Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lumut merupakan bandar tepi laut yang menghadap Selat Dinding dan Selat Melaka di negeri Perak. Lokasi bandar ini bersetentangan dengan Pulau Pangkor dan dikenali ramai sebagai pintu masuk ke pulau tersebut selain Marina Island Pangkor Jeti Kompleks. Sebuah pelabuhan atau pangkalan dibina di Lumut bagi kemudahan sesiapa yang ingin berkunjung ke Pulau Pangkor.
Lumut berada di bawah pentadbiran daerah Manjong yang merupakan nama baru bagi daerah Dinding. Bandar ini terletak kira-kira 84 km ke selatan bandaraya Ipoh, ibu negeri Perak.
Lumut yang dahulunya dikenali sebagai "Tanah Merah" telah dibuka oleh seorang anak raja Selangor yang bernama Raja Engku Busu pada abad ke-17.
Selepas beberapa tahun membuka Lumut, baginda serta pengikutnya telah diserang oleh lanun. Dengan demikian, Tanah Merah tinggal terbiar tidak didiami orang. Sungguhpun makam baginda tidak diketahui, tetapi namanya masih tinggal menjadi kenangan, yakni Bukit Engku Busu yang terletaknya di belakang bandar Lumut.
Lumut merupakan sebuah lokasi yang strategik dari segi maritim. Di sini ada:
Lebuh Raya Ipoh–Lumut dibina dari Ipoh ke Lumut bagi memendekkan perjalanan. Bandar yang terdekat dengan Lumut ialah Manjong, Sitiawan, Pantai Segari, Pantai Remis dan Bota Kanan serta Seri Iskandar.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.