Marang

From Wikipedia, the free encyclopedia

Marangmap

Marang merupakan sebuah daerah yang terletak di tengah negeri Terengganu, Malaysia. Marang berkeluasan 666 kilometer persegi dan berpusat di Pekan Marang.

Fakta Segera Daerah Marangماراڠ‎, Negara ...
Daerah Marang
ماراڠ
Thumb
Thumb
Lokasi Daerah Marang di Terengganu
Thumb
Thumb
Daerah Marang
ماراڠ
Lokasi Daerah Marang di Malaysia
Koordinat: 5°10′N 103°10′E
Negara Malaysia
Negeri Terengganu
PusatMarang
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Marang
Pentadbiran
  Pegawai daerahTun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak[1]
Keluasan
  Jumlah666.54 km2 (257.35 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[3]
  Jumlah116,605
  Kepadatan170/km2 (450/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
  Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
21xxx
Kod panggilan+6-09-6
Awalan plat kenderaanT
Tutup

Sejarah

Sejarah Pentadbiran Daerah Marang telah bermula daripada pemerintahan Sultan Omar (1839-1876) yang diketuai oleh pembesar-pembesar daerah yang dilantik oleh Sultan. Pentadbiran oleh pembesar daerah ini adalah berasaskan kepada pemerintahan kawasan sungai.

Pada tahun 1912, sistem pentadbiran daerah oleh pembesar daerah telah digantikan oleh Pegawai Daerah yang juga mentadbir berasaskan pemerintahan kawasan sungai. Pegawai Daerah Marang yang dilantik akan mentadbir kawasan sungai yang merangkumi dalam daerah Marang termasuk Merchang.

Pada tahun 1923, ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari tahun 1920 hingga 1942, Pesuruhjaya British iaitu J.L Humphreys telah memperkenalkan sistem pentadbiran wilayah yang baharu di mana Kuala Terengganu, Kuala Berang dan Marang diletakkan dibawah Jajahan Tengah dengan pusatpentadbiran di Kuala Terengganu. Setiap jajahan tersebut diketuai oleh seorang pesuruhjaya dan dibantu oleh seorang penasihat British dan seorang pegawai daerah.

Dari segi kawasan pentadbiran daerah, Daerah Marang sebelum tahun 1985 merangkumi empat buah mukim sahaja iaitu Rusila, Pulau Kerengga, Jerung dan Merchang. Mulai 1 Januari 1985, Daerah Marang telah diperluas dengan ditambah dua buah mukim baharu iaitu Bukit Payung dan Alur Limbat yang dahulunya terletak di bawah pentadbiran daerah Kuala Terengganu.

Pentadbiran

Daerah Marang ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Marang. Daerah Marang juga dibahagikan kepada enam buah mukim. Terdapat juga dua pekan utama dalam daerah ini.

Thumb
Peta daerah Marang

Mukim

  1. Mukim Jerung
  2. Mukim Mercang
  3. Mukim Pulau Kerengga
  4. Mukim Rusila
  5. Mukim Alur Limbat
  6. Mukim Bukit Payung

Pekan

  1. Pekan Marang
  2. Pekan Bukit Payung

Perwakilan rakyat

Daerah Marang meliputi sebuah kawasan persekutuan yang merangkumi empat kawasan negeri;

Demografi

Maklumat lanjut Tahun, Pend. ...
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
199169,637    
200083,284+19.6%
201095,283+14.4%
2020116,605+22.4%
Sumber: [3]
Tutup

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Marang ialah seramai 116,605 orang dengan kepadatan penduduk 175 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Marang berbangsa Melayu, seramai 113,154 orang.[4][5]

Maklumat lanjut Status, Bangsa ...
Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[4]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 113,154
Bumiputera lain 137
Cina 1,506
India 40
Lain-lain 223
Bukan warganegara - 1,545
Jumlah 116,605
Tutup

Agama

Di daerah Marang, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 98 peratus diikuti agama Buddha sebanyak satu peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[5]

Kemudahan

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Marang. Terdapat sebanyak 42 buah sekolah di daerah ini;[6]

Maklumat lanjut Jenis sekolah, Bilangan ...
Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 28
Sekolah Jenis Kebangsaan 1
Sekolah Menengah Kebangsaan 11
Sekolah Menengah Agama 1
Sek. Men. Kebangsaan Agama 1
Tutup

Daerah Marang juga mempunyai enam buah balai polis, dua balai bomba, tiga klinik kesihatan dan sembilan klinik desa di sekitar daerah.

Hentian Bas Marang

Pembinaan hentian bas berdekatan Masjid Sultanah Nur Zahirah yang menelan belanja RM2 juta itu mula dibina pada tahun 2017 di atas kawasan seluas 0.6 hektar dan siap dibina pada tahun 2019. Ia juga mampu menampung 400 pengguna pada satu-satu masa. Terminal tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 23 April 2019.[7]

Parlimen/DUN

  1. Parlimen Marang: Ahli Parlimen kini ialah YB Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang daripada PAS.
  2. DUN Rhu Rendang
  3. DUN Bukit Payong
  4. DUN Alor Limbat
  5. DUN Pengkalan Berangan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.