Namat Abdullah
Pemain bola sepak Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Namat Abdullah (30 Mac 1946 – 17 Disember 2020) adalah seorang pemain bola sepak Malaysia.[2]
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Namat Abdullah | ||
Tarikh lahir | 30 Mac 1946 | ||
Tempat lahir | Pulau Pinang, Malaysia | ||
Tarikh kematian | 17 Disember 2020 74) | (umur||
Tempat kematian | Kemunting, Perak, Malaysia | ||
Posisi permainan | Pertahanan | ||
Kerjaya remaja | |||
1964–1966 | Penang FA | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1967–1969 | Penang FA | ?? | (?) |
1970–1973 | Penjara FC | ?? | (?) |
1974–1977 | Penang FA | ?? | (?) |
Pasukan kebangsaan | |||
1967-1975 | Malaysia | 95 [1] | (7) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Gambaran kerjaya
Beliau dilahirkan di Butterworth, Pulau Pinang.[3]
Namat bermain sebagai penyerang ketika membantu Pulau Pinang memenangi Piala Burnley pada 1965 sebelum bermain sebagai bek kanan.[4]
Beliau telah bermain untuk pasukan kebangsaan negara sebanyak 115 kali.[5]
Dia telah bermain untuk Malaysia dalam Sukan Olimpik di Munich 1972 dan di perlawanan Kelayakan Piala Dunia 1974.[6][7][8][9] Di Sukan Olimpik Munich beliau mengakui pemain Jerman Barat, Uli Hoeness, adalah pemain lawan yang paling beliau ingati sepanjang temasya tersebut. Pemain tersebut sungguh lincah menyebabkan beliau susah hendak mengawalnya. Namat telah berganding dengan Soh Chin Aun untuk mengawal pertahanan Malaysia.
Pada tahun 1974, beliau telah mengetuai pasukan Pulau Pinang yang memenangi Piala Malaysia.[10] Selain itu, pada 1976, beliau turut membantu Pulau Pinang memenangi kejohanan antarabangsa Piala Emas Aga Khan yang diadakan di Dhaka.[11]
Pada 11 Mei 1975, Namat juga merupakan sebahagian daripada Pilihan Malaysia yang menentang Arsenal FC dalam perlawanan persahabatan yang dimana pasukannya menang 2-0 di Stadium Merdeka.[12]
Kehidupan peribadi
Shaharuddin Abdullah, saudaranya juga bermain untuk Pulau Pinang FA dan Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.[13]
Namat adalah bekas Sub-Inspektor di Jabatan Penjara Malaysia.[14]
Kematian
Allahyarham meninggal dunia di kediaman menantunya di Taiping, Perak, Malaysia pada usia 74 tahun selepas lama bertarung dengan kanser usus pada jam 5.30 petang pada 17 Disember 2020.[15] Jenazahnya dibawa ke kediamannya di Taman Peruda, Sungai Petani pada hari yang sama dan pengebumiannya telah diadakan pada jam 9 malam keesokan harinya pada 18 Disember 2020.[16][17]
Kepujian
- 1964/65, 1966 : Menang Piala Burnley (Pulau Pinang)
- 1966, 1968, 1969 : Menang Piala Emas Raja-Raja
- 1970, 1971 : Menang Piala FAM
- 1972 : Bemain di Sukan Olimpik 1972, Menang Piala Raja Thailand
- 1973 : Menang Piala FAM dan Pestabola Merdeka
- 1974 : Menang pingat Gangsa di Sukan Asia Tehran 1974, Menang Pestabola Merdeka, Menang Piala Malaysia
- 1976 : Menang Piala Emas Aga Khan di Bangladesh
- 2004 : Olympic Council of Malaysia Hall of Fame - 1972 Summer Olympics football team[18]
- 2020 : Goal.com The best Malaysia XI of all time[19]
- 2022 : IFFHS Men’s All Time Malaysia Dream Team[20]
Anugerah
Malaysia
Ahli Mangku Negara (AMN) (1975)
Pulau Pinang
Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) - Dato' (2011)
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.