undi | Per | Jumlah undi | Majoriti | Turun undi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | N23 Belantek | Muhammad Sanusi Md Nor (PAS) | 7,974 | 49.20% | Mohd Tajudin Abdullah (UMNO) | 8,226 | 50.70% | 16,475 | 252 | 86.60% | ||
2018 | N24 Jeneri | Muhammad Sanusi Md Nor (PAS) | 10,626 | 46.32% | Mahadzir Abdul Hamid (UMNO) | 8,171 | 35.61% | 27,641 | 2,455 | 84.70% | ||
Mohd Nazri Abu Hassan (BERSATU) | 4,146 | 18.07% | ||||||||||
2023 | Muhammad Sanusi Md Nor (PAS) | 21,823 | 79.08% | Muhamad Khizri Abu Kassim (UMNO) | 5,773 | 20.92% | 27,754 | 16,050 | 79.08% |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.