Wan Chik Daud
Bekas penyampai berita dan pelakon wanita Malaysia (1940-2020) From Wikipedia, the free encyclopedia
Wan Chik Daud @ Othman (1940 – 26 September 2020) merupakan seorang penyampai berita dan pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan berlakon dengan Tan Sri P. Ramlee ketika zaman kegemilangan Studio Merdeka di Kuala Lumpur. Beliau kemudian memulakan kerjaya di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1980-an sehingga bersara.[1]
Wan Chik Daud | |
---|---|
![]() Wan Chik dalam filem Do Re Mi (1966). | |
Kelahiran | Wan Chik binti Daud @ Othman 1940 Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 26 September 2020 79–80) Lembah Keramat, Kuala Lumpur, Malaysia | (umur
Sebab kematian | kompilasi penyakit |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Penyampai berita, pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 1961–2020 |
Terkenal kerana | Watak Milah dalam filem Do Re Mi (1966) |
Pasangan | M. Rajoli |
Anak-anak | 4 |
Kehidupan peribadi
Beliau merupakan isteri kedua kepada pelakon terkenal Allahyarham M. Rajoli. beliau hanya tua 5 tahun darinya. Beliau pernah muncul secara langsung di kaca televisyen ketika menjadi pengkritik jemputan pada minggu pertama Akademi Fantasia musim yang keempat. Beliau pernah muncul bersama suami beliau berlakon dalam iklan "Lasindah Cafe".
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1961 | Tun Tijah | Penari | Filem lakonan pertama sebagai watak tambahan |
1962 | Siti Payong | Pelakon tambahan | |
1963 | Tangkap Basah | ||
1964 | Mata Permata | Pelakon undangan | |
1966 | Do Re Mi | Milah | |
Nasib Do Re Mi | Jururawat Milo | Filem lakonan terakhir | |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1999 | Romeo & Juliet | TV3 | |
2003 | Kutub Utara Kutub Selatan | Che Salmah | TV1 |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
1985 | Selamat Pagi Malaysia | Pengacara | TV1 |
2006 | Akademi Fantasia (musim 4) | Pengkritik jemputan | Astro Ria |
Kematian
Wan Chik Daud telah meninggal dunia pada pagi Sabtu 26 September 2020, akibat pelbagai komplikasi penyakit termasuk kanser payudara pada usia 80 tahun.[2][3]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.