Seri Iskandar
merupakan sebuah bandar baru yang pesat membangun yang terletak di daerah Perak Tengah, Perak From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
merupakan sebuah bandar baru yang pesat membangun yang terletak di daerah Perak Tengah, Perak From Wikipedia, the free encyclopedia
Seri Iskandar merupakan sebuah bandar baru yang pesat membangun yang terletak di daerah Perak Tengah, Perak. Ia berdekatan dengan pekan Bota, Bota Kanan, dan Tronoh. Bandar baru ini wujud berikutan pembinaan kampus Universiti Sains Malaysia cawangan Negeri Perak. USM Cawangan Negeri Perak ini kemudian ditukar kepada Universiti Teknologi Petronas.
Seri Iskandar | |
---|---|
Geografi | |
Status | Mukim |
Asal nama | N/A |
Negara | Malaysia |
Negeri | Perak |
Daerah | Daerah Perak Tengah |
Mukim | Seri Iskandar |
Keluasan | N/A |
Berdekatan | Bota, Bota Kanan, Parit & Tronoh |
Seri Iskandar merupakan ibu daerah bagi daerah Perak Tengah pada masa kini dan akan dijadikan bandar pentadbiran kerajaan negeri menjelang tahun 2030.
Bandar Baru Seri Iskandar diambil bersempena nama Sultan Perak ke-30 Sultan Iskandar Shah. Sultan ini cukup termasyhur di kalangan penduduk negeri Perak kerana begitu prihatin dengan nasib rakyat sebelum Perang Dunia II. Ramai orang tua-tua terutama di Hilir Perak menyebut-nyebut tentang sultan Perak ini. Mereka menyebutnya sebagai "Sultan Iskando".
Baginda menjadi Sultan Perak dari Disember 1918 hingga 14 Ogos 1938. Nama penuh baginda ialah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Almarhum Sultan Iskandar Shah ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah Rahmatullah. Baginda diputerakan pada 10 Mei 1876 dan mangkat pada 14 Ogos 1938.
Dalam Sejarah Melayu nama Iskandar muncul dari nama Iskandar Zulkarnain. Iskandar Zulkarnain menakluk 1/3 bumi ini dan disebut namanya beberapa kali dalam al Quran. Menurut versi Al Quran, Iskandar Zulkarnain adalah seorang Islam.
Semasa pemerintahan Sultan Iskandar, tidak ada Menteri Besar Perak. Pentadbiran banyak ditadbir oleh Residen British. Antaranya ialah:
Sila lihat Senarai nama Sultan Perak, Senarai Residen British di Perak
Bandar Seri Iskandar merupakan salah sebuah bandar baharu yang terdapat dalam Perak, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran daerah Perak Tengah.
Parit dijadikan ibu daerah Perak Tengah yang pertama sebelum bandar Seri Iskandar mengambil alih pusat pentadbiran daerah itu.
FELCRA Berhad Kawasan Nasaruddin Pemulihan
FELCRA Berhad Kawasan Nasaruddin Belia
Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Nasaruddin Belia Tunas Baru Seri Iskandar Berhad
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.