rencana senarai Wikimedia From Wikipedia, the free encyclopedia
Berikut merupakan senarai ibu kota di Malaysia. Ia menyenaraikan ibu kota bagi negeri dan daerah, di samping ibu negara
Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur. Ia kekal sebagai pusat utama bagi kegiatan kebudayaan, perniagaan serta kewangan di Malaysia. Parlimen Malaysia serta kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong juga terletak di Kuala Lumpur. Pada tahun 2001, pusat pentadbiran kerajaan dipindahkan dari Kuala Lumpur ke bandar raya terancang Putrajaya yang kemudiannya bertindak sebagai pusat pentadbiran persekutuan atau ada kalanya dirujuk sebagai ibu negara pentadbiran. Kedua-dua bandar raya tersebut, bersama-sama Labuan, mempunyai status Wilayah Persekutuan Malaysia.
Kesemua negeri di Malaysia kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah, dan Sarawak, merupakan monarki berperlembagaan. Empat negeri tidak beraja diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri (Gabenor). Negeri - negeri lain diketuai oleh Sultan. Dengan itu, negeri-negeri beraja mempunyai bandar diraja atau bandar di mana terletaknya istana atau kediaman raja masing-masing. Bandar diraja ini boleh jadi berbeza daripada ibu negeri. Pentadbiran negeri dijalankan oleh kerajaan negeri masing-masing yang dibentuk selepas memenangi pilihan raya.
Negeri | Ibu negeri pentadbiran | Bandar diraja | Ibu negeri bersejarah |
---|---|---|---|
Johor Darul Ta'zim | Johor Bahru | Muar | Johor Lama, Kota Tinggi, Singapura, Batu Lama |
Kedah Darul Aman | Alor Setar | Alor Setar (Anak Bukit) | Lembah Bujang |
Kelantan Darul Naim | Kota Bharu | Kubang Kerian | Kota Lama |
Melaka Bandaraya Bersejarah | Bandaraya Melaka | - | - |
Negeri Sembilan Darul Khusus | Seremban | Seri Menanti | - |
Pahang Darul Makmur | Kuantan | Pekan | Temerloh (1400-1533, 1800-1889), Rompin (1533-1677, 1766-1800), Pekan (1677-1766, 1889–1898), Kuala Lipis (1898–1953) |
Pulau Pinang Pulau Mutiara | George Town | - | - |
Perak Darul Ridzuan | Ipoh | Kuala Kangsar | Teluk Intan (1528–1877), Taiping (1875v-1937) |
Perlis Indera Kayangan | Kangar | Arau | - |
Sabah Negeri di Bawah Bayu | Kota Kinabalu | - | Kudat (1882- 1883), Sandakan (1883-1946) |
Sarawak Bumi Kenyalang | Kuching | - | - |
Selangor Darul Ehsan | Shah Alam | Klang | Kuala Selangor (1743–1827), Jugra (1827–1875), Klang (1875–1880) & (1974–1978), Kuala Lumpur (1880–1974) |
Terengganu Darul Iman | Kuala Terengganu | Kuala Terengganu | - |
Di Malaysia sesebuah kawasan di tentukan mengikut status iaitu status Bandaraya,Perbandaran dan akhir sekali Daerah.
Selangor merupakan negeri di Malaysia yang mempunyai lebih daripada satu bandaraya dan bandar selain daripada Sabah dan Sarawak.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.